Cendol RM1 @ Nizam Cendol Goncang, Taman Melati, KL

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau tak silap, gerai ni viral disebabkan review daripada Khairul Aming. so kami yang tak berapa nak FOMO ni singgahlah ke sini selepas setahun viral. 

ingatkan dah tak viral, customer tak ramai. sekali bila dah sampai... haa amekaw! fullhouse beb walaupun baru pukul 12.30 tengah hari! jadinya, kami tapau jela cendol itueww...


lokasi gerai: berdekatan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi / bersebelahan Perumahan Sri Tioman @ Taman Melati. kalau dari stesen LRT Taman Melati, jaraknya +-200M je. waktu operasi: Selasa ~ Ahad, 10.00AM ~ 10.00PM

section buat cendol merangkap kaunter collect cendol (takeaway only). kalau nak dine in, first; cari meja kosong. then panggil waiter untuk buat pesanan. habis makan, bawa resit ke kaunter untuk bayar. payment mode: cash & QR code. order online via Grabfood & Foodpanda.

senarai cendol & harga. harga untuk bungkus pun sama juga. kalau tak silap ada cendol durian tapi ikut musim rasanya...

senarai makanan berserta harga. harga untuk takeaway pun sama je...

kalau korang nak booking untuk sebarang majlis / catering, boleh contact nombor👆

our RM1 cendol. so, macam mana rasanya? sedap, berlemak sebab guna santan asli. rasa manis tu dalam sekitar 10% je. manakala cendol pula, tak kenyal tapi bau pandan tu terasa. clearly ni cendol homemade, bukan cendol 'kilang'. overall, rasa + harga + kualiti = berbaloi. ada rezeki nanti nak try cendol lain pula.


kalau korang lalu MRR2 or terlajak tersesat sampai ke Taman Melati, bolehlah singgah sini. cuaca panas sekarang pekena cendol secawan memang surrrr....

okey! tu je laa cerita ceriti minum cendol di hari Isnin... thanks for reading. daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

20 Words of Lo♥e

  1. Nice to see food stalls doing well.

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai sini lagi.. sedapnya cendol tu kalau pekena time panas-panas ni.. ^^

    ReplyDelete
  3. Sedapnya la cendol minum time panas2 ni. Lega rasa tekak.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya cendol.. kat sini susah nak cari cendol yang sedap..

    ReplyDelete
  5. RM1 tu biasa kalau kita telan jer hahaha.. okla kalau sedap tu bonus.. nk try la ke sini nanti ☺️

    ReplyDelete
  6. Akk selalu juga singgah kedai nasi campur opposite Nizam Cendol ni. Tapi itulah asyik nampak que panjang, malas nak singgah huhu

    ReplyDelete
  7. sedap minum cendol musim panas ni....blh try kalau kearah KL

    ReplyDelete
  8. Parece una buena bebida. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  9. Kalau KA dah review tu memang berpanjangan lah viralnya.. alhamdulillah rezeki owner, tapi murah lagi menu-menu nya , kalau ada rezeki nanti boleh juga kak ana singgah kalau lalu area Taman Melati :)

    ReplyDelete
  10. Wah, next time boleh try ni. Kita pun tak berapa nak FOMO sgt hihi

    ReplyDelete
  11. Nak try la nanti sebab memang lalu Taman Melati kalau ke KL. Sedapnya cendol time panas ni.

    ReplyDelete
  12. ohh pernah tengok cendol ni yg KA viralkan dulu. pehh harga terlajak murah ni!

    ReplyDelete
  13. murahnye cendol ni. jalan2 KL nanti bolehlah singgah nak rasa. Dah lama tak nampak cendol yg jual murah macam ni

    ReplyDelete
  14. ada tgk tmpt ni time khairulaming review..mmg rmi org lps tu..tk smp2 lg..tgk org share mee bandung and cendol sedap sini

    ReplyDelete
  15. Banyak juga macam dan rasa cendol yang ditawarkan, Sedapnya,...😋

    ReplyDelete
  16. Aiiih naaaaak cobaaaa 😍😍😍😍. Berarti bisa LRT, nanti tinggal jalan sedikit ya kak. Noted

    ReplyDelete
  17. Apalagi saya lihat ada menu makanan juga. Alaaah, bingung pilih nak bihun sup atau mee bandung 🤣. 2-2 nya blm coba

    ReplyDelete
  18. Cendol ya Mbak?
    Sama ya bentuknya dengan cendol disini dengan warnanya yang selalu hijau.
    Seger sekali...

    Salam,

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆