✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas sarapan, tour guide (TG) beritahu destinasi seterusnya adalah, melawat taman bunga kat atas gunung. kalau bab-bab bunga ni, golongan pencen memang suka laa...
perjalanan ni mengambil masa hampir 45 minit dari Restoran Namaste. sepanjang jalan memang puas laa kami menikmati pemandangan bukit-bukau dan gunung-ganang yang menghijau lagi mendamaikan.
Khao Kho yang terletak dalam provinsi Phetchabun ni, sering menjadi tumpuan terutama para pencinta alam semula jadi. cuaca yang sejuk menambahkan lagi 'sensasi' Taman Negara Khao Kho.
kalau ada rezeki korang ke Phetchabun, jangan lupa singgah Taman Negara Khao Kho ni ya!
sebaik tiba, deretan 4WD dah menunggu. 4WD ni tak perlu booking. just jumpa pemandu dan beritahu nak ke Rai GB Wind Turbine Farm (RGBWTF). manakala kat seberang jalan tu, ada deretan gerai menjual pelbagai cenderamata.
sebuah 4WD ni boleh muat 9 - 12 orang (bergantung pada saiz badan ya).
short video dari atas 4WD - perjalanan menuju ke RGBWTF...
sebaik tiba, pengunjung akan jumpa deretan kedai yang menjual pelbagai barangan... kiri kanan ada gerai... oh ya, since kat sini kawasan berbukit, jadi jalannya tak rata dan sedikit mendaki. so make sure korang dah makan sebelum ke sini. banyak tenaga nak guna. bukan sebab permukaan jalan je, tapi sebab saiz RGBWTF yang teramat luas untuk diterokai...
anies tak ingat, first time nampak wind turbine ni masa berada kat negara mana. sejak tu ada juga laa simpan hasrat nak tengok wind turbine ni dekat dekat. Alhamdulillah... akhirnya tercapai juga bila dibawa ke sini. well... wind turbine ni dari jauh... masa kami berada dalam bas, saiznya nampak kecil je... tapi...
bila dah tengok dekat-dekat... ya Allah... besarnya! macam bangunan 10 tingkat! setiap kali bilah turbine tu berpusing, akan kedengaran bunyi... wenggg wenggg wengg wenggg... anies anggarkan jarak antara satu turbine dengan yang lain, kira-kira 500 - 700M dan ada lebih 25 buah turbine dalam kawasan ni. oh ya... tiada sebarang bayaran masuk dikenakan...
short video - wind turbine. lama juga laa anies melepak kat sini. sambil menikmati wind turbine, sambil tu layan alam semula jadi kat sini. veryyyyy relaxing!
dari area wind turbine, anies ke sini. mula-mula tak nak masuk. tapi bila fikir balik... better masuklah! bukan senang nak datang ke Khao Kho ni. dah laa jauh...
well... foto-foto kat taman bunga ni anies boh random ya... malas nak susun😂
syok ooo main buaian sambil layan pemandangan cantik...
wind turbine tu nampak je dekat. pada hal jauh tu...
replika je tu...
puas menjamu mata dengan pelbagai jenis bunga...
masa anies sampai sini, penjaga taman baru lepas siram bunga. so kena jalan hati-hati sebab tanah dan lantai agak licin... BTW, cantik kan view kat sana tu?
sebelum masuk taman, sempat beli jagung bakar ni. 30 Bath. sedap betul jagungnya. lemak manis!
oh ya... RGBWTF ni sesuai kalau nak jadikan destinasi honeymoon. so apa kata nanti anniversary kahwin korang, ajaklah suami / isteri ke sini... confirm korang tak nak balik😂
ada kafe dalam kawasan taman bunga ni... tapi tak halal laa...
pokok senduduk pun boleh jadi hiasan. kat belakang rumah anies, pokok ni jadi teman lalang je😂
duduk lepak kat hut ni best. angin menderu-deru. sekejapan je dah rasa mengantuk...
RGBWTF ni tak dinafikan... kawasan yang seronok untuk bersiar-siar. walaupun nampak terik tapi udara kat sini nyaman je... a highly recommended place to visit in Phetchabun province!
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. insya Allah petang ni ada masa anies sambung BW yang tertunggak tu...
thanks for reading...
daaa
Beautiful photos. ❤️ The corn 🌽 looks 👌 delicious.
ReplyDeleteNak menghayati bunyi bilah turbine tu...wenngggg...weenngggg....weennngggg!
ReplyDeleteKita pun ikut tergiur tengok jagung bakar tuh!
Rasanya Anies nampak kincir angin ni di China. Akak pertama kali nampak masa di ruang udara wilayah Yunnan. Menarik dapat tengok jarak dekat.
ReplyDeleteCuaca terik gini barulah cantik gambar diambil. Udara nyaman, syok explore sana sini.
wah, bestnya wisata.. view pun cantik..
ReplyDeletecantik taman bunga releks rasa mandangnya
ReplyDeletenampak terik sungguh tu. mmg terik la ye. tp kalau dah ramai2 tu lupa panas ye. balik bilik terus terdampar ek.
ReplyDeletecantik sungguh pemandangan di Thailand. Org Thai mmg pandai cari lubang (peluang) utk memajukan pelancongan di tempat mrka...
ReplyDeleteGolongan pencen ni banyak duit... mintak la diorang belanja
ReplyDeletethank you!
ReplyDeleteEs un lindo lugar. te mando un beso
ReplyDeleteLuasnya! Larat ke nak cover semua tu?
ReplyDeleteAah la pokok senduduk dekat kg PH pun tumbuh meliar je, takde pulak dijaga atau dibela hehe
Khao-Khao baru pertama kali dengar...gambar yang Anies ambik pun cantik-cantik belaka
ReplyDeleteSó posso dizer que algumas imagens são muito belas e nada mais para além disso, porque não foi possível fazer uma tradução integral.
ReplyDeleteBom fim de semana.
Abraço de amizade.
Juvenal Nunes
cantiknya bunga2 tu dengan cuaca yg baik. mesti udara pun rasa sejuk je sebab nampak mcm kat kawasan tanah tinggi sikit
ReplyDeleteOh very beautiful photos
ReplyDeleteGreat landscape
Cantiknya Anies kawasan ni. Wind Turbine tu pun cantik.
ReplyDeleteBukan golongan pencen je suka bunga. Saya pun suka bunga. Banyak tenaga ye nak datang sini. Kena fit juga supaya tak penat. Menariknya ada wind turbine. Memang syok layan nature, rasa nak berlamaan je duduk situ kan menghayati.
ReplyDeleteLayan buaian dan bergambar, itu wajib! Kalau tidak rugilah dah datang jauh-jauh kan.
Terima kasih Anies recommend. Ada rezeki bolehlah datang sini.
Lihat tempat ini saya langsung ingat dengan taman bunga di Chiang Mai yg saya pernah datangi dulu. Konon bunga2nya ditanam oleh istri raja sebelumnya yg sudah meninggal. Memang cantik.
ReplyDeleteTp tempat yg kakak datangi ini lebih unik Krn ada wind turbine 😍😍😍. Saya belum pernah lihat secara langsung. Waktu itu sempat baca ada teknisi wind turbine yg naik sampai atas utk memperbaiki balingnya.
ReplyDeleteSaya yg lihat fotonya, langsung pening, macam nak jatuh 🤣🤣
Memang cocok lah utk honeymoon. Tempatnya cantik, sejuuuk pasti. Krn bunga2 ini biasanya tumbuh di kawasan sejuk. 😍😍 Ini sesuai tempat favorit saya 😄
ReplyDeleteCantik2 juga wilayah utara Thailand. Sah2 kena pi waktu musim bunga ni.
ReplyDelete1st nampak kincir angin ni masa naik train di Taiwan, masa tu dekat dgn pantai.
Bijak betul manusia, boleh terfikir nk buat kincir angin. Mesti kawasan ni kelajuan angin tinggi, boleh hasilkan tenaga elektrik
ReplyDelete