Lao Bảo,Vietnam: Trung Tâm Thương Mại Lao Bảo

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

well... maksud title👆 adalah Lao Bảo Trade Centre a.k.a pasar harian. 

sebenarnya kami tak tahu apa tujuan tour agency bawa ke sini. tapi rasanya tak lebih daripada sekadar nak killing time 'habiskan duit' je laa😂😂

kata tour guide, pasar ni sama je macam pasar harian yang lain atau pasar-pasar yang pernah korang singgah bila dah sampai Vietnam. pelbagai barangan dijual di sini tapi yang lebih menarik perhatian ahli rombongan kami... semestinya di fruit section! sebabnya... ni je laa barang yang boleh dimakan. nak harapkan kain ela ke... souvenir ke... memang sah-sah tak ada.

anies ada tolong seorang ahli rombongan ni yang nak cari keychain dan ada tulis perkataan or bendera Vietnam. pusing punya pusing... hmm satu kedai pun tak ada yang jual. ye laa... ni kan pasar harian tumpuan penduduk tempatan. bukannya pasar tumpuan pelancong macam kat Danang or Nha Trang tu (baca kat SINI & SINI). jadinya buat apa mereka nak jual souvenir, kan?

berbalik kepada cerita buah-buahan pula, dari segi harga agak mahal jugalah. pertama, sebab diorang cuma terima duit US Dollar je. kedua, kalau guna Bath lagi mahal diorang charge. ntah hape hape😏

anies tak beli apa-apa pun. dapat tengok suasana pasar ni pun dah puas hati. ada kala lawak juga tengok gelagat para peniaga bila berurusan dengan ahli rombongan kami. cakap English pun tak faham. cakap Thai lagilah tak faham. time tu pula tour guide kami tak ada kat situ. sudahnya... masing-masing cakap macam ayam dengan itik😂😂


kira macam main entrance laa yang ni...👆kawasan parkirnya luas...





bahagian pasar yang lain👆👇



pasar yang bawah bumbung tu ada jual macam-macam termasuklah ikan, daging, ayam, pakaian, sayur dan lain-lain...

ni bahagian dalamnya... sorry blurrr...

kami sampai pun dah petang jadi suasananya sepi je. kalau kami tiba pagi mungkin meriah juga kawasan ni...



suasana di dalam pasar (bangunan entrance)

entah apa laa yang mereka beli...



ahli rombongan tak tahu daa arah mana nak tuju. sebab sama je barang jualannya...



gerai buah-buahan jadi tumpuan ahli rombongan...




kalau esok balik Malaysia boleh je beli bunga ni. tapi lamberrttt lagi nak balik...

ada juga yang jual makanan siap masak. kami tengok je laa...

aneka sayur-sayuran. tapi mahal lor... sebab guna USD😁

beli oren percuma tangkai & daun😂


well tu je laa cerita jalan-jalan kami @ Vietnam... minggu depan, cerita kat tempat lain pula tapi masih lagi fasal jalan-jalan. anies pun tak tahu bila laa cerita ke 5 negara ni akan habis... bertabahlah korang😂

that's all!
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

16 Words of Lo♥e

  1. mengapa la mrka guna dollar US sdgkan dulu negara2 ni pernah berperang?

    ReplyDelete
  2. What a great time. Lovely photos and beautiful skies ❤️

    ReplyDelete
  3. Mesti kecewa dia tak jumpa kedai keychain kan. At least kalau ada satu kedai mesti laku juga. Unik betul ek bumbung bangunan kat sini. Kalau barang yang sama bosan juga kan, sampai ke sudah tak ada apa nak dibeli. Beli buah juga untung. Geram pulak tengok bunga-bunga segar tu. Kalau beli buat posing photoshoot pun best juga. Buah oren tu pun siap bertangkai berdaun, kalau beli buat photoshoot pun nice sangat.

    ReplyDelete
  4. wahhh banyak nya buah....ni kalau jumpa macam ni boleh kuat memborong ni

    ReplyDelete
  5. tergoda dengan buah oren siap tangkai tu.....

    ReplyDelete
  6. pelbagai buah-annya xpernah tengok

    ReplyDelete
  7. Pasarnya terlihat bersih ya, walau tak terlihat estetik. Para pedagang yang berjualan pun sangat pintar menyusun dagangannya, terlihat rapi dan nyaman dipandang. Tak seperti di Indonesia yang seringkali pasar tradisional itu nampak kotor dan kumuh. Heuh, sedihnya.

    Buah-buahannya pun nampak seperti produk berkualitas tinggi ya. Saya ngiler nih mbak, melihat buah jambu air yang nampak besar-besar sekali. Manis sepertinya ya?

    ReplyDelete
  8. kalau beli buah in harga USD... takpela kita tengok jela xD

    ReplyDelete
  9. Tak paham juga saya dengan Vietnam. Atau negara2 yg pakai USD sebagai currency. Padahal ada currency sendiri. JD kalo kita bayar pakai VND, tak terima juga?

    ReplyDelete
  10. Tinggi2 bumbung pasar tu kan? Mesti tak panas dalam tu...

    ReplyDelete
  11. heee dia nak ketuk tourist nk terima dalam USD ya. padahal kalau nak diikutkan murah je. Saya pergi indonesia dlu pun ada peniaga buat style macam ni. boleh terima ringgit malaysia, tapi sebenarnya lagi untung kalau terima RM sebab currency kita lagi tinggi dari diorang, tu yang diorang tknak IDR.

    ReplyDelete
  12. Hello dear friend! Interesting that they only accept U.S. currency. Language issues can be present in almost every part of the world. Your photos are beautiful! I really like your humour and positive attitude, I think this will take you far in every aspect of your life! Fantastic! Thank you so much for sharing, I really appreciate and enjoy your posts, and your presence.

    ReplyDelete
  13. Pasar harian mmg tak leh nak cari apa yg pelancong nak cari kan.. kalau ada nasib .. kalau takde kena redha la hihi..

    ReplyDelete
  14. Syok lah masuk Pasar ni. Macam2 ada. Kami suka masuk Pasar kalau travel, mesti beli sikit2.

    ReplyDelete
  15. Segarnya buah2 dan berbagai sayur di pasar, apalagi oren, lol, gratisan tangkai dan daun

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆