#NuffnangMyWin #NNPremiereScreening #TheWalkMovie

10:37 am

✿...السلام عليكم✿

Sinopsis:

Filem ini merupakan sebuah kisah benar tentang Phillippe Petit (lakonan Joseph Gordon-Levitt) yang merupakan wire walker. berlatar belakangkan suasana pada tahun 1973, Phillippe mula jatuh cinta dengan 'sukan sirkis' ini sejak usia 10 tahun. pertemuan dan perkenalan dengan Papa Rudy (Ben Kingsley) yang akhirnya menjadi life-mentor kepada Phillippe telah menyemarakkan lagi semangatnya untuk berjaya dalam 'sukan' ini. tambahan pula ketika itu, dunia sedang menantikan bangunan tertinggi di dunia iaitu World Trade Center (WTC) siap dibina. kerana kagum dengan binaan tersebut, Phillippe menyimpan hasrat untuk 'merentasi' bangunan tersebut dengan berjalan di atas wayar! perkenalannya dengan Annie (lakonan Charlotte Le Bon), yang banyak mendorongnya telah membawa mereka ke New York dan sekaligus merealisasi impian yang dianggap gila oleh orang sekeliling. mampukah Phillippe melakukan 'kerja gila' itu? siapakah yang benar2 mendorongnya hingga ke akhir dan siapa pula yang menyerah kalah?


komen anies:

filem ni sangat2 berinspirasi! dari awal hingga akhir, kita dihidangkan dengan semangat yang tidak putus asa yang ditunjukkan oleh Phillippe meskipun beliau terpaksa keluar rumah selepas bapanya menghalaunya kerana tidak menyukai 'sukan' yang diminati itu. filem ini juga mengajar kita bagaimana hendak fokus terhadap sesuatu perkara yang diminati sehingga berjaya. cabaran, dugaan dan halangan hanyalah 'benda kecil' yang boleh di atasi jika kita mampu menguasai 'cakap2 biawak' yang wujud di dalam fikiran dan hati kita. Phillippe juga memberi contoh bahawa setiap yang mustahil itu ada caranya jika kita tahu dan kreatif untuk menyelesaikannya. pendek kata, dalam setiap langkah di atas wayar yang dilalui Phillippe penuh dengan keyakinan dan fokus yang tiada penghujung! double thumbs up kepada semua yang terlibat dengan filem ini.

dan personally, anies sangat2 recommend filem ini untuk ditonton lebih2 lagi kepada yu ols yang dah terlalu immune dengan menonton filem2 / drama fantasi, karut marut, melodrama dan tahyul! buka minda dan pelajari sesuatu yang disampaikan melalui cerita ini. kalau tak nak tengok, yu ols boleh baca buku yang ditulis sendiri oleh Phillippe:

credit.  yu ols bleh dapatkan buku ni melalui amazon. com.

untuk filem ni, anies beri 5*****!!
dan ia akan menerjah wayang di seluruh tanah air pada hari ini!

di awal perkenalan Phillippe dengan Annie. dia menunjukkan Annie tentang cita-citanya untuk menawan WTC suatu hari nanti.

acara pertama yang disertai Phillippe hasil cadangan Papa Rudy.

Phillippe dan Annie, sewaktu pertama kali menjejaki New York dan menyaksikan sendiri bangunan WTC yang sedang dibina.

bersama-sama rakannya, sehari sebelum Phillippe memulakan 'kudeta'nya.

Phillippe ketika melintasi WTC yang berketinggian 417 meter. dia tidak memakai sebarang tali keselamatan sewaktu berada di atas wayar tersebut!!

meraikan kejayaan bersama-sama rakannya. dari kiri, Jean-Louis, JP, Annie, Phillippe, Barry dan Jeff.

gambar2 di atas kredit kepada imdb.

terima kasih kepada pihak @NuffnangMY yang sudi menjemput anies untuk menonton #NNPremiereScreening filem ini. dan tak lupa juga kepada pihak Sony Malaysia. terima kasih banyak2!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

17 Words of Lo♥e

  1. actually, tengok trailer movie ni pun aku gayat..tapi since hang bagi 5 bintang, kena tengok la nanti..tp tak tau nanti tu bila..huhu

    ReplyDelete
  2. Menarik juga filem ni. Terima kasih kongsi ceritanya.

    ReplyDelete
  3. Ahhh buku tu rasanya ada dekat big bad wolf sale haritu, dh ambik tp letak balik... ruginyaaaaaa. Wohohoho.... takpe nnt nk tonton klau sgt best, nk cari balik bukunya, huhu.


    Hadiah dh sampai harini, thanks Anies! Mmg surprise betul! Wee sukanyaaaa ^___^

    ReplyDelete
  4. dapat banyak bintang dari empunya blog.
    Excited pulak Mrs. A nak tengoknya.

    ReplyDelete
  5. macam best je movie ni! kena cari cd la nanti

    ReplyDelete
  6. FILM YG MERANGSANG SEMANGAT N TABAH HADAPI CABARAN SEBELUM MENCAPAI KEJAYAAN NI MMG PATUT DITONTON..

    ReplyDelete
  7. kena gi wayang anies...best juga

    ReplyDelete
  8. nice story ... macam best je bila baca sinopsis ni :)

    ReplyDelete
  9. saya lbh suka tgk action n comedy movie ... heheheee

    ReplyDelete
  10. Review Anies menggambarkan menariknya filem ini untuk ditonton...

    ReplyDelete
  11. Kita harap dia ada dlm flight spy kita blh tgk ketika terbang... kita x sempat tgk movie skrg ni... huhu...
    Tp dh tgk promo citer ni... nmpk mndebar kn.. huhu...
    Mungkin sedih...

    ReplyDelete
  12. Key word kt sini DETERMINATION lah kot...
    Stay FOCUS towards ur aims kan...

    Tapi ... "cakap biawak" tu apa?


    ReplyDelete
  13. dr cerita anies pon dh rasa inspirasi tu. hehee

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆