Cendol RM1 @ Nizam Cendol Goncang, Taman Melati, KL
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kalau tak silap, gerai ni viral disebabkan review daripada Khairul Aming. so kami yang tak berapa nak FOMO ni singgahlah ke sini selepas setahun viral.
ingatkan dah tak viral, customer tak ramai. sekali bila dah sampai... haa amekaw! fullhouse beb walaupun baru pukul 12.30 tengah hari! jadinya, kami tapau jela cendol itueww...
lokasi gerai: berdekatan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi / bersebelahan Perumahan Sri Tioman @ Taman Melati. kalau dari stesen LRT Taman Melati, jaraknya +-200M je. waktu operasi: Selasa ~ Ahad, 10.00AM ~ 10.00PM
section buat cendol merangkap kaunter collect cendol (takeaway only). kalau nak dine in, first; cari meja kosong. then panggil waiter untuk buat pesanan. habis makan, bawa resit ke kaunter untuk bayar. payment mode: cash & QR code. order online via Grabfood & Foodpanda.
senarai cendol & harga. harga untuk bungkus pun sama juga. kalau tak silap ada cendol durian tapi ikut musim rasanya...
senarai makanan berserta harga. harga untuk takeaway pun sama je...
kalau korang nak booking untuk sebarang majlis / catering, boleh contact nombor👆
our RM1 cendol. so, macam mana rasanya? sedap, berlemak sebab guna santan asli. rasa manis tu dalam sekitar 10% je. manakala cendol pula, tak kenyal tapi bau pandan tu terasa. clearly ni cendol homemade, bukan cendol 'kilang'. overall, rasa + harga + kualiti = berbaloi. ada rezeki nanti nak try cendol lain pula.
kalau korang lalu MRR2 or terlajak tersesat sampai ke Taman Melati, bolehlah singgah sini. cuaca panas sekarang pekena cendol secawan memang surrrr....
okey! tu je laa cerita ceriti minum cendol di hari Isnin... thanks for reading. daaa...
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆