Phetchabun, Thailand: Musolla Al-Islah
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
disebabkan sepanjang jalan kami tidur dalam bas, jadinya anies tak dapat nak lena betul-betul. kadang bila bas berhenti kat traffic light pun, dah boleh terjaga. apatah lagi kalau berhenti kat stesen minyak (ambil masa yang lama). then nak terlena balik tu, aduhhh... payah betul!
kira-kira baru nak terlelap, terasa macam bas tak gerak-gerak. bila jengah ke luar tingkap, ternampak ada sebuah bangunan. tak lama lepas tu, driver nyalakan lampu diikuti bunyi mikrofon.
"assalamualaikum tuan-puan, selamat pagi. kita dah sampai kat Phetchabun dan sekarang, kita nak turun untuk solat Subuh. waktu Subuh dah masuk ya..." kata tour guide dengan nada separa seksi serak.
so, tanpa berlengah anies terus capai beg kecil, turun bas dan menonong masuk ke surau walaupun masa tu keadaan surau sangat sunyi dan tak ada jemaah (Muslim tempatan) yang datang.
berbekalkan lampu jalan & cahaya yang samar-samar tu, anies masuk toilet sebab dah tak tahan sangat. kalau tunggu tour guide cari suis untuk nyalakan lampu surau, hmm... boleh kena batu karang agaknya. dah laa toilet untuk wanita ada satu je...
usai buang air; gosok gigi, cuci muka dan ambil wuduk, anies terus masuk ke dalam untuk solat.
signage nama musolla: Musolla al-Islah. bukan Google yang translate ya... tapi TG yang beritahu depan depan😂
musolla ni tak besar mana pun dan sedikit daif berbanding masjid-masjid yang pernah kami singgah sebelum ni...
main entrance...
ruang solat wanita satu tempat dengan ruang solat lelaki dan dipisahkan dengan tirai...
ruang solat lelaki...
tempat ambil wuduk & tandas wanita...
ruang sebelah surau merangkap tempat ambil wuduk lelaki & tandas...
musolla ni bersebelahan jalan raya utama Mukdahan - Phetchabun👆👇
jalan raya senyap sunyi... nak kuak lentang pun no hal laa...
bas kami parkir depan musolla...
well tu je laa cerita jalan-jalan di hari pertama bulan Ogos... kejap je dah masuk 8 bulan di tahun 2025 ni...
thanks for reading...
daaa
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆