llaollao. Bandung by llaollao.
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kepada blogger Faizal R, jangan risau... entry ni bukan fasal ais krim baru. ni cerita fasal adik beradik sepupu belah moyang angkat mak tiri creamy frozen yogurt special edition yang dikeluarkan sempena Hari Malaysia pada 16 September sahaja.
sebenarnya anies tak pernah makan llaollao ni. tak tahu laa kenapa walaupun kerap dengar fasal topping pistachio yang selalu je kehabisan stok kat certain kiosk.
nak jadi cerita, minggu lepas ternampak video Tara Choi kat IG fasal perisa bandung ni. bila tengok.... eh ehh... rasa macam nak try laa pula.
mungkin sebab warna pink kot? 😂😂 dah nama pun orang perempuan. bohong laa kalau kata tak suka pink.
then alang alang dah keluar beli barang Sabtu lepas, anies pun singgah kiosk llaollao. kalau ikut kata Tara Choi, hanya yang datang dengan berpakaian tradisional atau apa-apa pakaian yang ada elemen Malaysia, barulah 'layak' untuk beli frozen yogurt bandung ni.
tapi anies redah je. staf llaollao tak tengok pun. then, lepas belek belek topping yang ada, anies decide untuk beli frozen yogurt bandung size small cup.
ni laa dia llaollao bandung. untuk topping anies pilih nocilla choc and hazelnut spread. kemain panjang eh nama kau!😂 walaupun tak pernah makan llaollao sebelum ni tapi anies tahu, frozen yogurt ni ada rasa masam sikit. so untuk balance kan rasa, anies pilih coklat sebagai topping. oh ya, setiap pembelian frozen yogurt bandung korang akan dapat mini toothpick Malaysia flag🇲🇾 tag...
macam mana rasanya? sedappp... kombinasi masam dan manis coklat 'menari-nari' dalam mulut ni. rasa bandung (sirap merah & susu dari minuman brand Pokka) tak ketara sangat. kemanisan frozen yogurt banyak bergantung pada topping coklat. harga untuk small cup bandung ni (plus topping coklat) adalah RM13.90.
so, ada sesiapa sempat rasa llaollao bandung ni? oh ya, llaollao bandung ni tak ada kaitan dengan provinsi Bandung di Indonesia tu, ya!😂
p/s tekaan pada Jumaat lepas masih tiada pemenangnya lagi. so, anies 'buka penyertaan' sampai Jumaat akan datang. tapi dengan syarat, jawapan korang kena diletakkan kat entry INI ya!
okey tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading. sambung lagi BW. lambat betul nak habis... haihh...
32 Words of Lo♥e
Pernah makan jenama ni tak lama dulu. Tapi saya lagi suka jenama Tutti Frutti. Tekstur yogurt tu lagi sedap.
ReplyDeletennt sy nk try tutti fruiti. dulu tau tp x penah try. sbb rs mcm mahal. guna timbang, kan?
Deletewah menggoda aiskrim bandung tu
ReplyDeleteyaa warnanya menggodaaaa
DeleteKirain Bandung di sini😁 ternyata yang lain, saya suka yogurt walau gak sering",biasanya yg rasa buah berry, kalo ga pake embel-embel Malaysia nya ga boleh ikutan ya .
ReplyDeletebandung merujuk kpd campuran sirap ros + susu.
Deletebisa aja mbak😁
Lama tak makan llaollao. Saya tak reti pilih topping. Yang bandung ni, belum cuba lagi.
ReplyDeletetopping plg pemes sos pistachio. kalau x reti sgt plh je coklat😁
Deletenampak sangat menyelerakan...rugi kalau tidak cuba
ReplyDeletetu laa lg pn sehari je
Deletelao2 bandung ini asalnya dari indonesia kah?
ReplyDeletebukan.
Deletebandung merujuk kpd campuran sirap ros + susu
Me dio ganas de helado. Te mando un beso.
ReplyDeletetekaan apakah itu? ketinggalan keretapi..haha
ReplyDeletetry la😁
DeleteNak g umrah..:)
ReplyDeleteteeettt salah
Deletemesti sedap yogurt campur topping cekelat. tapi mama sendiri pn x penah lagi try llaollao
ReplyDeletemmg sedap masam2 manis dan sejukkkk😁
DeleteRasa bandung memang tidak pernah tidak sedap.
ReplyDeleteya betul!!
DeleteTak pernah cuba lagi jenama ini.. Cam best je bandung dengan coklat..
ReplyDeleteada ms nnt try la. mmg sedap. masam2 campur manis coklat😁
DeleteIni sebenernya ada di jakarta, tapi sampai skr saya belum coba 🤣🤣🤣. Soalnya mall yg jual agak jauh hahahah. Jadi penasaran. Saya suka juga yoghurt kak. Ngerasa lebih sehat kan makannya 😄. Dan tak manis sangat.
ReplyDeleteTiap kali dengar kata bandung di sana, saya memang selalu mikirnya bandung Jawa Barat 😁. Tapi bandung di sana itu susu yg dikasih sirop merah yaa 😁?
ya betul. bandung = sirap ros + susu. ia asal drpd minuman dari johor
Deletetry laa nanti. sesekali cheat day🤭
Kalo nz salah, berarti nak pergi jepang 😁😄
ReplyDeleteteettttt. cobain lagi mbak fanny🤭
DeleteKak anies, baca tajuk kan saya ingat akak pegi llaollaoI kat bandung tau 😂 rupanya aiskrim tu yg perisa bandung hahaha. Kaler blackpink! 🖤💗
ReplyDeleteuitttt jauhnya😁kalau ada topping kaler hitam mmg sy amik. jd Blink trs😁
DeleteSetakat ni Cuya tk pernah try lao lao lgi......
ReplyDeletemggu dpn dpt gaji bleh laa try😁
Deletesedapkannnn yaw2.. haha nanti terjah lg setiap hari rabu. pi install apps nanti birthday boleh claim
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆