Phetchabun, Thailand: Namaste Restaurant
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas 'sawan sekejap' dek membeli asam jawa manis😂, kami menyambung perjalanan ke tempat lain tapi masih dalam provinsi yang sama.
yang menarik tentang perjalanan ni adalah, bas melewati laluan bergunung yang cantik. jalan rayanya tak payah cakaplah. 'kona' sana sini. yang jenis cepat mabuk tu confirm boleh muntah.
lebih kurang 1/2 jam kemudian, bas pun berhenti tepi jalan. kata tour guide (TG), pada mulanya diorang cadang nak bungkus je makanan tu sebab restoran ni, pukul 10.00 pagi baru buka. tapi owner restoran tak sampai hati nak biarkan kami makan 'tak proper', jadinya dia buka restoran awal sikit. so dapatlah kami menjamu selera kat restoran Namaste ni; satu-satunya restoran halal yang ada kat kawasan berbukit dalam provinsi Phetchabun.
mana laa tahu kan... andai kata korang jalan-jalan sampai ke Phetchabun ni dan ternampak signage ni, boleh laa singgah makan...

ni laa restorannya... sama macam restoran-restoran yang kami singgah sebelum ni, kebanyakan pemiliknya adalah Muslim Thai yang berasal dari selatan...
suasana dalam restoran👆👇

sarapan kami pagi tu: Pad Kra Pao. ni Pad Kra Pao daging. dia punya level kepedasan tu, ya Allah... berdesing telinga dibuatnya! pedas yakmat! tapi dalam pada tu, habis juga. lapar beb... makan asam jawa manis bukan kenyang pun😂
lepas makan, anies merayau sekejap kat kawasan luar restoran ni. ternampak banyak pokok mulberi tepi lorong sebelah resstoraan. apa lagi! laju je tangan ni memetik! at least dapat laa hilangkan lidah yang pijar sebab makan Pad Kra Pao yang maha pedas tu... besar kan saiz buah mulberi ni?
sekadar selingan 👇👇keadaan jalan raya dan persekitarannya; laluan sebelum kami sampai di restoran... kata TG, ada gunung / bukit tu ada resort dan ramai pelancong ke sini untuk menikmati suasana sejuk terutama pada hujung tahun...
short video laluan berbukit @ Phetchabun...
terima kasih korang kerana sudi tinggalkan jejak walaupun anies tak dapat nak BW sepenuhnya. insya Allah weekend ni kalau diberi kesihatan yang baik, anies akan balas semua...
thanks for reading...
daaa
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆