✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis:
kehadiran seorang lelaki asing ke Neunggun-ri mencetuskan perbualan ramai. bukan disebabkan perwatakannya yang ceria, bukan kerana dia tidak dikenali tetapi kerana ada cerita yang tidak enak didengari tentang diri dan personalitinya.
Lee Jung-hyun tidak berminat untuk berkahwin namun apabila dia bertemu Gil-Chae, perasaan dan prinsipnya berubah.
di saat Joseon dilanda konflik akibat pencerobohan kerajaan Qing, Jung-hyun dan Gil-Chae tidak terlepas daripada tempiasnya. ketika cinta mulai berputik, masing-masing terpaksa mengubah haluan demi kesejahteraan ahli keluarga dan tanggungjawab.
di sebalik perpisahan demi perpisahan, Gil-Chae 'mempelajari' erti kedewasaan hidup meski di suatu saat dia hampir rebah kerana berita kematian Jung-hyun yang sampai kepadanya.
benarkah Jung-hyun meninggal dunia? masih adakah peluang untuk mereka bertemu dan menyemai semula cinta yang tergantung di tengah jalan?
review:
it warms my heart. tu yang boleh anies simpulkan lepas habis tengok drama saeguk ni.
ada yang cakap drama ni, setiap episod pasti akan menanggis. tapi bagi anies episod ke 8 adalah kemuncaknya. teruk bebenor bila tengok drama sambil berjurai-jurai air mata dan teresak-resak.
lakonan Nam Goong-min selaku Lee Jang-hyun tak perlu dipertikaikan. memang superb. tak perlu bermain dengan ekspresi. cuma dengan pandangan mata, Nam Goong-min dah boleh deliver watak dengan baik. tak mustahil MBC Drama Awards akan datang, dia boleh dicalonkan sekali lagi untuk Daesang Award!
watak heroin - Gil-chae digalas dengan baik oleh Anh Eun-jin. tak kaku, tak kekok. watak-watak supportive pun bagus.
tak sabar nak tunggu part 2 yang bakal ditayangkan pada bulan depan. harap-harapnya ada happy ending untuk drama ni.
daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies bagi ⭐⭐⭐⭐.
selamat menonton!
Mesti hebat pelakon-pelakon sampai penonton menitis air mata menghayati watak yang dilakonkan.
ReplyDeletepelakon hebat cite best tu yg menangis teresak2 tu😁
Deletesedih kalau cinta harus kandas karena sesuatu hal , berkorban demi keluarga tak ada pilihan...kalau nonton film yg menyentuh gini pasti bawaannya nangis
ReplyDeletei cannot go cerita cinta yang terpisah ni. confirm 😭😭
DeleteDRAMA TERBAIK ULASAN MENARIK VIEWERS
ReplyDeleteterima.kasih kak pi
DeleteSaya itu kurang masuk kalau drama Saeguk kak Anies 😅. Kurang dapat feel-nya, daaaaan mostly suka sedih atau gantung endingnya 🤣🤣. Makanya kalau sudah drama Saeguk, ntar dulu, harus tahu endingnya seperti apa. Karena kalau sedih atau gantung, dah bhaaay 😂. Part 2, maksudnya season 2 ya? Berarti endingnya masih menggantungkah 😅?
ReplyDeletetenhokndulu fanny. ni confirm best + 😭😭 boleh repeat banyak kali...
Deleteya ada season 2. bulan depan sambungannya..ending tergantung sebab tak tahu sama ada hero heroin bersatu atau sebaliknya
Oh, this sounds like a good kdrama
ReplyDeleteThanks for your review
Gracias por la reseña. Lo tendré en cuenta. Te mando un beso.
ReplyDeletenasib baik baca atas tu sinopsis..klu x ku igt ini cerita cinta anies..hihi
ReplyDeletecerita cintaku bukan di sini😁
DeleteTakut nak bgi komitmen tgk drama baru hahaaa..
ReplyDeletetp ni wajib tgk. sbb mmg best yakmat
DeleteSuka nonton drama korea ya?😁
ReplyDeletesebab ada oppa nam goong min🤭
DeleteAduh.. Ada Nam Goong Min.. Nantilah tengok..
ReplyDeletewajib tgk sha... x rugi mmg 👍👍👍👍
Deletedrama ni sedih ke anies huhu takut nak tgk. tp bab haertwarming tu mama suka
ReplyDeletesedihhhh esp epi 8😭😭😭😭
Delete