Phetchabun, Thailand: singgah gerai buah asam jawa manis
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
jarak dari musolla al-Islah ke gerai ni lebih kurang 15KM. sepanjang perjalanan, tour guide (TG) ada kongsi beberapa info tentang provinsi Phetchabun ni.
antaranya, Phetchabun terkenal dengan tanaman asam jawa manis yang subur. lazimnya asam jawa yang kita guna untuk masak asam pedas telur ikan mayong. adoiii laparlah pulak! tu rasanya masam, kan? tapi kat sini asam jawanya manis macam pemilik blog ni .
sepanjang (tepi) jalan, halaman rumah, kawasan belukar etc kelihatan pokok asam jawa manis berbuah lebat. then, para penternak khinzir selalu beri buah ni sebagai makanan tambahan.
selain tu, asam jawa manis ni ada 3 gred. kecil, sederhana dan besar. harga setiap gred berbeza tapi rasa tetap sama = manis.
tengah khusyuk dengar TG berceloteh, tiba-tiba bas berhenti tepi jalan. laa... nak singgah gerai asam jawa rupanya. tapi kan... 😂😂 matahari baru terbit, sarapan mandi pun belum... tahu tahu je dah bedal asam jawa di pagi hari.
kat gerai ni asam jawa yang hancur dia bagi free / tester. so, apa lagi? masing-masing layan asam jawa dengan perut kosong sampai habis sedulang!
dah puas melantak😂, penjual pun hulur plastik dan mereka pun pilih laa buah yang berkenan di hati. tapi anies... macam biasa... tengok je. sebabnya anies lebih berminat nak cari anak pokok asam jawa manis. mana laa tahu kan... kot kot ada jual. tapi.... nan hado!
sudahnya... anies beli kerepek pisang berintikan nanas dikala orang lain sibuk memborong asam jawa.
bagus peniaga kat sini. pagi-pagi lagi dah buka kedai...
ada 2 buah gerai kat sini. sebenarnya sepanjang jalan ada banyak gerai asam jawa...
tapi ahli rombongan serbu gerai yang ni. gerai sebelah tu, ada beza harga. contoh, sekilo asam jawa 30 Bath, tapi gerai sebelah tu jual sekilo, 35 Bath.
kat sebelah gerai...
tester yang menjadi rebutan...
asam jawa gred C = saiz kecil...
asam jawa gred B = saiz sederhana...
asam jawa gred A = saiz besar.
gelagat ahli rombongan @ gerai asam jawa manis...
antara barangan & produk berasaskan asam jawa manis yang dijual di sini...
jeruk asam jawa manis...
kerepek pisang berintikan nanas. orang lain sibuk beli asam jawa, anies pula beli yang ni😁 harga 50 Bath sebungkus. korang kalau tak ada idea untuk buat kuih raya tahun depan, cuba laa buat macam ni. asyik makan tart nanas je, kan?😂
well... tu je laa cerita untuk hari Jumaat ni. buat masa ni anies belum dapat nak BW sepenuhnya. ada urusan di luar kerja hakiki yang perlu diselesaikan sebelum 9hb ni. jadi, terima kasih kerana sudi singgah sini & tinggalkan komen. insya Allah, anies akan balas BW satu persatu nanti.
daaa...
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆