#SoloTravel #HuaHin - 3D 2N @ Baan Busarin Hotel

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebaik keluar dari stesen Hua Hin, terasa sedikit berdebar. first, sebab masa tu dah malam. kedua, bimbang tersesat walaupun dah on Google Map siap-siap.

agak jauh jugalah dari stesen ke hotel ni. lebih kurang 700M. walaupun ada banyak lampu jalan, macam mana pun sebagai perempuan, kita mesti berhati-hati.


once dah sampai depan hotel ni, lega tak terkata. hotel ni lebih kepada private property. masa anies sampai kat reception counter, ternampak tilam bergulung & beberapa biji bantal. so, anies mengagak yang staf ni akan tidur kat situ. urusan check in sangat mudah sebab anies dah siap bayar. just bagi passport untuk pengesahan je. then terus diberi kunci bilik. hotel ni cuma setingkat je. dah bilik anies kat tingkat 1. 

luas betul biliknya. boleh menempatkan 3 orang. katil tu, puaslah kuak lentang & terjun tiruk bergolek sana-sini. belakang kerusi tu ada koridor dan boleh sidai baju kat situ. 

bilik airnya bersih, air paip laju, toiletries lengkap dan di sebalik curtain tu, shower room yang dilengkapi water heater. untuk towel, hotel letak 3 helai sekaligus. masa check in, staf dah beritahu, mereka akan kemas bilik once anies check out. bukannya kemas setiap hari.

kali ni TV tak jadi pak pacak. sempat lagi laa layan Thai lakorn masa tu walaupun tak ada subtitle😂 faham-faham sendiri laa...

memang puas hati laa dengan kemudahan yang disediakan. oh ya... selain dapat review yang bagus kat booking.com, anies pilih hotel ni sebab dekat dengan kedai 7E. ada 2 kedai 7E yang cuma dipisahkan dengan jalan raya. macam yang korang tahu, 7E kat Thailand ada banyak makanan halal. antara yang anies beli 👇

burger ikan CP! dah macam omputeh ya... breakfast makan burger. but... teh tarik is a must. pihak hotel ada sediakan sarapan. tapi yang simple laa... anies tak makan pun sebab yang dihidangkan tu, sosej dan roti. Alhamdulillah... kenyang. boleh tambah tenaga untuk buat aktiviti pada hari tu...

lepas letak beg, anies merayau sekejap. saja nak tengok suasana malam kat Hua Hin. kat sini, paling meriah pada waktu malam adalah restoran dan pub. tengah syok-syok layan suasana malam, tiba-tiba ada someone tegur. seorang lelaki dari Kuwait. dia tanya, anies dari mana dan buat apa kat Hua Hin? lepas tu dia beritahu, anak dia tengah belajar kat UIAM dan as usual, dia puji-puji laa Malaysia best, itu ini... anies layankan jelaa...😁dah penat merayau, baru balik hotel...


so, recommended tak untuk korang menginap kat hotel ni @ Hua Hin? yes, very recommended kalau nak duduk hotel bajet. selain dekat dengan 2 kedai 7E, hotel ni juga dekat dengan pantai... apa-apa pun korang check details hotel ni kat booking.com atau agoda ya!

that's all for today...
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆