Dekorasi raya 2025 @ The Gardens Mall, KL
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kalau dalam entry INI anies share fasal deko raya kat Mid Valley. yang ni pula fasal deko raya 'jiran' Mid Valley... siapa lagi kalau bukan The Gardens Mall.
jujur cakap, sekali tengok je anies rasa kecewa sangat. dekonya macam tak ada soul je... terlalu simple!
then buat hiasan gantung ala ala tanglung tapi menggunakan 'elemen tradisi' tu macam tak kena langsung dengan Aidilfitri. mana ada raya orang gantung tanglung. kalau CNY boleh juga terima!
last anies datang sini sebelum Krismas. dia punya deko... dah macam berada kat negara-negara Scandinavia tu. penuh memutih dari bumbung sampai ke lantai. then siap ada contest kalau berselfie kat deko tu.
anies bukan nak judge or kritik or racist bagai... tapi sebagai mall yang terkenal dengan pelbagai jenama mewah di bawahnya, sepatutnya mereka ambil kesempatan ni untuk tunjukkan sisi Aidilfitri yang lebih baik lagi.
kalau jirannya boleh buat konsep kampung, then mereka boleh je buat konsep urban tapi masih kekal dengan unsur tradisi. ni cadangan je...
tapi tu laa kan... kitonyo bukan sponsor deko ni. kalau (kalau!) kita ni sponsor, 1 bangunan anies deko. siap ada bunga api tiap-tiap malam😂
well korang layankan je laa foto-foto yang tak teratur ni dan nilaikan sendiri. kita cakap banyak pun... bukannya management The Gardens Mall tu baca blog picisan ni. iye dok?😂😂
anies tetap panggil yang tergantung tu... tanglung. ke... ada nama lain?
letak nyiru tu okey daa... tapi bila letak banyak-banyak macam tu nampak serabut pula. oh ya... deko kat sini macam berselerak. tak macam kat Mid Valley. setempat je...
bila pasang gazebo macam ni dah macam duduk kat taman. tahu laa nama kau The Gardens😂
entah laa tak tahu nak kata apa. terlalu minimalist?
dah macam bangsal bunga orkid daa anies tengok ni😂
yang ni pula macam kat FLORIA...😂
sampai ke sudah dok fikir... ni apa sebenarnya? bukan kiosk kopi ya... lain nau kalau nak dipanggil deko raya...
nyiru lagi! mungkin The Gardens dah bosan jual barangan branded kot. diorang nak beralih angin jual barangan tradisi lepas ni...
Pelamin Anganku Musnah ke kat tengah-tengah tu? ah sudah...
jarang orang datang beraya dok telek-telek pokok... kecuali kalau dah tak ada modal lain nak bersembang😂
buluh-buluh tu nak sesah orang ke?😂 bertimbun macam tu dah serupa bangsal kayu opah anies punya dulu😂
kalau pelita memang kenalah dengan konsep raya? ini...???
another gazebo yang dikelilingi hutan Amazon versi mini..
bukan kedai kopi...
yang tergantung tu macam serkup ayam je😂
entah laa labu... deko raya tak macam deko raya je...
short video.
what say you?👇👇
26 Words of Lo♥e
nampak tak meriah deko raya
ReplyDeletekrg sponsor barangkali
DeleteDekorasi yang indah dan kekinian. Selamat berpuasa, semoga berkah di bulan Ramadhan
ReplyDeleteaminnn terima kasih mas
DeleteDekorasi yang indah dan kekinian. Selamat berpuasa, semoga berkah bulan Ramadan ini
ReplyDeletesupposed dekonya lebih meriah
DeleteWell, sometimes less is more.
ReplyDeletebut not for aidilfitri. it should be more and more
DeleteTak nampak deco raya pun. Takde idea agaknya tu.
ReplyDelete$$ pun krg kot😁
DeleteSaya teliti, tak macam raya. Jauh terpesong. Lebih kepada tema taman. Kalau letak macam ni kat event Floria Putrajaya, sesuai lah.
ReplyDeletekannn... tampak cam deko biasa2 je kann
Deletemungkin setakat itu je daya fikir yg termampu team deco dorang nak berfikir almaklumlah sedang berpuasaaa ahakkss
ReplyDeleteorg lain puasa jg tp idea tip top🤣🤣
DeleteYang 'bukan kedai kopi' tu boleh lepak2 ke?
ReplyDeleteboleh tp kopi bancuh sendiri
DeleteEs un lindo lugar. Te mando un beso.
ReplyDeleteah siii😁
Deletebagi abe kie OK je gitu..drp x de langsung! Cuma betul la..perlu diperbaiki lagi agar tampak lebih meriah..
ReplyDeleteyap kena tambah sikit bg lg meriah
DeleteRajin nya dia jalan2 mall hahaha... buluh tu mcm buluh runcing nak jerat pontianak hahahah
ReplyDeletealg2 dah buka puasa kat sini
Deletetu laa kemain byk🤣
jarang sgt pegi The Garden..biasa pi midvalley je..tk brp nmpk deko raya sgt tu..buluh2 byk sgt tu ngisau juga kan
ReplyDeletekann.. tkt ada yg gatal tgn pi usik... habisss
DeleteDeko raya moden katanya Anies. Hehe.
ReplyDeletemoden tp x berapa nak smpi😀
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆