Khao Kho, Thailand: naik 4WD ke Rai GB Wind Turbine Farm
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas sarapan, tour guide (TG) beritahu destinasi seterusnya adalah, melawat taman bunga kat atas gunung. kalau bab-bab bunga ni, golongan pencen memang suka laa...
perjalanan ni mengambil masa hampir 45 minit dari Restoran Namaste. sepanjang jalan memang puas laa kami menikmati pemandangan bukit-bukau dan gunung-ganang yang menghijau lagi mendamaikan.
Khao Kho yang terletak dalam provinsi Phetchabun ni, sering menjadi tumpuan terutama para pencinta alam semula jadi. cuaca yang sejuk menambahkan lagi 'sensasi' Taman Negara Khao Kho.
kalau ada rezeki korang ke Phetchabun, jangan lupa singgah Taman Negara Khao Kho ni ya!
sebaik tiba, deretan 4WD dah menunggu. 4WD ni tak perlu booking. just jumpa pemandu dan beritahu nak ke Rai GB Wind Turbine Farm (RGBWTF). manakala kat seberang jalan tu, ada deretan gerai menjual pelbagai cenderamata.
sebuah 4WD ni boleh muat 9 - 12 orang (bergantung pada saiz badan ya).
short video dari atas 4WD - perjalanan menuju ke RGBWTF...
sebaik tiba, pengunjung akan jumpa deretan kedai yang menjual pelbagai barangan... kiri kanan ada gerai... oh ya, since kat sini kawasan berbukit, jadi jalannya tak rata dan sedikit mendaki. so make sure korang dah makan sebelum ke sini. banyak tenaga nak guna. bukan sebab permukaan jalan je, tapi sebab saiz RGBWTF yang teramat luas untuk diterokai...
anies tak ingat, first time nampak wind turbine ni masa berada kat negara mana. sejak tu ada juga laa simpan hasrat nak tengok wind turbine ni dekat dekat. Alhamdulillah... akhirnya tercapai juga bila dibawa ke sini. well... wind turbine ni dari jauh... masa kami berada dalam bas, saiznya nampak kecil je... tapi...
bila dah tengok dekat-dekat... ya Allah... besarnya! macam bangunan 10 tingkat! setiap kali bilah turbine tu berpusing, akan kedengaran bunyi... wenggg wenggg wengg wenggg... anies anggarkan jarak antara satu turbine dengan yang lain, kira-kira 500 - 700M dan ada lebih 25 buah turbine dalam kawasan ni. oh ya... tiada sebarang bayaran kalau nak masuk area...
short video - wind turbine. lama juga laa anies melepak kat sini. sambil menikmati wind turbine, sambil tu layan alam semula jadi kat sini. veryyyyy relaxing!
dari area wind turbine, anies ke sini. mula-mula tak nak masuk. tapi bila fikir balik... better masuklah! bukan senang nak datang ke Khao Kho ni. dah laa jauh...
well... foto-foto kat taman bunga ni anies boh random ya... malas nak susun😂
syok ooo main buaian sambil layan pemandangan cantik...
wind turbine tu nampak je dekat. pada hal jauh tu...
replika je tu...
puas menjamu mata dengan pelbagai jenis bunga...
masa anies sampai sini, penjaga taman baru lepas siram bunga. so kena jalan hati-hati sebab tanah dan lantai agak licin... BTW, cantik kan view kat sana tu?
sebelum masuk taman, sempat beli jagung bakar ni. 30 Bath. sedap betul jagungnya. lemak manis!
oh ya... RGBWTF ni sesuai kalau nak jadikan destinasi honeymoon. so apa kata nanti anniversary kahwin korang, ajaklah suami / isteri ke sini... confirm korang tak nak balik😂
ada kafe dalam kawasan taman bunga ni... tapi tak halal laa...
pokok senduduk pun boleh jadi hiasan. kat belakang rumah anies, pokok ni jadi teman lalang je😂
duduk lepak kat hut ni best. angin menderu-deru. sekejapan je dah rasa mengantuk...
RGBWTF ni tak dinafikan... kawasan yang seronok untuk bersiar-siar. walaupun nampak terik tapi udara kat sini nyaman je... a highly recommended place to visit in Phetchabun province!
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. insya Allah petang ni ada masa anies sambung BW yang tertunggak tu...
thanks for reading...
daaa
1 Words of Lo♥e
Beautiful photos. ❤️ The corn 🌽 looks 👌 delicious.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆