Pages

Monday, 18 September 2023

llaollao. Bandung by llaollao.

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kepada blogger Faizal R, jangan risau... entry ni bukan fasal ais krim baru. ni cerita fasal adik beradik sepupu belah moyang angkat mak tiri creamy frozen yogurt special edition yang dikeluarkan sempena Hari Malaysia pada 16 September sahaja.

sebenarnya anies tak pernah makan llaollao ni. tak tahu laa kenapa walaupun kerap dengar fasal topping pistachio yang selalu je kehabisan stok kat certain kiosk.

nak jadi cerita, minggu lepas ternampak video Tara Choi kat IG fasal perisa bandung ni. bila tengok.... eh ehh... rasa macam nak try laa pula.

mungkin sebab warna pink kot? 😂😂 dah nama pun orang perempuan. bohong laa kalau kata tak suka pink.

then alang alang dah keluar beli barang Sabtu lepas, anies pun singgah kiosk llaollao. kalau ikut kata Tara Choi, hanya yang datang dengan berpakaian tradisional atau apa-apa pakaian yang ada elemen Malaysia, barulah 'layak' untuk beli frozen yogurt bandung ni. 

tapi anies redah je. staf llaollao tak tengok pun. then, lepas belek belek topping yang ada, anies decide untuk beli frozen yogurt bandung size small cup.
 

ni laa dia llaollao bandung. untuk topping anies pilih nocilla choc and hazelnut spread. kemain panjang eh nama kau!😂 walaupun tak pernah makan llaollao sebelum ni tapi anies tahu, frozen yogurt ni ada rasa masam sikit. so untuk balance kan rasa, anies pilih coklat sebagai topping. oh ya, setiap pembelian frozen yogurt bandung korang akan dapat mini toothpick Malaysia flag🇲🇾 tag...

macam mana rasanya? sedappp... kombinasi masam dan manis coklat 'menari-nari' dalam mulut ni. rasa bandung (sirap merah & susu dari minuman brand Pokka) tak ketara sangat. kemanisan frozen yogurt banyak bergantung pada topping coklat. harga untuk small cup bandung ni (plus topping coklat) adalah RM13.90.


so, ada sesiapa sempat rasa llaollao bandung ni? oh ya, llaollao bandung ni tak ada kaitan dengan provinsi Bandung di Indonesia tu, ya!😂

p/s tekaan pada Jumaat lepas masih tiada pemenangnya lagi. so, anies 'buka penyertaan' sampai Jumaat akan datang. tapi dengan syarat, jawapan korang kena diletakkan kat entry INI ya!

okey tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading. sambung lagi BW. lambat betul nak habis... haihh...

32 comments:

  1. Pernah makan jenama ni tak lama dulu. Tapi saya lagi suka jenama Tutti Frutti. Tekstur yogurt tu lagi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt sy nk try tutti fruiti. dulu tau tp x penah try. sbb rs mcm mahal. guna timbang, kan?

      Delete
  2. Kirain Bandung di sini😁 ternyata yang lain, saya suka yogurt walau gak sering",biasanya yg rasa buah berry, kalo ga pake embel-embel Malaysia nya ga boleh ikutan ya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bandung merujuk kpd campuran sirap ros + susu.
      bisa aja mbak😁

      Delete
  3. Lama tak makan llaollao. Saya tak reti pilih topping. Yang bandung ni, belum cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. topping plg pemes sos pistachio. kalau x reti sgt plh je coklat😁

      Delete
  4. nampak sangat menyelerakan...rugi kalau tidak cuba

    ReplyDelete
  5. lao2 bandung ini asalnya dari indonesia kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan.
      bandung merujuk kpd campuran sirap ros + susu

      Delete
  6. Me dio ganas de helado. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. tekaan apakah itu? ketinggalan keretapi..haha

    ReplyDelete
  8. mesti sedap yogurt campur topping cekelat. tapi mama sendiri pn x penah lagi try llaollao

    ReplyDelete
  9. Rasa bandung memang tidak pernah tidak sedap.

    ReplyDelete
  10. Tak pernah cuba lagi jenama ini.. Cam best je bandung dengan coklat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ms nnt try la. mmg sedap. masam2 campur manis coklat😁

      Delete
  11. Ini sebenernya ada di jakarta, tapi sampai skr saya belum coba 🤣🤣🤣. Soalnya mall yg jual agak jauh hahahah. Jadi penasaran. Saya suka juga yoghurt kak. Ngerasa lebih sehat kan makannya 😄. Dan tak manis sangat.

    Tiap kali dengar kata bandung di sana, saya memang selalu mikirnya bandung Jawa Barat 😁. Tapi bandung di sana itu susu yg dikasih sirop merah yaa 😁?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. bandung = sirap ros + susu. ia asal drpd minuman dari johor

      try laa nanti. sesekali cheat day🤭

      Delete
  12. Kalo nz salah, berarti nak pergi jepang 😁😄

    ReplyDelete
  13. Kak anies, baca tajuk kan saya ingat akak pegi llaollaoI kat bandung tau 😂 rupanya aiskrim tu yg perisa bandung hahaha. Kaler blackpink! 🖤💗

    ReplyDelete
    Replies
    1. uitttt jauhnya😁kalau ada topping kaler hitam mmg sy amik. jd Blink trs😁

      Delete
  14. Setakat ni Cuya tk pernah try lao lao lgi......

    ReplyDelete
  15. sedapkannnn yaw2.. haha nanti terjah lg setiap hari rabu. pi install apps nanti birthday boleh claim

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆