Gaufrette Crispy Wafer Filled with Durian Cream by Beryl's
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Haha... dah macam duta Beryl's laa pulak... tiap-tiap bulan ada review produk baru.
tak... sebenarnya kebetulan je ni. tersinggah kedai Beryl's @ TRX sebab ternampak produk baru ni.
yes... selain coklat, biskut-biskut keluaran Beryl's ni boleh tahan sedap jugalah. tak percaya? acu tanya blogger fanny! 😂
mentang-mentang tengah musim durian. so Beryl's pun nak menyelit keluarkan produk berasaskan durian.. 😁
bila buka kotak... nampaklah mendealah ni... ada 6 keping semuanya...
bila buka plastik... ni laa rupa Gaufrette nya... huruf B tu turus buat anies teringatkan simbol Bitcoin😂😂😂 ko dah kenapa, anies?
daaaannnn rasanya? biasa je nyah! (sila baca ikut nada Janna Nick) bau dan rasa krim durian tu memang ada dan ketara. kemanisannya dalam sekitar 25% je kot. lepas tu wafer ni rasa macam kuih kapit. tak pun biskut Belanda yang gulung tu. haaa... lebih kurang macam tu laa rasa wafer. ia rangup dan tak 'berderai'. tapi kalau nak beli lagi, tak kot😂😂
kalau korang tak suka durian boleh try Gaufrette krim strawberry atau vanilla. harga seperti yang tertera. so far, ia dijual di Beryl's flagship store je. kalau jual kat online tu, anies tak sure...
well tu je laa sharing untuk hari ni...
daaaa
1 Words of Lo♥e
macam dessert jepun tu rupa macam coin.. tak ingat la nama dessert tu.. hehe
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆