Phetchabun, Thailand: singgah gerai buah asam jawa manis

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

jarak dari musolla al-Islah ke gerai ni lebih kurang 15KM. sepanjang perjalanan, tour guide (TG) ada kongsi beberapa info tentang provinsi Phetchabun ni.

antaranya, Phetchabun terkenal dengan tanaman asam jawa manis yang subur. lazimnya asam jawa yang kita guna untuk masak asam pedas telur ikan mayong. adoiii laparlah pulak! tu rasanya masam, kan? tapi kat sini asam jawanya manis macam pemilik blog ni .

sepanjang (tepi) jalan, halaman rumah, kawasan belukar etc kelihatan pokok asam jawa manis berbuah lebat. then, para penternak khinzir selalu beri buah ni sebagai makanan tambahan.

selain tu, asam jawa manis ni ada 3 gred. kecil, sederhana dan besar. harga setiap gred berbeza tapi rasa tetap sama = manis.

tengah khusyuk dengar TG berceloteh, tiba-tiba bas berhenti tepi jalan. laa... nak singgah gerai asam jawa rupanya. tapi kan... 😂😂 matahari baru terbit, sarapan mandi pun belum... tahu tahu je dah bedal asam jawa di pagi hari.

kat gerai ni asam jawa yang hancur dia bagi free / tester. so, apa lagi? masing-masing layan asam jawa dengan perut kosong sampai habis sedulang!

dah puas melantak😂, penjual pun hulur plastik dan mereka pun pilih laa buah yang berkenan di hati. tapi anies... macam biasa... tengok je. sebabnya anies lebih berminat nak cari anak pokok asam jawa manis. mana laa tahu kan... kot kot ada jual. tapi.... nan hado!

sudahnya... anies beli kerepek pisang berintikan nanas dikala orang lain sibuk memborong asam jawa.


bagus peniaga kat sini. pagi-pagi lagi dah buka kedai...

ada 2 buah gerai kat sini. sebenarnya sepanjang jalan ada banyak gerai asam jawa...

tapi ahli rombongan serbu gerai yang ni. gerai sebelah tu, ada beza harga. contoh, sekilo asam jawa 30 Bath, tapi gerai sebelah tu jual sekilo, 35 Bath.

kat sebelah gerai... 

tester yang menjadi rebutan...

asam jawa gred C = saiz kecil...

asam jawa gred B = saiz sederhana...

asam jawa gred A = saiz besar.


gelagat ahli rombongan @ gerai asam jawa manis...









antara barangan & produk berasaskan asam jawa manis yang dijual di sini...


jeruk asam jawa manis...




kerepek pisang berintikan nanas. orang lain sibuk beli asam jawa, anies pula beli yang ni😁 harga 50 Bath sebungkus. korang kalau tak ada idea untuk buat kuih raya tahun depan, cuba laa buat macam ni. asyik makan tart nanas je, kan?😂


well... tu je laa cerita untuk hari Jumaat ni. buat masa ni anies belum dapat nak BW sepenuhnya. ada urusan di luar kerja hakiki yang perlu diselesaikan sebelum 9hb ni. jadi, terima kasih kerana sudi singgah sini & tinggalkan komen. insya Allah, anies akan balas BW satu persatu nanti.

daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

19 Words of Lo♥e

  1. Thank you ❤️ 😊 for sharing this. The banana 🍌 chips look delicious.

    ReplyDelete
  2. ohh baru tahu khinzir boleh makan asam jawa gak. makanan tambahan mcm supplement utk dorangla kan hahaha

    dulu masa kecik2 ada pokok asam jawa kat taman permainan area rumah. mana yg jatuh tu kitorang kutip n makan. sedappp. btw unikla kerepek pisang inti nenas tu. kalau jamu time raya memang dia habis dulu gamaknya

    ReplyDelete
  3. Ramai yg memborong asam jawa...

    ReplyDelete
  4. Uishh awal pagi dah jamu perut dengan asam jawa. Mujurlah asam jawa dia manis kan. Wah, kalau saya borong sikit asam jawa. Lama tak makan. Zaman kecik dulu pernah makan sebab ada satu pokok besar di kampung. Tapi masam manislah. Yang manis ni mesti lagi sedap. Rare betul kerepek pisang inti nanas. Dia kepit gitu ek.

    ReplyDelete
  5. tengok buah asam jaya aje pun dah kecur liur

    ReplyDelete
  6. meriahnya gerai-gerai kanan kiri, best kalau ke thai suasana mcm ni...asam jawa manis tu kakmieja ada tanam beli kat sana, bijinya semai, sampai kehari ni tak pernah berbuah 😂😂

    ReplyDelete
  7. adoi anies.. terkecur kecur tau. unik tu kerepek pisang inti nenas.

    ReplyDelete
  8. Asam jawa manis ni kalau balik Jitra selalu juga jumpa...

    ReplyDelete
  9. kenapa xtanam asam jawa manis kat sini sebelah kedah n perlis sesuai tu

    ReplyDelete
  10. Awal mereka mula berniaga. Kemain semua pakat borong asam jawa.

    ReplyDelete
  11. Asam Jawa begini banyak juga di pohon2 pinggir jalan di Aceh
    Tapi saya pernah coba, tak manis lah 😂😂. Atah jenisnya berbeda? Memang betulan manis sangat kak?

    ReplyDelete
  12. Saya pula lebih tertarik dengan keripik pisang nenas. Iyalaaah, better buat macam nih aps raya. Bosan juga soalnya dengan kue nanas yg biasa 😄

    ReplyDelete
  13. I love all your photos! Looks like a great place!

    ReplyDelete
  14. Sedap asam jawa cicah gula hehe.

    ReplyDelete
  15. Maknanya kerepek pisang tu inti jem nanaskah Anies?
    Rupanya asam jawa rasa manis. Tapi yang kita beli untuk masakan tu masam pula ye?

    ReplyDelete
  16. Asam jawanya manis macam pemilik blog ini...hehehe Mbak Anies...
    Iya juga asam jawa itu biasanya rasanya masam, disana manis ya Mbak?
    Kripik pisangnya itu...ah sedap sekali dimakan sambil nonton serial drama di tv...

    Salam,

    ReplyDelete
  17. Kelakar lah pg2 makan asam jawa. Nasib manis. Pernah arwah atok ambil anak pokok dr Pattani balik tanam kt Butterworth. Buah sebiji mcm dlm gambar tp jenis gred B.

    Dh jd jeruk dr jauh nmpk mcm kopok lekor

    ReplyDelete
  18. Ohhh asam jawa ni dibuat gula asam jawa tu. Meriah nampak asam jawanya.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆