­
Ke bazar Ramadan TTDI, KL - Anies♥You

Ke bazar Ramadan TTDI, KL

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau tahun lepas anies pergi on weekend (boleh baca kat SINI). kali ni nak try pergi lepas balik kerja pula.

sebenarnya nak tengok macam mana suasananya. ada beza ke? orang ramai ke?

bila dah sampai, sangkaan tu ternyata meleset, guys! ramaiiii dan kena berhimpit-himpit. rasa nak give up je bila mana gerai yang anies nak tuju ni... tak jumpa-jumpa! haihh...


main entrance. tahun ni dah pintu gerbang. tahun lepas tak ada. kat sini korang akan jumpa 'kaki-kaki socmed' yang tengah bersiap sedia untuk buat content, yang tengah buat live etc... anies sengih je laa tengok gelagat diorang...

see? ramai ke... sesak?😂 imagine... nak sampai ke gerai hujung tu... ketibas mat!😂

akhirnya jumpa juga gerainya. Pok Ya Popia Power. ni kira gerai legend jugalah sebab dah beroperasi lebih 20 tahun. so tak risaulah... 'jika tak pandai memasak, tak mengapa. tapi jangan berniaga di bazar Ramadan!' anies datang sini pun sebab nak rasa popia ni. lepas tu nak beli cempedak goreng. tapi bila tengok Q panjang yakmat, terus tak jadi. 

ni laa popianya. honest review: sos sedap, popia pun sedap. inti lobak + taugeh. saiz memang besar. makan 2 keping je dah kenyang. tapi kalau dah campur kuah macam 👆 kena makan segera. kalau lambat, dia rasa macam... kurang kick sebab kulit popia tu dah 'lembap'. faham tak?😂 untuk air, anies beli jus oren + pear dari MBG. Rotiboi tu, just nak rasa je flavour baru. Cheeseboi. Cheeseboi ni kena makan panas-panas. bila dah sejuk tak rasa apa😂 harga popia: RM8 untuk 4 keping, jus buah RM7.90, Cbeeseboi RM3.90. done iftar!

short video @ bazar Ramadan TTDI...


so, korang berbuka piasa nanti nak makan apa? jom share!👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

17 Words of Lo♥e

  1. fuh sesak btul ye....pernah mkn popia sedap yg kt TTDI ni tp org bg...so tk sure nama org yg menjualnya

    ReplyDelete
  2. Belum ada kesempatan ke baram lagi.

    ReplyDelete
  3. Ini punca saya segan nak ke bazar Ramadan. Risau jadi femes tanpa sengaja. 😆

    ReplyDelete
  4. ramainya seperti acara hari minggu pagi di tempat saya, namanya car free day

    ReplyDelete
  5. Dulu2 pernah la ke Bazar Ramadan TTDI ni. Lama dah tak ke Bazar Ramadan sana.

    ReplyDelete
  6. sehingga komen ini ditulis saya belum lagi ke bazar Ramadan....biasanya tahun yang lepas-lepas cuma sekali atau du kali jer ke bazar Ramadan...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tak sesak kat sini. Kena redho ketibas demi dapatkan juadah yang diingini. Haaa gitu konsepnya!

    ReplyDelete
  8. Selain popia Pak Ya, saya suka popia kat food court Giant Shah Alam. Tu pun 👍🏼

    ReplyDelete
  9. jimat ni..blh selalu ke bazar ramadan..hehe

    ReplyDelete
  10. Oh very good food
    This bazar looks great

    ReplyDelete
  11. jadi kangen ke bazaar di Kuala Lumpur, sayangnya dulu waktu ke bazaar bukan dalam suasana Ramadhan
    dari dulu berencana Ramadhan di Kuala Lumpur, tapi gagal terus hahaha

    ReplyDelete
  12. Kak, saya diajak teman utk ke KL ramadhan ini, pergi Jumat pulang Minggu. Tau utk apa? Hanya untuk buka puasa di bazar ramadhan sana 🤣🤣🤣🤣.

    Sebenernya saya nak, tp kalau mendadak, tak akan diizinkan Raka 😂. Harus jauh2 hari plan. Ditambah pula anak saya lagi exam.

    Tp kalau lihat ramainya begitu, macam mikir dulu saya. Soalnya suka tak kuat berada di keramaian 🤣

    ReplyDelete
  13. Eh tapi tahun depan nak juga lah puasa di KL, lalu ke Bazaar ramadhan 😄. Di IG saya ada lewat KL foodie yg menunjukkan jualan di Bazaar ramadhan sana. Memang tempting sangat makanannya

    ReplyDelete
  14. abe kie belum sempat ke pasar Ramadhan lagi. Cuma beli di kedai makan di tepi jalan je semasa balik kerja..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆