Phetchabun, Thailand: Musolla Al-Islah

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

disebabkan sepanjang jalan kami tidur dalam bas, jadinya anies tak dapat nak lena betul-betul. kadang bila bas berhenti kat traffic light pun, dah boleh terjaga. apatah lagi kalau berhenti kat stesen minyak (ambil masa yang lama). then nak terlena balik tu, aduhhh... payah betul!

kira-kira baru nak terlelap, terasa macam bas tak gerak-gerak. bila jengah ke luar tingkap, ternampak ada sebuah bangunan. tak lama lepas tu, driver nyalakan lampu diikuti bunyi mikrofon.

"assalamualaikum tuan-puan, selamat pagi. kita dah sampai kat Phetchabun dan sekarang, kita nak turun untuk solat Subuh. waktu Subuh dah masuk ya..." kata tour guide dengan nada separa seksi serak.

so, tanpa berlengah anies terus capai beg kecil, turun bas dan menonong masuk ke surau walaupun masa tu keadaan surau sangat sunyi dan tak ada jemaah (Muslim tempatan) yang datang. 

berbekalkan lampu jalan & cahaya yang samar-samar tu, anies masuk toilet sebab dah tak tahan sangat. kalau tunggu tour guide cari suis untuk nyalakan lampu surau, hmm... boleh kena batu karang agaknya. dah laa toilet untuk wanita ada satu je...

usai buang air; gosok gigi, cuci muka dan ambil wuduk, anies terus masuk ke dalam untuk solat. 


signage nama musolla: Musolla al-Islah. bukan Google yang translate ya... tapi TG yang beritahu depan depan😂

musolla ni tak besar mana pun dan sedikit daif berbanding masjid-masjid yang pernah kami singgah sebelum ni...

main entrance...

ruang solat wanita satu tempat dengan ruang solat lelaki dan dipisahkan dengan tirai...

ruang solat lelaki...

tempat ambil wuduk & tandas wanita...

ruang sebelah surau merangkap tempat ambil wuduk lelaki & tandas...



musolla ni bersebelahan jalan raya utama Mukdahan - Phetchabun👆👇


jalan raya senyap sunyi... nak kuak lentang pun no hal laa...

bas kami parkir depan musolla...


maaflah ya ada foto yang blur... 

well tu je laa cerita jalan-jalan di hari pertama bulan Ogos... kejap je dah masuk 8 bulan di tahun 2025 ni...

thanks for reading...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

11 Words of Lo♥e

  1. I have never seen inside a mosque 🕌 before. Thanks for sharing. I have seen inside many churches ⛪️

    ReplyDelete
  2. alhamdullillah yg penting ada tempat solat, sunyi betul kereta belum ada yg lalu lalang

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah damai perjalanan malam

    ReplyDelete
  4. Penat rasa kalau tak dapat tidur. Letih lain macam. Baru nak tidur dah berhenti pula kan. Kalau tak tertahan, memang lajulah kita menonong keluar. Tak kisah dah nak tunggu apa, janji dapat selesaikan hajat tu dengan cepat.
    Alhamdulillah ada juga surau tempat solat.

    ReplyDelete
  5. ingatkan boleh baca tulisan thai sebab tahu signboard tu nama musolla al-islah hahahaha

    ReplyDelete
  6. nak travel ni kena terima keadaan tempat tu dengan hati terbuka. betul kan?

    ReplyDelete
  7. Bentuk musholla nya memang sederhana sangat ya kak. Tp betterlah drpd tak ada 😁

    ReplyDelete
  8. Itu enaknya kalo di kota kecil begini, jam2 subuh masih sepiiiiii. Coba kita besar macam jakarta, KL, tak akan ada matinya 😄. The cities never sleep lah 😅

    ReplyDelete
  9. Lega rasanya dapat tynaikan solat.
    Saya paling tak suka kalau tertidur dalam bas, tengah lena bas berhenti dan kena bangun. Seksa rasanya nak buka mata hihihiii.

    ReplyDelete
  10. Mushala nya tampak sederhana saja, tapi terlihat terawat dan bersih.

    Salam,

    ReplyDelete
  11. Gambar blur ni mesti guna fon, jalan sambil menguap kan, mata sepet lg. Bas2 mcm ni jumpa kt Hatyai buka lagu dangdut

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆