Kaherah, Mesir: El Hussein Bazaar
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
hari kedua kami kat Kaherah dimulakan dengan aktiviti mengopakkan 'purse & wallet'😂😂
kali ni kami keluar lewat sikit yakni selepas solat Zohor. sebelah pagi, kami sibuk mengemas barang. al maklumlah... masa untuk ucapkan selamat tinggal semakin hampir.
lokasi El Hussein Bazaar. ya betul... dekat sangat dengan Universiti al-Azhar. seberang jalan je...
ni kunjungan kedua anies ke sini. tapi cerita membeli-belah kat sini masa 2014 tu tak banyak yang anies kongsikan.
untuk ke sini, sekali lagi kami minta bantuan ustaz. the same tour guide yang kami guna ke Dahab dan ke piramid.
kenapa kami pilih ustaz ni? sebab kami malas nak cari driver van.😂😂 boleh pakai tak alasan ni?
plus, ustaz ni tahu lokasi kedai yang boleh kami buat tawar-menawar. jadinya, bila sampai kat El Hussein, kami terus tuju ke kedai yang dimaksudkan. so secara tak langsung kami dapat laa jimat masa. tak payah singgah banyak kedai.
perjalanan dari homestay ke El Hussein memakan masa hampir 45 minit. walaupun tengah hari tapi jalan raya sesak sana sini.
tiba di El Hussein suasana agak sesak dengan orang ramai. kat sini memang sentiasa sibuk. ada beribu-ribu kedai yang menjual 1001 barangan. daripada souvenir, pakaian, perkakasan rumah, rempah ratus, minyak wangi dan macam-macam lagi.
kalau nak tengok kemeriahan sebenar El Hussein ni, korang boleh try datang time Ramadan atau sebulan sebelum Ramadan.
well macam biasa anies kongsikan beberapa keping foto untuk tatapan korang.
suasana dalam salah sebuah kedai yang terdapat di El Hussein...
kedai-kedai kat sini terletak di celah-celah bangunan/lorong. dan setiap lorong, ada lorong-lorong kecil.
rasanya kat area sini baru lengang kot...
harga macam mana? ada mahal ada murah. tapi kalau korang boleh cakap Arab, confirm laa boleh dapat murah punya...
antara lorong kecil yang ada kat El Hussein...
kami banyak habiskan masa kat kedai ni. al maklum... cuma nak beli souvenir je. kedai ni laa yang dicadangkan oleh ustaz. harga pun murah. serendah EGD1 dah boleh dapat 1 souvenir...
banyak sangat pilihan yang ada...
masa untuk meninggalkan El Hussein...
tu je laa perkongsian untuk hari ni.
sepanjang minggu ni kesihatan anies on off on off. jadi anies minta maaf tak dapat membalas kunjungan korang. insya allah bila semua dah okey nanti, anies datang singgah ya🙏🙏🙏
22 Words of Lo♥e
Kalau saya ada di sana sayapun barangkali kalap melihat barang" dan sovenir nya😁,saya suka suasana perbelanjaan macam lorong"yg berhadap"an kayak gini,semoga segera pulih
ReplyDeleteBestnya. Bila la nak jejak kaki ke Mesir ni.
ReplyDeleteBestnya shopping😍
ReplyDeleteyour photos never fail to impress me! please capture moreee!! <3
ReplyDeleteNampak banyak barang menarik boleh beli kat sini.
ReplyDeleteKak Anies, jaga kesihatan yaaa. 🤗. Tak usah pikirkan BW dulu. Yang penting kesehatan lebih utama.
ReplyDeleteYang paling saya suka dari traveling, pastilah shopping time 🤣. Memang kalau ada pemandu yg sudah tahu lokasi bagus dan harga murah, lebih baik bawa dia sekali 😁. Apalagi kalau bisa bantu bargain harga kan 😄
These are a extraordinary collection of lovely photographs of the shops, bazaars, markets, and good people, living in this wonderful city.
ReplyDeleteMe gustaría conocer Egipto. Te mando un beso.
ReplyDeleteSaya suka juga aktiviti kopak wallet ahahaha
ReplyDeleteMoga cepat sembuh kak.. Allah sayang 💕
ReplyDeletebanyak barangan cantik utk jadi pilihan ole2 tu moga anies cpt sembuh sediakala
ReplyDeleteMoga kami sampai ke sana nanti. Take care & moga cepat sembuh ya Anies.
ReplyDeletememang rambang mata la.. hahah jumpa jalan keluar tak?
ReplyDeletetp kalau 1 souvenir pun harga murah baik grab
ReplyDeleteTak rambang ke mata kat el hussien tu hahaha.. Seronok pergi kawasan mcm tu mcm dahulu kala .. Siapa ustaz tu.. Meh bg no tepong nak call dia juga kalau ke sana hahaha
ReplyDeleteIt seems that you can find a lot of things there. xoxo
ReplyDeleteIt seems that you can find a lot of things there. xoxo
ReplyDeleteBawa-bawa berehat ya Anies sayang.
ReplyDeleteMoga cepat sembuh.
Oh very good darling
ReplyDeleteAktiviti yang paling menyeronokkan walaupun akhirnya purse nipis.. kikiki.. Semoga Anies diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..
ReplyDeleteAlasan boleh pakai kalau kita puas hati dengan perkhidmatan ustaz.
ReplyDeleteKiranya banyak kedai setiap lorong-lorong kecil.
boleh sesat ni. leka shopping masuk lorong ada lorong kecil2 plak tu
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆