Lepas gian -- cempedak goreng

11:57 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

'Bengkek' je hati bila tengah drive dan melewati penjaja tepi jalan, tiba-tiba bau cempedak menyerbu hidung. adoiiii... dugaan apakah ini?😆

tapi disebabkan harga cempedak mahal cekik darah, maka kita hanya mampu berhuhu jelah. yang ada kebun and boleh tanam cempedak tu, memang rezeki sangat dah tu. boleh makan cempedak anytime😊 bagi yang tak ada tanah apatah lagi kebun, hanya mampu ketap bibir jelah. #bertabahlahsedara

#saiyatakkuad akhirnya anies nekad berhenti tepi jalan bila nampak gerai jual cempedak beberapa hari lepas. bila nampak timbunan cempedak sikit sebanyak rasa yakinlah sikit dan boleh buat perbandingan (saiz buah, harga etc.) berbanding penjual buah dalam kuantiti sedikit.

belek dan terus belek sambil tangan non stop picit buah yang sesuai. tapi paling penting sebelum bayar, cempedak tu mestilah berbau wangi lagi harum. sebab anies percaya, cempedak yang berbau sebegini, insya Allah isinya sedap dan manis. betul tak blogger / wak Warisan Petani? 😊

bila dah pilih and puas hati, barulah timbang beratnya. sebelum tu minta penjual torehkan sikit kulit cempedak sebab nak tengok warna isi dalam.

lepas bayar terus balik. then bancuh tepung untuk goreng and makan panas-panas. nampak sangat tak sabar, kan? 😆😆

saiz kecil je tapi isinya puas hati 👍👍

cempedak goreng yang tak pernah jemu dimakan. ada ke yang tak makan cempedak goreng ni? nak tengok sikit siapa orangnya?😉

i don't care about its colour. kuning ke... merah ke... yang penting isi cempedaknya elok, manis tak ada ulat dan bila digoreng lagi ummphh👍👍👍 rasanya! tak cukup makan satu itu confirm!😂😂😂 

last but not least, anies minta maaf sebab lambat announce peneka paling tepat harga putu piring dalam entry INI minggu lepas. 

actually anies nak cari lebih daripada 2 pemenang. tapi hanya seorang saja yang berjaya meneka dengan tepat. tu pun 1 jawapan je yang betul. that's okay. yang dah jawab tapi tak berjaya, anies ucapkan terima kasih sebab sudi mencuba. insya Allah rezeki korang pasti ada in the future. kalau rajin dan dimurahkan rezeki, anies akan buat lagi 'sesi teka meneka' macam ni.

dan jawapannya adalah:
1. harga sekeping putu piring = RM0.60
2. harga 2 bungkus putu piring = RM4.80

so, peneka yang berjaya tu adalah....👇👇👇



tahniah tau! jangan lupa klik link ini: https://bit.ly/3vKwHpg dan berikan anies details seperti nama penuh, alamat surat menyurat dan nombor telefon.

okey tu je untuk hari ni. sebelum terlupa, Salam Maal Hijrah 1443H.

thanks 4 reading. 
daaa...

p/s sambung BW

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

63 Words of Lo♥e

  1. sedapnyaaa! Dekat sini takde lagi bau-bauan cempedak goreng tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn cari kt pasaraya..harga cekik darah😆

      Delete
  2. Nampak sedap cempedak goreng tu . Rata2 tepi jalan sekarang ni ada jual buah cempedak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... godaan betul. dah laa wangi heheheh

      Delete
  3. Hehe rumah saya ada tanam cempedak. Puas makan. Elok juga Anies beli buah dan goreng sendiri.
    Ada juga yang teka betul.
    Tahniah Puan babypose.

    P.S: Putu piring itu beli di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA, pos sebijik ke sini? hhahahah

      lokasi: rahsia hahahahah

      Delete
  4. Uii..terasa rasa baunya sampai sini. Menduga betul kalau bau cempedak ni. Rugi kalau tak patah balik tu bila dah terbau. Mujurlah buah kecik isi banyak. Pernah kena scam beli buah besar, isi tak sampai 5 ulas. Huhu..Jadilah buat lepas merasa cempedak goreng. Memang tak cukuplah makan satu je tu Anies.

    Tahniah buat yang meneka tepat. Sipi sipi jawapan saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... dah laa bau tu sedap😆😆😆 part kn scam tu yg seram. 5 biji tu ok lg. sy jumpa gmbr kt fb. buah sikit punya bsr tp bla belah 2 biji je. tu bkn macau scam dah😆😆😆

      Delete
  5. uwaaaaaa nikmatnya cempedak goreng! puas ati goreng sndiri..
    bak sni skit nk rs! haha

    ReplyDelete
  6. Sedapnya Anies.. Ni pun dah harga mahal dah sekarang..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tak sangka pula betul. Terkezut ni.. Sedap tu cempedak, tips: wangi bermakna isi melok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah sis!
      betul tu. wangi and isi elok. bimbang ulat buah je hehehe

      Delete
  8. What a ınteresting fruit, no here in Turkey:) thanks for your sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. this is one of our tropical fruits. lets come here then i'll serve you cempedak goreng to eat ;-)

      Delete
  9. zaty masa-masa pkp ni pun berkampung dekat dapur dengan mama goreng cucur cempedak ni. sedap makan petang-petang sambil tengok tv. hehe.

    ReplyDelete
  10. Tahniah! Babypose akhirnya berjaya merungkai teka-teki.
    Cempedak goreng tu baunya sampai LD!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihhh kalau bau smpi LD, apa lg akk hulurkanlah pinggan sekali hehehehe

      Delete
  11. Cempedak memang sedap dibuat goreng. Tapi tak boleh makan banyak juga, cempedak antara buah yang ada angin. Bahkan banyak, angin satu badan

    ReplyDelete
  12. Saya juga suka cempedak Kak Anies. Harum dan manis rasanya itu yang membuat enak. Wah ternayata di Malaysia ada juga ya cempedak.

    Salam Sehat Kak Anies!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... Ada. Musim buah sekarang ramai yang menjual ya. Tapi Harga.... Ya rabbi... Mahal!

      Delete
  13. Petang ni pun kudapan cempedak goreng

    ReplyDelete
  14. ala, buat la peraduan teka harga cempedak pulak.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggu eh musim cempedak thn dpn hahahaha

      Delete
    2. musim cempedak tahun depan aku takde kat mesia

      Delete
    3. Jenuh google Bambali tu apa. kampung Mane rupanya

      Delete
    4. Hai.... mcm mn bleh claim bakal menantu ank Pak imam niii

      Delete
  15. Makan time panas panas memang sedappppp!

    ReplyDelete
  16. Cheq pun sangat suka coq cempedak 😋

    Tahniah buat pemenang yang berjaya meneka harga putu piring 👍🏻

    ReplyDelete
  17. suka makan cempedakxgoreng...tahniah babypose

    ReplyDelete
  18. Me encantaría comer cempedak frito . Se ve muy rico te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vayamos a Malasia. entonces te compraré más cempedak frito ;-)

      Delete
  19. wah nampak sedap, waktu kecil almarhumah mama suka bikin cempedak goreng bila kakek datang bawa cempedak hasil panen. Senang rasa tuh, tapi kini susah karena sudah amat jarang yang tanam pohon cempedak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke?👍👍👍Harga cempedak di sana murah Tak mbak?

      Delete
    2. tak tahu kak, sebab dah lama tak beli.. Hehehe hanya makan bila kakak datang dari kampung bawa hasil panen

      Delete
    3. wahhh best tu ada kebun sendiri ya

      Delete
  20. Baru sat tadi husben belikan cempedak goreng..habiss licin sorg makan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. uisss terkulat2 suami tu dpt biji cempedak je😆

      Delete
  21. I would like to eat cempedak but here in Turkey, we dont have it. Happy day,

    ReplyDelete
    Replies
    1. cempedak is one of our tropical fruits. but if u want to eat cempedak, lets come to malaysia soon😊

      Delete
  22. Betul kalau yang ada pokom sendiri macam keluarga saya bila musimnya amboi tak termakan ya.

    Makan waktu sarapan atau minum petang panas2. ishhhh sedap oiii! rangup2 luar, lembut isi di dalam

    ReplyDelete
  23. antara buah yang disukai ramai dan digilai peminat buah tempatan.

    tetapi tidak boleh lawan Raja Buah seperti durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun raja buah kn... kalau cempedak amik alih hlg lah takhta😆

      Delete
  24. Sedapnyaaa
    Lama betul tak makan cempedak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lena Cari tu rabia sementara ada musim ni☺️

      Delete
  25. Oh, terbayang-bayang bau dan rasa cempedak goreng sampai ke mari!
    Saya hari tu sebab teringin sangat, pejam matalah beli seulas RM1. Nak beli sebiji tu goreng sendiri takut tak terhabis makan pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Make aiiii rm1 sebiji. Dah mcm beli kt fast food resto ni😁

      Delete
  26. Argh!! Menci.. Sha pun teringin sangat nak makan cempedak tapi tu lah..
    dah order namun orang yang ambil order diam menyepi entah kemana.. Hampa rasa hati.. kikiki..
    Suka je yang goreng tapi tekak ini nak makan yang fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa apa hal plak tu... kita nk beli bkn minta free. abis tu dah byr dulu ke mcm mn sha?

      Delete
  27. timm boleh dikatakan setiap minggu mkan cempedak goreng jer, mak mertua asyik beli buah cempedak jer..pastu bijinya simpan buat gulai atau rebus kosong, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tuuu... mkn cempedak byk buang angin pn byk jg😆

      Delete
  28. Saya beli cempedak kat pasar, bila potong terus keluar ulat melenting-lenting..sekarang buah tu ada belakang rumah tepi tong sampah dah 3 hari tak sentuh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat x campak je ulat kt penjual tu? ishhh

      Delete
  29. Memang sedap tp tak boleh mkn banyak. Berangin perut hehehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆