Lao Bảo,Vietnam: Trung Tâm Thương Mại Lao Bảo

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

well... maksud title👆 adalah Lao Bảo Trade Centre a.k.a pasar harian. 

sebenarnya kami tak tahu apa tujuan tour agency bawa ke sini. tapi rasanya tak lebih daripada sekadar nak killiing time 'habiskan duit' je laa😂😂

kata tour guide, pasar ni sama je macam pasar harian yang lain atau pasar-pasar yang pernah korang singgah bila dah sampai Vietnam. pelbagai barangan dijual di sini tapi yang lebih menarik perhatian ahli rombongan kami... semestinya di fruit section! sebabnya... ni je laa barang yang boleh dimakan. nak harapkan kain ela ke... souvenir ke... memang sah-sah tak ada.

anies ada tolong seorang ahli rombongan ni yang nak cari keychain dan ada tulis perkataan or bendera Vietnam. pusing punya pusing... hmm satu kedai pun tak ada yang jual. ye laa... ni kan pasar harian tumpuan penduduk tempatan. bukannya pasar tumpuan pelancong macam kat Danang or Nha Trang tu (baca kat SINI & SINI). jadinya buat apa mereka nak jual souvenir, kan?

berbalik kepada cerita buah-buahan pula, dari segi harga agak mahal jugalah. pertama, sebab diorang cuma terima duit US Dollar je. kedua, kalau guna Bath lagi mahal diorang charge. ntah hape hape😏

anies tak beli apa-apa pun. dapat tengok suasana pasar ni pun dah puas hati. ada kala lawak juga tengok gelagat para peniaga bila berurusan dengan ahli rombongan kami. cakap English pun tak faham. cakap Thai lagilah tak faham. time tu pula tour guide kami tak ada kat situ. sudahnya... masing-masing cakap macam ayam dengan itik😂😂


kira macam main entrance laa yang ni...👆kawasan parkirnya luas...





bahagian pasar yang lain👆👇



pasar yang bawah bumbung tu ada jual macam-macam termasuklah ikan, daging, ayam, pakaian, sayur dan lain-lain...

ni bahagian dalamnya... sorry blurrr...

kami sampai pun dah petang jadi suasananya sepi je. kalau kami tiba pagi mungkin meriah juga kawasan ni...



suasana di dalam pasar (bangunan entrance)

entah apa laa yang mereka beli...



ahli rombongan tak tahu daa arah mana nak tuju. sebab sama je barang jualannya...



gerai buah-buahan jadi tumpuan ahli rombongan...




kalau esok balik Malaysia boleh je beli bunga ni. tapi lamberrttt lagi nak balik...

ada juga yang jual makanan siap masak. kami tengok je laa...

aneka sayur-sayuran. tapi mahal lor... sebab guna USD😁

beli oren percuma tangkai & daun😂


well tu je laa cerita jalan-jalan kami @ Vietnam... minggu depan, cerita kat tempat lain pula tapi masih lagi fasal jalan-jalan. anies pun tak tahu bila laa cerita ke 5 negara ni akan habis... bertabahlah korang😂

that's all!
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆