✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas membeli belah, ustaz (our tour guide) bawa kami ke Masjid Hussein. masa kami datang sini pada 2014, masjid ni ditutup kerana hari Asyura (10 Muharam).
FYI masjid ni adalah masjid Syiah dan dinamakan Hussein bersempena nama cucu Rasulullah SAW.
pun begitu masjid ni bukan sekadar sebuah masjid kerana di dalamnya dikhabarkan ada kepala Saidina Hussein yang terbunuh di Karbala, Iraq pada sekitar tahun 680 AD. kepala Saidina Hussein dibawa ke Kaherah oleh adiknya yang bernama Saidatina Zainab dan dikebumikan di sini. masjid ni pula dibina pada tahun 1870.
tu laa ringkasan sejarah fasal masjid ni. dan lawatan kami ke masjid ni sekadar untuk ziarah je. tak ada tujuan lain. ketika kami sampai, ruangan wanita sesak dengan pengunjung dan plpintu gate hampir ditutup.
ni kerana waktu lawatan dah sampai ke penghujung. sebaik sahaja kami dapat masuk, kami terus ikut barisan yang sedang beratur panjang. ada beberapa 'polis' wanita berjaga di situ sambil mengawal keadaan.
kami kena buka kasut sebelum masuk dan menjijitnya sampai kami keluar semula. suasana dalam masjid agak sesak. pada mulanya anies bercadang nak tengok dari jauh je. tapi disebabkan dah ditolak pengunjung lain, maka makin lama makin ke depan pula.
dalam hati agak cemas jugalah. yalah... tak pernah-pernah dikelilingi orang Syiah. jadinya kami hanya cuma mampu tengok apa jelah gelagat mereka kat depan makam tu.
lepas dapat beberapa keping gambar, anies terus tarik tangan kak ngah untuk keluar. tak sanggup nak tunggu lama-lama. cukuplah dapat masuk sekali. tempat-tempat macam ni, faham faham je laa...
dan macam biasa... ada beberapa keping foto anies sertakan untuk tatapan korang.
ni laa masjidnya. tak dapat nak snap foto dari depan sebab kawalan ketat polis...
keadaan masjid dari seberang jalan lepas maghrib...
bahagian tepi masjid (dalam kawasan masjid)
menunggu giliran untuk masuk ke dalam masjid... hanya 1 gate je yang dibuka...
bahagian tepi masjid (di luar kawasan masjid). sementara menanti giliran...
pandangan sisi di bahagian hadapan masjid. hanya pengunjung lelaki sahaja dibenarkan masuk mengikut pintu depan. tu pun kena check dengan polis dulu, baru boleh masuk.
bahagian sisi masjid. masa ni kami dah beredar dah... oh ya keliling masjid ni dipenuhi kedai-kedai/gerai souvenir ya...
ni laa makamnya... tempat yang dikatakan kepala Saidina Hussein dikebumikan di sini...
suasana dekat makam... agak sesak masa ni dengan pengunjung...
yang jadi sesak adalah disebabkan ramai nak sentuh dinding makam tu. bila dah sentuh, dia nak duduk lama-lama kat situ. yang baju hitam tu polis. tengah mengarahkan pengunjung supaya jangan berlama-lamaan kat situ...
suasana dalam masjid... kat kat bahagian lain...
hanya 1 pintu untuk masuk dan 1 pintu untuk keluar. masa ni dah selesai dah...
well... tu jelah perkongsian untuk hari ni. kalau korang ada apa-apa nak tanya fasal masjid ni, drop je soalan korang kat ruang komen ya.
plus, anies belum habis BW lagi... sabar ya...
thanks for reading. daaa..
Err. Kenapa macam susah nak percaya cerita tu kan. Kenapa kebumikan kepala je, mana jasad yang lain. Dalam masjid ni dieorg bagi ke orang Islam dari fahaman lain solat kat sini?
ReplyDeletetu laa... sy terfikir jg. ada yg kata jasad saidina hussein dah hancur. jd mrk kebumikan je kat karbala. manakala kepala dibawa ke tmpt lain. diorg bg je sbb yg msk situ hmpr semua pakai tudung. jd diorg x bleh nk bezakan mn 1 sunni mn 1 syiah
DeleteMenarik mesjidnya ya...membludak pengunjungnya, agak serem kalau sudah terlalu sesak begini ya..mau maju dan mundur susah, jadi teringat saat umroh kemarin.
ReplyDeletedari degi design memang menarik. tp bla masuk dlm, terasa meremang jugalah🤭
Deletemesti degup jantung berdetak kencang masa berada dalam masjid tu kan...
ReplyDeletetak berdebar sgt. cuma ada rasa a little bit x selesa
DeleteEs muy bella mezquita te mando un beso.
ReplyDeletePatutlah ketat kawalannya....
ReplyDeleteya faham2 je laa..
DeleteDulu masa dtg cairo tak berpeluang nak singgah masjid ni.. Insyallah next time cantik seni bina dia..
ReplyDeleteberani anies msk tempat org syiah tu..klu cik nor rela ambik gambar jauh2 jer..hehe
ReplyDeleteSaya tuh suka bingung dengan aliran Syi'ah, Sunni dll nya ini kak. Sepupu saya Syi'ah, dia rutin ke Iran utk ibadah. Di sana banyak Syiah soalnya kan.
ReplyDeleteKalo Indonesia ga usah heran, aliran Islamnya banyaaak 🤣🤣. Terlalu demokratis rasanya 🤣
Naah, cucu nabi sendiri saydina hussain, apakah Syi'ah? Harusnya kan tidak yaa. Rasul sendiri ajaran Islamnya pasti sudah yg paling original, ga pakai aliran2. Makanya kenapa ya timbul aliran Syi'ah Sunni dan lainnya ini. Ga habis pikir..
Tq belanja gambar pada kami yang tak pernah sampai lagi ni
ReplyDeleteWah, padat sekali ya
ReplyDeleteyou're so lucky, you got to travel a lot of countries and beautiful places.
ReplyDeleteJULIE ANN LOZADA BLOG
mereka-mereka ni suka sentuh dinding kata melekat situ macam cicak takmo gerak. tu yang buat makin sesak tak kira la kat mana pun,kat hajarul aswad ke,kat tiang dalam raudah ke..huhu..tapi betul ke kepala dan jasad kebumi asing asing?
ReplyDeletekalau baca sejarah mcm tu laa katanya. tp nama.pun sejarah boleh diputar belit faktanya
DeleteTk perkongsiannya
ReplyDeletesama2
DeleteKalau beginilah keadaannya memang patutlah kawalannya ketat.. Nice sharing Anies..
ReplyDeletems g 2014 x de kawalan pn. sejak mcm2 hal berlaku tu yg ada kawalan tu
DeleteRamai itu maksudnya tidak boleh solat dalam itu.
ReplyDeletesah2 mmg x boleh NA. syiah kan......... YTJT
Deletesubhanallah cantiknya senibina
ReplyDeletetakut pulak tgk suasana masjid ni.. huhu
ReplyDeletesiap bawak anak, kalau nina rasanya tak masuk dh. tak nk ambik risiko bwk anak
ReplyDelete