Ke bazar Ramadan Wangsa Maju, KL
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kalau dalam entry INI anies ke bazar Ramadan sebab nak makan popia. tapi kali ni ke sini sebab nak makan kuih akok; antara kuih tradisi Kelantan yang digemari ramai.
rasa macam dah lama sangat tak makan kuih ni. sama ada kat area rumah or tempat kerja, memang tak ada orang jual kuih akok baik sarapan atau minum petang.
sebelum tu, lebih kurang 10 hari lepas ternampak video TT foodie, Hungry Sam. dia ada ke sini dan beli beberapa jenis makanan termasuklah kuih akok. anies terus komen, kat gerai mana Sam beli kuih akok tu?
Sam balas dan beritahu lokasi gerainya. bila dah sampai sini, sengaja anies ke hujung gerai (ke arah kawasan perumahan) dulu. bukan untuk cari kuih ni tapi sekadar nak tengok apa yang best boleh dibeli.
bila patah balik, ternampak gerai Vietnamese roll & kuih keria. singgah beli sekejap then sambung cari gerai yang Sam maklumkan.
sebenarnya ada ramai yang jual kuih akok kat sini. dari segi harga pun berbeza. ada yang jual 4 keping = RM5. tu pun untuk akok pandan. bagi akok biasa, 4 keping = RM4.
cari punya cari akhirnya jumpa juga. Sam cakap, kat gerai tu juga ada jual nasi tumpang. so tanpa berlengah anies terus singgah. kat sini cuma ada akok pandan je dan harganya... 5 keping = RM4!
lepas bayar, anies terus jalan sampailah ke gerai hujung (depan AEON). oh ya, ramai cakap ni bazar Ramadan terpanjang @ KL. tapi kalau korang nak experience bazar Ramadan terpanjang kat Malaysia, try laa singgah bazar Ramadan Taman Ria, Sungai Petani. kat sana, kalau korang masuk situ on 1st Ramadan. sampai gerai hujung dah boleh dengar takbir raya😂😂
sengaja datang awal sikit dalam pukul 4++PM sebab tak nak bersesak macam kat TTDI tempoh hari...
ada gerai yang masih tengah set up lagi tapi pelanggan dah tunggu...
rasanya semua bangsa datang sini... pelancong pun ada juga...
korang nak tahu tak? dalam banyak-banyak gerai kat sini, seorang pun tak jual yong tau foo.... hmm...
laluan menghala ke AEON Wangsa Maju...
ayam goreng untuk nasi ayam...
kebab / roti pita...
kuih raya dan rendang... sebenarnya ada sekali lemang kat situ..
aneka agar-agar...
buah-buahan. tak silap anies penjual tu cakap, mangga 5KG = RM20...
aneka kuih-muih...
nasi khomok dan nasi lemak....
roti lava ketam cili... macam mana rasanya ya?
air kelapa laut...
aneka buko...
kuih akok pandan. kat gerai ni laa anies beli...
air yogurt... mahal juga ya secawan = RM8...
ayam geprek...
nasi kerabu...
aneka minuman sejuk...
chicken wing bakar...
aneka Vietnamese roll... anies beli kat sini...
jus tembikai... dengarnya harga tembikai dalam bulan Ramadan ni, 1KG = RM0.99 je...
kebab Melawati... antara kebab famous yang ada kat sini...
aneka kerabu megi & somtam...
ada yang panggil 'cucuk-cucuk'...
hasil 'menjala' di bazar😂 Vietnamese roll 3 gulung = RM10. anies pilih udang, ayam korea & daging harimau menangis. semuanya sedap dan besar. kedua-dua sos tu pun sedap. dah makan baru rasa menyesal sebab beli 3 gulung je😂 then, akok pandan tu... sedap, okey! thanks Sam! tak sia-sia datang dari jauh untuk beli kuih ni. kuih ni tak manis dan terasa telur itik tu. plus tak hanyir. 5 keping = RM4. boleh repeat beli nanti. last, kuih keria 2 ketul = RM2. just nice. tak manis. gula pun fully coated tapi untuk beli lagi, tak kot sebab kecik nau saiznya. sekali telan habis dah😂😂
well...tu je laa perkongsian untuk hari ni. esok KL cuti sempena Nuzul Quran merangkap my Hijrah birthday.... gituuu😂
Salam Nuzul Quran & thanks for reading...
daa...
60 Words of Lo♥e
Mak aiii ni kalau sekali masuk, tak kuat iman… memang tak jumpa jalan keluar ni.
ReplyDeleters nak beli semua😁
DeleteMeriah betul la Bazar Ramdhan kat sini....ramai orang meniaga
ReplyDeletetp tu laa yong tau foo x de jual😔
DeleteSalam Nuzul Quran Anies. Esok N9 kerja huhuhuu...
ReplyDeleteSemua nampak sedap mujur Mrs. A tak puasa hari ni hehehee...
haipp🤣
Deletewow macam2 ada pilih2 anies
ReplyDeletesemua nampak sedappp
Deleteboleh buat rambang mata kalau ke bazar ni...akak baru sekali pergi itu pun penat lawan nafsu kalau boleh semuanya nak beli
ReplyDeletetu laa... kalau boleh nak beli mcm2
Deletenampak meriah semua makanan.
ReplyDeletetu laa lwbih2 lg yg jarang jumpa
DeleteGreetings from Turkiye
ReplyDeletehi dear!
Deletewaaahh meriahhhnyaaa! fuhhhh vietnam roll & akok sedapnyaaa!
ReplyDeleteyapp mmg sedap. ada ms nak repeat lg
DeleteNampak menu rare. Air kelapa laut. Macam mana lah rasanya.
ReplyDeletesedapppp... mcm rasa air cincau pun ada tp.lg sedap
DeleteAda nasi tumpang yang best tu! Sekarang susah nak jumpa kat sini.
ReplyDeletetu je laa gerai yg sy nmpk jual nasi tumpang...
DeleteMacam-macam ada kat bazar Ramadan.
ReplyDeleteMemang di mana-manapun kebanyakan yang non Muslim turut sama memeriahkan suasana BR.
tu laa diorg yg terlbh excited 'memburu takjil'🤣
DeleteTak pernah jejak lagi ke bazar.
ReplyDeletetry laa pegi wpn sehari. x beli x pe..
DeleteDa muchas ganas de la comida. Te mando un beso.
ReplyDeletejajaja...
Deletesalam nuzul quran anies
ReplyDeleteterima kasih cik nor
Deletesatu perkara yang tidak dimaklumkan...belanja Anies di bazar Ramadan tersebut...share la sikit pasal bajet tu hehehe
ReplyDeletetu.. ada caption kat gmbr last
DeleteHai sis Anies... Salam nuzul quran ya.... Selama ramadhan memang banyak penjual aneka menu, sampai pusing sendiri pilihnya, pusing juga lihat terlalu ramai, saya hanya sesekali saja ke bazar ramadhan.
ReplyDeleteyg ni sy datang awal. orang tak ramai lagi. kalau lewat ni, berlaga bahu..
DeleteHasil menjala tapi takde roti jala? Hehehehe
ReplyDeleteroti jala prefer buat sendiri. kat bazar saiz kecik2
DeleteBoa tarde e uma excelente terça-feira. Saudades dos seus comentários.
ReplyDeleteobrigado
DeleteSerious tak tahu nak beli apa kalau terlalu banyak pilihan. Makan kuih-kuih sahaja ke? Nasi mana nasi? Huhuhu.
ReplyDeletesy kalau mkn kuih je, xde nasi. sm jg kalau mkn nasi xde kuih...ni pun dah kenyang sgt
DeleteOh wow all the food looks amazing!
ReplyDeleteabsolutely!
DeleteViral kan Bazar Ramadhan Wangsa Maju ni. Terpanjang kot, macam2 ada best nya. Pergi awal sikit memang kurang sesak.
ReplyDeleteya selainTTDI tik tokers, foodie etc ramai review mknn kat sini. tu yg jd famous..
DeleteHahahahahaha yg di sungai petani panjang sangat ya kak 🤣🤣. Bahaya nih kalo sampai raya baru sampai ke ujung 😂.
ReplyDeleteEh Bazaar yg meriah begini saat sept biasanya ada tak? Saya nak pula ke KL sept habis dari timles. Syukur2 bisa main ke Bazaar yg ada. Nak juga eksplor kuliner begini
ya fanny... ada rezeki nnt try laa pergi sg petani nanti...
Deletetak ada fanny... ni time bulan puasa je. hari biasa jd pasar malam
Penasaran nasi tumpang. Macam apa yaa? Di sini ada kuliner pecel tumpang. Dia pakai sambal kacang tp dicampur urat sapi yg dimasak hingga empuk. Sedap juga
ReplyDeletenasi tumpang ni berbentuk cone panjang. dalamnya ada nasi dan pelbagai lauk. famous di kelantan
DeleteYa Allah lihat semua makanannya LGS terliur memang kak 😍😍😍😍. Fix ramadhan THN depan saya hrs ke KL 😄
ReplyDeletejom dtg KL ramadan thn depan! nnt kita boleh berburu takjil sama2😁
Deletebeautiful post, have a nice evening
ReplyDeletethanks dear
Deletejenjalan bazar ;)
ReplyDeletetime cuti dpt laa ke sini
Deleteanak ada ajak pegi bazar ramadhan viral ni....tp tula malas nk sesak2 ..dh la cuaca panas...aritu pi aeon wmaju just tgk dr kejauhan je la tp time tu blum buka lg sbb br pukul 12...akok pandan fav...nasibaik ada yg jual kt area umh keramat..mmg slalu bli
ReplyDeletetry laa g sekali. cari mknn yg jarang mkn... kalau x de blk je😁
DeleteRambang sampai boleh tercabut mata hahahhaa.. so far puasa kali ini masih kuat tak pergi bazaar ramadhan lagi...
ReplyDeletetty laa g sekali. tp dlm kepala dah set nak beli apa. kompem x rambang
Deletetak pernah rasa popia vietnam tu
ReplyDeletebuat sendiri pun boleh. byk dah resepi org share
DeleteVietnamese roll tu nampak mengancam.. Kuih keria tu macam tak berbaloi pula dengan harga.. Akok tu Sha tak pernah cuba lagi walaupun selalu je nampak orang jual.. Mangga tu kalau betul 5kg RM20 memang berbaloilah..
ReplyDeletekalau jumpa org jual akok bakar guna sabut cpr2 beli. yg tu lagiiii sedap!
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆