Heavenly Tiramisu by Gula Cakery
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
'Penangan' tiramisu mungkin dah reda sikit sekarang berbanding sebulan dua lepas.
jujur cakap, anies rasa pelik bila tiba-tiba tiramisu viral. video yang kejar lori Coffee Bean tu memang lawak laa... yang beratur berjam-jam tu tak payah ceritalah. orang Malaysia ni, bab FOMO memang tak boleh lawan.
tapi anies beli tiramisu ni bukan sebab FOMO. lagipun dessert dan cake kat Gula Cakery ni, bila-bila masa je ada dijual. so, alang-alang dah sampai KLCC tempoh hari, jadi anies pun singgahlah ke sini.
Gula Cakery Petite @ Suria KLCC...
mula-mula tak nak beli tiramisu pun. nak beli lemon pie. tapi disebabkan malas nak dine in jadinya... beli laa tiramisu sebekas. bila tengok saiz dan kuantitinya, rasanya no problem kalau nak share dengan yang lain.
kita tapau...
ada orang cakap, yang nama tiramisu ni wajib ada cheese mascarpone, biskut lady fingers dan rasa kopi. kalau guna cream cheese, itu bukan tiramisu. tu kata orang laa...
well, macam mana rasanya? rasa kopi lebih mendominasi berbanding rasa marcapone cheese. agak kuat juga rasa pahit tu. then marcapone cheese pula agak manis. tapi mungkin apa yang anies rasa ni akan berubah kalau tiramisu ni dimakan sejuk. (anies makan separa sejuk). teksture nya pula lembut dan light. overall, rasanya sedap tapi untuk repeat... tak kot...
harga...
korang dah pernah try ke tiramisu Gula Cakery ni? acu komen👇👇
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆