Pages

Wednesday, 27 March 2024

Ke bazar Ramadan TTDI, KL

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Jujur cakap, walaupun dah berpuluh tahun duduk KL, tapi sekali pun tak pernah jejakkan kaki ke sini. why?

salah satu sebabnya adalah, jauh. then rasa macam tak berbaloi je. drive jauh-jauh tapi beli makanan, sikit je.

tapi... orang kata... penangan media sosial kan... boleh dikatakan setiap hari video ke bazar Ramadan ni, lalu lalang kat fyp. sekali tengok, macam meriah

so dalam hati tertanya-tanya juga. adakah bazaar Ramadan TTDI ni terlalu hype? atau influencer gila cari clout? lapar engagement? cehh... ayat ko...😂

akhirnyaaaa... last week anies 'mencemar duli' ke sini setelah sekian lama tak pergi mana-mana bazar Ramadan sejak PKP. since jarak antara bazar ke stesen MRT TTDI tak berapa jauh... why not ke sini? dah alang-alang nak ke 1Utama.

Alhamdulillah... cuaca pada hari tu baik walaupun panas membahang. anies tiba sini dalam jam 5.10PM. kiranya ni memang waktu puncak pengunjung 'menyerbu' bazar Ramadan. 

p/s TTDI = Taman Tun Dr. Ismail✌️


sebaik tiba... macam ni laa suasananya. nampak macam tak ramai kan? ya. tapi bila dah jalan ke depan... haaa... berlaga tumit ko!

menu tak asing lagi di bulan Ramadan: nasi beriyani / arab dan lambshank. walaupun tak se famous menu chef popular tu, queue tetap panjang, okey!

apam balik a.k.a murtabak manis a.k.a kuih terang bulan... berapa banyak a.k.a daa...

walaupun muncul.macam-macam minuman viral termasuklah resepi air daripada influencer Khairul Aming, orang ramai tetap akan cari air tebu. why? sebab 'nikmat' air tebu di bulan puasa ni 'lain maciam' penangannya!

haa... korang tengok laa... sesak ke idok? nak sampai ke gerai hujung tu, ketibas mat!😂😂

nasi kukus dan lauk-pauk beliau. bila tengok tiada lagi lauk dalam tray sebelum jam 6.00PM, you know laa penangan gerai ni...

roti boom. siapa peminat roti boom kat sini? me? not... tekak ni tetap serasi dengan roti canai. the no. 1 best bread in the world. bukan anies claim ya. korang boleh google sendiri...

sate. ayam ke daging? mine... prefer sate perut sebab jarang jumpa plus sedappp...

haa... jangan ingat menu masakan Melayu je ada kat sini. chinese menu yang dah improved ikut citarasa ramai pun ada dijual juga. oh ya... ada bangsa lain ke yang turut menjual kat sini, anies? ada. anies jumpa 1 gerai Indian menjual vadei dan satu gerai Chinese jual taufu fah. lain-lain, majoriti peniaga kat sini orang Melayu.

kalau tak silap, gerai ni jual pecal lele dan rojak sayur...

lagi menu pilihan di bulan puasa. lain tak buka... roti John!

pelbagai jenis donut...

pulut mangga. tapi yang satu lagi tu... tak ingat!

gerai minuman paling banyak dibuka kat sini. pilih je nak air apa... musim-musim panas ni air sejuk selalu jadi pilihan ramai untuk berbuka puasa...

lagi satu menu favorite Ramadan... ayam percik!

menu bakar-bakar... of coz ada...

and... highlight of bazar Ramadan TTDI... tak lain tak bukan... the smash burger! ni memang takkan jumpa kat tempat lain dan hanya dijual sepanjang bulan Ramadan sahaja. bila tengok queue, anies rasa kalau anies beratur, dah azan maghrib pun tak dapat nak beli😂😂

mac & cheese yang dimasak dalam cheese wheel dan pernah viral tahun lepas. walaupun dah suam-suam kuku tahun ni, tapi queue pembeli tetap panjang, okey!

dari jauh dah terbau sotong bakar ni... haihh... menggoda betul!

peminat lauk ikan patin tempoyak, sila munculkan diri anda! jangan tanya anies sama ada lauk ni original dari Temerloh atau sebaliknya. i have no idea.

ya, kebanyakan makanan di sini dibuat fresh. dah dah... tak habis-habis dok komen mana glove? mana glove? haihh... netizen ni... 

anies beli ni je. kuetiau goreng + telur goreng mata. dan semestinya ada teh tarik panas. tapi teh tarik ni beli kat AEON. Alhamdulillah.. kenyang sungguh. kuetiau pun sedap. taugeh ada, kerang pun ada. harga: RM4 + telur goreng = RM5.

video @ bazar Ramadan TTDI.

esok kita akan menyambut Nuzul Al-Quran. beberapa buah negeri @ Malaysia dah isytiharkan esok sebagai cuti umum termasuklah KL. so blog ni pun cuti sama😂 dannn... esok juga adalah hari lahir Hijrah anies... alhamdulillah... bertambah lagi usia... korang pula, ingat tak birthday Hijrah korang?


well tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading
daaa

50 comments:

  1. Best jalan-jalan macam ni. Semoga mereka yang ikhlas menjual atau beramal sentiasa dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  2. seronok peniaga kalau pembeli ramai macam ni..confirm habis makanan jualan diaorang.ada bazar tu yang kesiannya pukul 6.30petang makanan banyak lagi atas meja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... sy rs pemilihan lokasi jg main peranan. barulah boleh tarik crowd...

      Delete
  3. ketibas ok lagi...jangan dibercombo dengan ketibus sudah. pening orang dalam MRT nanti.

    bazar TTDI ni tempat mencari lauk masa ammi bujang sebab rumah sewa kat seberang jalan je

    ReplyDelete
  4. tudia manusiaaaaa! sesungguhnya daku mmg tidak tergolong dlm golongan insan yg mahu pergi ke bazar ramadhan.. tak sanggup nak meredah lautan manusia padat begitu hehe

    ReplyDelete
  5. Woahh ramai betul memang berlaga tumit. Macam2 menu tu best nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. kalau dtg kol 5 tu mmg kompem berlaga tumit...

      Delete
  6. Suka bingung kalau terlalu ramai, mau cari makanan apa karena banyaak pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... sy nak beli kuih tapi queue panjang terus tak jadi😁

      Delete
  7. Semua makanannya menggiurkan..
    Kalau di daerah keza, ini namanya street food. Biasanya hanya waktu2 tertentu

    Sama pun kak Anies, malas bepergian jauh tapi cuma heli makanan, apalagi cuma sedikit ahaha tapi tidak apa-apa sih, sekali sekali healing kuliner

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini memang tapak pasar malam kalau tak silap sy. bulan ramadan ia jadi tapak bazar ramadan. kawasan TTDI ni kawasan orang kaya. jadi bazar ni kira hype jugalah...

      Delete
  8. Güzel bir etkinliğe benziyor. 😊

    ReplyDelete
  9. Saya nak lamb shank dengan ayam percik... aduhai enak banget!

    ReplyDelete
  10. Ya ampuuun ramaaah sangaaaat , 😄😄😍😍. Kak, saya nanti akhir Juni nak k KL 3 malam, lalu Penang 2 malam. Kasih tau rekomendasi tempat makan sedap yaa. Kalo ada semacam bazar seperti ini juga bagus. Bisa coba banyak masakan 😄👍

    ReplyDelete
  11. orang kata boleh jumpa artis2 kat sini.... betul ke?

    ReplyDelete
  12. Boa tarde de quarta-feira. Aproveito para desejar uma excelente semana.

    ReplyDelete
  13. Uy cuantos productos. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  14. Hari ini sis Anies ultah ya ? HBD sis Anies....sukses selalu dan selalu dalam lindungan Allah SWT 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. ultah ikut kalendar Hijrah. terima kasih mreneyoo

      Delete
  15. Yemekler güzel görünüyor. 😊

    ReplyDelete
  16. Nasib baik bazar sini tak ramai orang, takdelah nak bersesak2..
    tapi meriah betul bazar sana!

    Macam sedap je smash burger tu.. apa la rasa agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nnt sy try n buat review... tp nk beratur tuuuu bencinta!

      Delete
  17. Happy Birthday Anies.. semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah subhanahuwataala..

    meriah sungguh yer bazar.. kadang2 perlu juga kite mencemar duli ke bazar.. orang kata untuk berkongsi rezeki sesama sendiri.. :D.. semoga murah sokmo rezeki kite kite yer.. ameeennn..

    ldy x berapa suka pergi ke bazar, bukan sebab ape.. bila kita duudk .. semua aroma masuk ke hidung.. menusuk ke jantung terus.. dan pandangan mata pula sama aras dengan pinggul2.. memang xdapat nak tengok ape2 selain pinggul2 .. makanan pula sama aras dengan mata, maka pun x nampak.. :D.. begitulah nasib.. maka untuk memudahkan.. kite tengok je menu yg diupload dlm blog, 'curi' gambar2 tu dan suh encik suami carikan.. blog sangat memudahkan org yg macam ldy ni..

    wah, panjang sungguh komen.. ni bukan komen, ni boleh dijadikan entry blog :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas doanya...

      ya ya sy faham... lebih2 lg dlm keadaan ramai mcm ni. bkn shj sukar nak bergerak, kita nak enjoy tgk jualan pun tak dpt...

      Delete
  18. Akhirnya terpengaruh juga jejak Bazar Ramadan TTDI. Walaupun dah bertahun dok KL. Hebat kuasa pengaruh media sosial ni. hihihi..
    Telan air je lah kalau masuk Bazar ni. Semua tengok makanan sedap. Bagus lah kan ada makanan yang dibuat disitu. Dapat makanan fresh panas-panas.
    Uishh menggoda kuetiau tu. Dari awal puasa teringin makan char kuetiau tapi mencari time moreh tak jumpa lak kedai CKT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buka yt share psl baram. buka tt share psl baram... mn x terpengaruh?😁 so nk tau jg laa knape hype sgt baram ttdi ni. so dah pegi baru tauuuu

      Delete
  19. Mrs. A belum ada pergi bazar Ramadan lagi tahun ini.
    Aduh! cuaca panas di bulan Ramadan bila tengok air balang tu semua nampak sedap bila waktu berbuka minum sejenis aje dah cukup

    ReplyDelete
  20. sehingga hari ke 18 blom pi ke mana2 pasar ramadhan. cuma beli juadah di gerai2 tepi jalan kat umah ni. If not, I just buy some food from the school canteen before going home...

    ReplyDelete
  21. Rajin betul Anies snap gambar...siap dengan caption lagi tu...memang terbaik...setakat ini saya belum lagi bazar Ramadan....takut kurus pahala nanti

    ReplyDelete
  22. Mak oii ramainua pengunjung . Bersesak sangat dah tuc, kalau CCL memang takkan pergi la kalau dah bersesak macam ni . Susah nak berjalan nak tengok gerai jualan makanan tu lagi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat famous mcm tu laa... hari2 sesak...😁

      Delete
  23. Patut ramai orang, sebab macam-macam ada, dan ada hidangan unik, tak jumpa di bazar lain. Tebal betul patti smash burger tu. Itu macam punya burger, makan separuh pun kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. kena pulak kat kawasan famous.. tu yg ramai x lps kn peluang dtg ke sini

      Delete
  24. meriah bazar ramadhan kat situ ye. ramai org makanan pun ada macam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa macam2 ada pening nak pilih hahaha

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆