My Dearest

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

kehadiran seorang lelaki asing ke Neunggun-ri mencetuskan perbualan ramai. bukan disebabkan perwatakannya yang ceria, bukan kerana dia tidak dikenali tetapi kerana ada cerita yang tidak enak didengari tentang diri dan personalitinya.

Lee Jung-hyun tidak berminat untuk berkahwin namun apabila dia bertemu Gil-Chae, perasaan dan prinsipnya berubah. 

di saat Joseon dilanda konflik akibat pencerobohan kerajaan Qing, Jung-hyun dan Gil-Chae tidak terlepas daripada tempiasnya. ketika cinta mulai berputik, masing-masing terpaksa mengubah haluan demi kesejahteraan ahli keluarga dan tanggungjawab.

di sebalik perpisahan demi perpisahan, Gil-Chae 'mempelajari' erti kedewasaan hidup meski di suatu saat dia hampir rebah kerana berita kematian Jung-hyun yang sampai kepadanya.

benarkah Jung-hyun meninggal dunia? masih adakah peluang untuk mereka bertemu dan menyemai semula cinta yang tergantung di tengah jalan?



review:
it warms my heart. tu yang boleh anies simpulkan lepas habis tengok drama saeguk ni. 

ada yang cakap drama ni, setiap episod pasti akan menanggis. tapi bagi anies episod ke 8 adalah kemuncaknya. teruk bebenor bila tengok drama sambil berjurai-jurai air mata dan teresak-resak.

lakonan Nam Goong-min selaku Lee Jang-hyun tak perlu dipertikaikan. memang superb. tak perlu bermain dengan ekspresi. cuma dengan pandangan mata, Nam Goong-min dah boleh deliver watak dengan baik. tak mustahil MBC Drama Awards akan datang, dia boleh dicalonkan sekali lagi untuk Daesang Award!

watak heroin - Gil-chae digalas dengan baik oleh Anh Eun-jin. tak kaku, tak kekok. watak-watak supportive pun bagus.

tak sabar nak tunggu part 2 yang bakal ditayangkan pada bulan depan. harap-harapnya ada happy ending untuk drama ni.

daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies bagi ⭐⭐⭐⭐.

selamat menonton!


Echoes Of The Past: Old Stories Retold

20 Words of Lo♥e

  1. Mesti hebat pelakon-pelakon sampai penonton menitis air mata menghayati watak yang dilakonkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelakon hebat cite best tu yg menangis teresak2 tu😁

      Delete
  2. sedih kalau cinta harus kandas karena sesuatu hal , berkorban demi keluarga tak ada pilihan...kalau nonton film yg menyentuh gini pasti bawaannya nangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. i cannot go cerita cinta yang terpisah ni. confirm 😭😭

      Delete
  3. DRAMA TERBAIK ULASAN MENARIK VIEWERS

    ReplyDelete
  4. Saya itu kurang masuk kalau drama Saeguk kak Anies 😅. Kurang dapat feel-nya, daaaaan mostly suka sedih atau gantung endingnya 🤣🤣. Makanya kalau sudah drama Saeguk, ntar dulu, harus tahu endingnya seperti apa. Karena kalau sedih atau gantung, dah bhaaay 😂. Part 2, maksudnya season 2 ya? Berarti endingnya masih menggantungkah 😅?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenhokndulu fanny. ni confirm best + 😭😭 boleh repeat banyak kali...

      ya ada season 2. bulan depan sambungannya..ending tergantung sebab tak tahu sama ada hero heroin bersatu atau sebaliknya

      Delete
  5. Oh, this sounds like a good kdrama
    Thanks for your review

    ReplyDelete
  6. Gracias por la reseña. Lo tendré en cuenta. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. nasib baik baca atas tu sinopsis..klu x ku igt ini cerita cinta anies..hihi

    ReplyDelete
  8. Takut nak bgi komitmen tgk drama baru hahaaa..

    ReplyDelete
  9. Aduh.. Ada Nam Goong Min.. Nantilah tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib tgk sha... x rugi mmg 👍👍👍👍

      Delete
  10. drama ni sedih ke anies huhu takut nak tgk. tp bab haertwarming tu mama suka

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆