...السلام عليكم
Kalau ikutkan plan awal, kenduri ni sebenarnya berlangsung pada hari Sabtu.
tapi, disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan, maka ditunda ke hari Ahad walaupun hari tersebut, kenduri kat kampung tu berlangsung di sana sini.
ada tiga sebab kenduri ni diadakan.
pertama, mama dan ayah anies akan mengerjakan umrah hujung bulan ni.
kedua, kenduri arwah.
dan ketiga, kerana menyambut orang baharu iaitu...
Ahmad Muaz.
sempoi punya nama.
(bagus juga... tak berbelit2 nak menyebutnya ;-)
masa ni baru je berusia 2 minggu.
Muaz merupakan cucu ke 24 dan cucu pertama bagi sebelah ayahnya.
ni Danish.
2 tahun 5 bulan.
sepupu Muaz.
sangat suka dengan Muaz.
di mana ada Muaz, di situ ada Danish.
dengan adik dia, Daniel... langsung dia tak kisah.
okey...
tayang2 menu hari tu.
daging masak asam pedas, ayam golek, kobis masak lemak dan ayam masak lemak cili padi.
yang berbungkus plasik tu, berkat (door gift)
daging masak asam tu memang mabeles ko!
siap tapaw bawa balik ke KL!
^_^
dan satu lagi menu wajib...
kuih mentalam a.k.a seri muka.
ni pun tapaw juga.
dan dah pun selamat dibaham.
mmm... nampaknya raya tahun ni tak merasalah kami kuih ni...
sob sob sob
sedap eh daging masak asam pedas...nanti nak cuba buat..
ReplyDeleteterliur tengok daging masak asam pedas tu.. kuih tu pun sedap juga..
ReplyDeletemuaz, unik nama tu .. jrg ada org nak letak nama muaz
ReplyDeletekobis masak lemak tu sedap!!
ReplyDeleteComelnyerrrr baby baru :)
ReplyDeleteWelcome into real life sayang :)
Muaz seindah nama, harap tingkah laku juga akan membanggakan ibubapanya nanti :D
sedap...nak2..comeinya
ReplyDeleteAnies..bila tengok lauk-pauk tu letak dalam talam, teringat ummi kenduri kat kampung, mak ummi pun selalu guna talam bila ada kenduri-kendara.
ReplyDeleteTerliur ummi tengok lauk pauk tu, daging masak asam tu, kalau dapat semangkuk, hurmm, ummi tak nak share dengan sapa2,nak makan sorang2,hehe..
Muaz..nama sahabat yang sangat disayangi Rasululah SAW. Moga membesar menjadi anak soleh.
anies sedapnya seri muka tuh...
ReplyDeletesedapnya..ayam golek tu..comel anak buah anies..
ReplyDeletenak setalam
comellah baby Muaz, nih yang teringin nak bagi Mifz adik nih...hehe
ReplyDeletesangatlah meriahnya cucu ke24
ReplyDeletemusim kenduri sambut puasa dah skang ni kan... mmg berselera tgk menu2 ni lah
ReplyDeleteknp raya tahun ni x dpt mkn kuih tu anies? mak gi umrah balik before raya kan?
ReplyDeleteKiut nya muaz...geram tengok baby boy. sedap nmpak kuih seri muka tu.
ReplyDeleteanis..semua menu bikin kecur air liur daa...ayam ada daging pun ada..pilih jer...
ReplyDeleteseri muka tu pun mengancam ko
daging masak asam pedas... erm x penah makan lah,,,
ReplyDeletesedapnya seri muka kalau bhg atasnya tu lembut bergoyang-goyang... yummy
ReplyDeletecomelnya kuih seri muka tu...telan air liur huhu
ReplyDeleteAnies..comelnya muaz..
ReplyDeleteNak sambut ramadan ni memang ramai yang buat kenduri
bundo suka daging asam pedas..
ReplyDeletekenapa raya ni takde seri muka?
seronoknya bila balik kg...ada ibubapa dan anak buah serta makanan yg sedap..hehehe
ReplyDeleteadoi...terliur betul tgk lauk-pauk tu !
ReplyDeleteakak datang nak amik daging asam pedas tu sikit ye...tak penah makan ni
ReplyDeleteadei.. anisssssssss... ni lagi satu akak nak ketawa. " di mana muaz di situ la danish. Nak kemana la Muaz tu. jalan pun tak boleh lagi.. adei..
ReplyDeletepergghhhh!!bestnya kenduri kt kg,.siap mkn dlm talam lgi...hukhukhuk!! teringin :))
ReplyDeletewah happeningnya..hehe
ReplyDeletecomel anak buah
Dah lama tak makan kuih seri muka. Mengidam pula rasanya.
ReplyDelete