Kuetiau sup by Penang Chendul

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bila pergi mall dan nak cari makan, ada kala rasa nak marah dekat diri sendiri pun ya. bukan apa. punyalah banyak restoran dalam mall tu, tapi tak tahu nak makan apa? sudahnya dok pusing-pusing sampai lenguh kepala lutut. haihh... 

akhirnya, anies decide untuk makan kuetiau sup (KTS) ni walaupun pada mulanya tekak nak makan nasi. orang perempuan ni memang complicated lah!

pilih KTS ni pun sebab katanya ada promo. so, moh ler kite try!


salah satu cawangan Penang Chendul @ AEON Taman Maluri...

so, okey ke rasa KTS ni? kita start dari portion nya dulu. agak banyak dan boleh dikongsi. then, sup KTS ni agak plain dan sedikit tawar. anies dah campur dengan cili kicap pun, still tak ada perubahan sebab cili kicap tu tak pedas pun. last selali, bau minyak bijan tu, ada tapi tak ketara sangat. anies ni, kalau makanan yang ada bau minyak bijan terlalu kuat, terus tak berselera. kesimpulannya, menu ni sesuai untuk anak-anak dan juga mereka yang tak makan pedas. oh ya... lagi satu, kalau korang makan KTS ni, sila makan time tengah panas. dah sejuk sikit, rasanya agak hambarudin.


well apa-apa pun bergantung pada tekak dan selera sendiri ya! lain orang, lain akaun banknya! ehh...

daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆