Heavenly Tiramisu by Gula Cakery

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

'Penangan' tiramisu mungkin dah reda sikit sekarang berbanding sebulan dua lepas. 

jujur cakap, anies rasa pelik bila tiba-tiba tiramisu viral. video yang kejar lori Coffee Bean tu memang lawak laa... yang beratur berjam-jam tu tak payah ceritalah. orang Malaysia ni, bab FOMO memang tak boleh lawan.

tapi anies beli tiramisu ni bukan sebab FOMO. lagipun dessert dan cake kat Gula Cakery ni, bila-bila masa je ada dijual. so, alang-alang dah sampai KLCC tempoh hari, jadi anies pun singgahlah ke sini. 


Gula Cakery Petite @ Suria KLCC...


mula-mula tak nak beli tiramisu pun. nak beli lemon pie. tapi disebabkan malas nak dine in jadinya... beli laa tiramisu sebekas. bila tengok saiz dan kuantitinya, rasanya no problem kalau nak share dengan yang lain.


kita tapau...


ada orang cakap, yang nama tiramisu ni wajib ada cheese mascarpone, biskut lady fingers dan rasa kopi. kalau guna cream cheese, itu bukan tiramisu. tu kata orang laa... 




well, macam mana rasanya? rasa kopi lebih mendominasi berbanding rasa marcapone cheese. agak kuat juga rasa pahit tu. then marcapone cheese pula agak manis. tapi mungkin apa yang anies rasa ni akan berubah kalau tiramisu ni dimakan sejuk. (anies makan separa sejuk). teksture nya pula lembut dan light. overall, rasanya sedap tapi untuk repeat... tak kot...



harga...


korang dah pernah try ke tiramisu Gula Cakery ni? acu komen👇👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

21 Words of Lo♥e

  1. Kak SA baru rasa brand Chizu je...hehehe..CBTL pun x dapat2 lagi

    ReplyDelete
  2. selalu lalu je depan gula cakery ni.. takde pulak rasa nak menyinggah.. boleh la riki2 menu kat sini pulak.. ^^

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan Anies Mrs. A pun merasakan kebanyakkan orang Mesia ni ada FOMO.
    Mrs. A kurang gemar tiramisu pahitnya tu Mrs. A tak bolehlah kalau pahit capucino tu Mrs. A okay lagi.
    Itulah susah kan cheese ni pun ada memacam jenis yang Mrs. A tahu cheese sajo ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  4. Lalu lalang dah lama Gula Cakery ni tapi tak pernah pergi. Memang tiada branch di Kuantan.

    ReplyDelete
  5. Tiramisu ni pulak cepat berubah ke suhu bilik kan. Memang kena makan sejuk2 baru heaven, tak terasa pahitnya kopi atau manisnya cheese.

    ReplyDelete
  6. Kann..pelik pulak tiba-tiba viral padahal dah lama wujud. hihi...Saya belum lagi join the crowd. Kalau tiramisu ni suka makan jenis kek span tu. Jenis macam ni kurang minat tapi nak rasa lah juga nanti kalau rasa teringin nak makan. Gula Cakery ni jenama popular. Dan banyak cawangan juganya yang mula-mula di KL ke Shah Alam entah. Keknya sedap-sedap orang kata. Saya tak pernah cuba lagi. Ada perasan di MyTOWN kot haritu. Tengok harga boleh tahan juga.

    ReplyDelete
  7. wah sedap nampak tiramisu xpernah rasa lagi

    ReplyDelete
  8. Belum pernah try yang gula bakery punya.

    ReplyDelete
  9. Saya pernah makan di gula cakery petite sini. Sayangnya saat kesana tak tahulah dah ada menu tiramisu atau belum. Krn saya coba lime tart nya.

    ReplyDelete
  10. Bukan hanya di sana kak, di sinipun tiramisu lagi ramai. Tapi hype nya tak macam di Malaysia. Cuma saya lihat Deket kantor Raka ada vending machine yg jual tiramisu premium. Saya tahu itu Krn dikasih tahu kak Retna anakomak 🤣🤣🤣.

    Malah dia yg tahu pulaaa. 😅.

    Harganya saya cek mahal. Trus packaging cantiik sangat. Pakai stainless. Memang nak coba weekend ini.

    ReplyDelete
  11. Saya sebenernya suka tiramisu. Tp bukan fav sangat. Naaah paling suka kalo tiramisu yg pakai mascarpone dan ladies finger. Kalo pakai cream cheese memanglah berubah jadi cheese cake 🤣

    ReplyDelete
  12. TQ review tiramisu kat sini Anies. Baru nak plan beli tiramisu kat gula cakery. Tgk rega tu, erm... pastu manis leting pulak... tak pelah 😅

    ReplyDelete
  13. Tu la pelik jugak kenapa tiba2 viral. Dah lama ada tiramisu ni. Antara fav cake Cie. Dulu setiap kali bday je zaman bujang selalu la cari tiramisu.

    ReplyDelete
  14. Tiramisu di mana-mana. I dah try Coffee Bean punya je. Others yang viral in KL so takde kesempatan lagii

    ReplyDelete
  15. Sejak viral ni tak pernah beli lagi mana2 tiramisu...tapi dulu2 pernah la makan...

    ReplyDelete
  16. tak pernah try lagi.. boleh tahan juga rege dia yer

    ReplyDelete
  17. This little café has a welcoming and bright ambiance. 🌞 The tiramisu looks very good.

    ReplyDelete
  18. Lemon pie sedapppp.. wajib beli kalau singgah lg. Patutnya tiramisu kena balance rasa pahit dgn cheese tu baru sedap

    ReplyDelete
  19. Tiramisu ni yang makan pun Dania. Makan juga cuma tak suka sangat.

    ReplyDelete
  20. tiramisu yg dkt gula cakery ni ada 2..dlm jar mcm ni ..1 lg yg jenis serve by chef...dua2 dh try...suka yg serve by chef ..maybe sbb fresh kot..yg dlm jar ni bila mkn kt umah cocoa powder tu dh gelap lps tu tk creamy sgt so yg dlm jar mmg tk repeat la...yg serve by chef bila dining tu bole repat

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆