Mukdahan, Thailand: Masjid Mukdahan Al-Mazkari dan makan malam

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

dari Lao Bảo Trade Centre, bas kami kembali semula ke Kaysone Phomvehane @ Laos. perjalanan hampir 4 jam tu, baik & lancar sama seperti kami melewatinya pada sebelah pagi (baca perkongsiannya kat SINI).

kami tiba kat Kaysone Phomvehane kira-kira pukul 7.15 malam. bas stop kat stesen minyak sekejap (untuk ke tandas) dan lepas tu kami terus masuk sempadan melalui Mukdahan Border Checkpoint (MBC) (baca fasal MBC kat SINI). 

urusan kat MBC agak lama sebab cuma satu kaunter je buka. lepas cop passport, kami kena jalan sikit sebab bas biru berada kat luar kawasan MBC. 

well... bye-bye Laos, bye-bye Vietnam! Alhamdulillah... dalam sehari dapat merasai 3 negara berbeza. walaupun sekejap tapi secara peribadi, anies gembira dapat belajar banyak perkara. 

dari MBC ke masjid tak jauh pun. masa kami sampai, para jemaah baru je beransur pulang. tanpa berlengah, kami terus ke dewan serbaguna kerana makanan kami dah diletakkan kat situ.

ada ahli rombongan yang solat terlebih dulu. tapi anies decide untuk makan sebab dah lapar kaw kaw. usai makan, barulah ke toilet untuk bersihkan diri seketika dan kemudian naik ke ruang muslimat untuk solat jamak.


walaupun majoriti penduduk Thailand beragama Buddha, tapi komuniti Muslim ada di mana-mana. so nak cari masjid taklah sesukar yang difikirkan...

bahagian depan masjid = entrance ke dewan solat utama...

ruang solat untuk muslimat... satu tempat dengan ruang solat muslimin. hanya dipisahkan dengan bidai...



ruang solat muslimin👆👇



tandas lelaki dan perempuan berasingan... setiap tandas ada shower. of coz bidet pun ada...

tempat ambil wuduk manakala tangga sebelah kanan tu, laluan dari pintu pagar...

dewan serbaguna masjid. terletak di tingkat bawah. ahli rombongan cakap, diorang malas nak turun naik tangga lepas makan malam. jadinya bentang sejadah dan solat kat situ.

acik acik tengah menjamu selera...

kerusi meja dah tersedia di dalam dewan...


menu makan malam kami: nasi khomok. travel agensi order nasi ni kat salah seorang pengusaha restoran Muslim @ Mukdahan... BTW sorry naaa... foto-foto di atas ni blur je. almaklum laa masa kecik-kecik tangan tak bedung😂😂


selesai semua urusan, kami pun beredar. malam tu kami tidur dalam bas sebab destinasi seterusnya mengambil masa kira-kira 7 jam untuk sampai. agak-agak korang... apa nama lokasi tu? boleh teka tak?

that's all for today. thanks for reading...
daa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

13 Words of Lo♥e

  1. Good photos of the mosque 🕌 I thank 😊 you for sharing this journey 🙏 ❤️

    ReplyDelete
  2. sedap nasi khomok tu.. dapat pulak yang original thailand punya.. nyum2.. ^^

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah selamat kembara tiga buah negara

    ReplyDelete
  4. Nasi Khomok pernah try kat Fizo Mawar Kitchen dulu2. Sekarang ni dah takde dah Restoran ni. Luas juga masjidnya.

    ReplyDelete
  5. Saya pun kalo dah lapar sangat, better makan dulu. Tak khusyuk pula kalo tetep sholat 😄.macam nasi kuning sedikit nasi khomok ini ya kak. Sedap tak?

    Baca ttg Thailand dan Kamboja yg sedang perang, sedih pula saya. Semoga bisa segera damai lagi.

    ReplyDelete
  6. Parece un lindo lugar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. Nasi Khomok ni asal sana lah kan.

    ReplyDelete
  8. very cute photos! And jummy food;)

    ReplyDelete
  9. wahhh nampak cantik dan luas je masjid nya

    ReplyDelete
  10. masjid2 kat sana memang takde karpet macam masjid kita ye. mesti sejukk je time nak sujud tu. tapi plus point dia,mudah nak bersihkan lantai!

    haha tula kenapa semua gambar gegar vaganza sangat ni! kes tangan tak kena bedung dari kecik eh :p

    ReplyDelete
  11. Masjid nya cukup baik dan tertata dengan rapi dan bersih juga.

    Salam,

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆