✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bulan lepas anies ada share fasal bukocha peach (boleh baca kat SINI). hari ni... still nak share fasal bukocha tapi dengan buah yang lain pula.
sekarang kat Malaysia tengah musim durian. jadi anies rasa pihak Cha Bang Ang mengambil kesempatan ni untuk keluarkan dessert special edition mereka iaitu Bukocha durian IOI.
bagi peminat durian pasti dah maklum yang durian IOI ni antara durian tersedap dan harganya pun... boleh tahan juga tak mesra poket
tapi bila Cha Bang Ang keluarkan produk ni, ia secara tak langsung menjadi tarikan khususnya buat peminat durian. well jom kita review pencuci mulut ni!
masih lagi menggunakan saiz bekas yang sama... harga: RM19.90 dan boleh share 2-3 orang untuk sekali makan...
sebaik penutup bekas dibuka, hidung diserbu bau durian. perrrghhh... memang heaven! setiap bekas ada seulas besar durian IOI. rasa durian ni? memang mantap👍👍👍 manisnya tak keterlaluan. ada sedikit rasa pahit di hujung lidah tapi tak ketara sangat. isi lembut dan baunya pun sedap. jujur cakap, anies tak pernah rasa lagi durian IOI ni. bila dah makan, barulah faham kenapa durian ni tak murah😂
kali ni anies campurkan ais. untuk 'kuah' bukocha ni, ia ada rasa durian dan sedikit manis. bila anies masukkan ais, rasanya lagi👍dan macam biasa, isi bukocha ni terdiri daripada potongan jeli yang kenyal dan juga sagu biji.
so, overall anies bagi ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk pencuci mulut yang berasal dari Filipina ni. kalau korang nak rasa, bolehlah contact agent berdekatan lokasi korang. info lanjut, klik kat SINI ya!
that's all for today.
thanks for reading.
daaa
p/s BW malam nanti🙏













Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam