Last Sunday...

9:38 am

...السلام عليكم

Kalau ikutkan plan awal, kenduri ni sebenarnya berlangsung pada hari Sabtu.
tapi, disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan, maka ditunda ke hari Ahad walaupun hari tersebut, kenduri kat kampung tu berlangsung di sana sini.

ada tiga sebab kenduri ni diadakan.
pertama, mama dan ayah anies akan mengerjakan umrah hujung bulan ni.
kedua, kenduri arwah.
dan ketiga, kerana menyambut orang baharu iaitu...

Ahmad Muaz.
sempoi punya nama.
(bagus juga... tak berbelit2 nak menyebutnya ;-)
masa ni baru je berusia 2 minggu.
Muaz merupakan cucu ke 24 dan cucu pertama bagi sebelah ayahnya.

ni Danish.
2 tahun 5 bulan.
sepupu Muaz.
sangat suka dengan Muaz.
 di mana ada Muaz, di situ ada Danish.
dengan adik dia, Daniel... langsung dia tak kisah.

okey...
tayang2 menu hari tu.
daging masak asam pedas, ayam golek, kobis masak lemak dan ayam masak lemak cili padi.
yang berbungkus plasik tu, berkat (door gift)
daging masak asam tu memang mabeles ko!
siap tapaw bawa balik ke KL!
^_^

dan satu lagi menu wajib...
kuih mentalam a.k.a seri muka.
ni pun tapaw juga.
dan dah pun selamat dibaham.
mmm... nampaknya raya tahun ni tak merasalah kami kuih ni...
sob sob sob

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

27 Words of Lo♥e

  1. sedap eh daging masak asam pedas...nanti nak cuba buat..

    ReplyDelete
  2. terliur tengok daging masak asam pedas tu.. kuih tu pun sedap juga..

    ReplyDelete
  3. muaz, unik nama tu .. jrg ada org nak letak nama muaz

    ReplyDelete
  4. kobis masak lemak tu sedap!!

    ReplyDelete
  5. Comelnyerrrr baby baru :)
    Welcome into real life sayang :)

    Muaz seindah nama, harap tingkah laku juga akan membanggakan ibubapanya nanti :D

    ReplyDelete
  6. Anies..bila tengok lauk-pauk tu letak dalam talam, teringat ummi kenduri kat kampung, mak ummi pun selalu guna talam bila ada kenduri-kendara.
    Terliur ummi tengok lauk pauk tu, daging masak asam tu, kalau dapat semangkuk, hurmm, ummi tak nak share dengan sapa2,nak makan sorang2,hehe..
    Muaz..nama sahabat yang sangat disayangi Rasululah SAW. Moga membesar menjadi anak soleh.

    ReplyDelete
  7. anies sedapnya seri muka tuh...

    ReplyDelete
  8. sedapnya..ayam golek tu..comel anak buah anies..

    nak setalam

    ReplyDelete
  9. comellah baby Muaz, nih yang teringin nak bagi Mifz adik nih...hehe

    ReplyDelete
  10. sangatlah meriahnya cucu ke24

    ReplyDelete
  11. musim kenduri sambut puasa dah skang ni kan... mmg berselera tgk menu2 ni lah

    ReplyDelete
  12. knp raya tahun ni x dpt mkn kuih tu anies? mak gi umrah balik before raya kan?

    ReplyDelete
  13. Kiut nya muaz...geram tengok baby boy. sedap nmpak kuih seri muka tu.

    ReplyDelete
  14. anis..semua menu bikin kecur air liur daa...ayam ada daging pun ada..pilih jer...

    seri muka tu pun mengancam ko

    ReplyDelete
  15. daging masak asam pedas... erm x penah makan lah,,,

    ReplyDelete
  16. sedapnya seri muka kalau bhg atasnya tu lembut bergoyang-goyang... yummy

    ReplyDelete
  17. comelnya kuih seri muka tu...telan air liur huhu

    ReplyDelete
  18. Anies..comelnya muaz..
    Nak sambut ramadan ni memang ramai yang buat kenduri

    ReplyDelete
  19. bundo suka daging asam pedas..
    kenapa raya ni takde seri muka?

    ReplyDelete
  20. seronoknya bila balik kg...ada ibubapa dan anak buah serta makanan yg sedap..hehehe

    ReplyDelete
  21. adoi...terliur betul tgk lauk-pauk tu !

    ReplyDelete
  22. akak datang nak amik daging asam pedas tu sikit ye...tak penah makan ni

    ReplyDelete
  23. adei.. anisssssssss... ni lagi satu akak nak ketawa. " di mana muaz di situ la danish. Nak kemana la Muaz tu. jalan pun tak boleh lagi.. adei..

    ReplyDelete
  24. pergghhhh!!bestnya kenduri kt kg,.siap mkn dlm talam lgi...hukhukhuk!! teringin :))

    ReplyDelete
  25. wah happeningnya..hehe
    comel anak buah

    ReplyDelete
  26. Dah lama tak makan kuih seri muka. Mengidam pula rasanya.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆