Bukocha Durian IOI by Cha Bang Ang
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bulan lepas anies ada share fasal bukocha peach (boleh baca kat SINI). hari ni... still nak share fasal bukocha tapi dengan buah yang lain pula.
sekarang kat Malaysia tengah musim durian. jadi anies rasa pihak Cha Bang Ang mengambil kesempatan ni untuk keluarkan dessert special edition mereka iaitu Bukocha durian IOI.
bagi peminat durian pasti dah maklum yang durian IOI ni antara durian tersedap dan harganya pun... boleh tahan juga tak mesra poket
tapi bila Cha Bang Ang keluarkan produk ni, ia secara tak langsung menjadi tarikan khususnya buat peminat durian. well jom kita review pencuci mulut ni!
masih lagi menggunakan saiz bekas yang sama... harga: RM19.90 dan boleh share 2-3 orang untuk sekali makan...
sebaik penutup bekas dibuka, hidung diserbu bau durian. perrrghhh... memang heaven! setiap bekas ada seulas besar durian IOI. rasa durian ni? memang mantap👍👍👍 manisnya tak keterlaluan. ada sedikit rasa pahit di hujung lidah tapi tak ketara sangat. isi lembut dan baunya pun sedap. jujur cakap, anies tak pernah rasa lagi durian IOI ni. bila dah makan, barulah faham kenapa durian ni tak murah😂
kali ni anies campurkan ais. untuk 'kuah' bukocha ni, ia ada rasa durian dan sedikit manis. bila anies masukkan ais, rasanya lagi👍dan macam biasa, isi bukocha ni terdiri daripada potongan jeli yang kenyal dan juga sagu biji.
so, overall anies bagi ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk pencuci mulut yang berasal dari Filipina ni. kalau korang nak rasa, bolehlah contact agent berdekatan lokasi korang. info lanjut, klik kat SINI ya!
that's all for today.
thanks for reading.
daaa
p/s BW malam nanti🙏
26 Words of Lo♥e
Nampak sangat menggugah selera.
ReplyDeleteAdakah produk ini masuk ke Indonesia? Aku ingin mencobanya
so far belum lagi, mas. tapi boleh je buat sendiri. google resepi Buko. bahan2nya pun senang nak cari
Deletetak pernah try. tapi kan ammi ni tak tau mana satu durian yang sedap sebab pada ammi semua durian tu sedap. yang pahit, yg gebu, yg lembik, yg keras semua sedap je kat tekak ammi.
ReplyDeletesemua durian sedap kec durian thai
Deletesedapnya durian bukhoca teringin nk rasa
ReplyDeleteboleh cari agen berdekatan kak kalau nak rs
DeleteDurian ni suka makan isi mentah, tempoyak, serawa, lempuk, masak patin atau lauk. Selebihnya macam dessert, drinks macam tak serasi tekak ni. Tapi anak2 ni makan semua.
ReplyDeletedulu2 mana ada kannn dessert2 mcm ni... skrg je ada tu pun sbb kuasa viral sana sini
DeleteKat Sarawak tak jumpa durian pun...mungkin belum lagi musimnya
ReplyDeletebulan depan kot?
DeletePeminat durian kena cuba ni.
ReplyDeleteya wajibbbb
DeleteAdoi, menggoda betul bukocha durian ni 🤤
ReplyDeletesbb tu bla dpt tau trs menggeletis sy order kt agen🤣
DeleteWhat a ınteresting, thanks for your sharing Anie...
ReplyDeleteTentu segar dan enak sekali ya, apalagi ada esnya, mantap.
ReplyDeleteya mas sedap.makan di kala cuaca panas
DeleteParece muy rico. Te mando un beso.
ReplyDeleteBelum pernah makan bukocha ,apalagi bukocha durian, paling hanya makan buahnya langsung, itupun gak banyak
ReplyDeleteboleh buat sendiri mreneyoo. cari je resepi Buko. senang bangetttt nak buat
DeleteKena tambah ais ye Anies untuk kurangkan rasa manis dia tu.. Menarik dia bagi isi durian besar macam tu.. Berbaloilah dengan harga dan saiz dia tu..
ReplyDeleteIya deh nanti di coba cari tau buat bukocha sendiri,mana tau lebih sedap 😁
ReplyDeletecomfirm lagiiiiiii sedap! boleh buka stall buko depan rumah😁
DeleteManis² berlemak
ReplyDeleterabia nk beli habis sokmo dkt butik
ReplyDeleteSemoga kalo saya ke Malaysia lagi, msh ada yaa produk ini 😄😄. Naaak coba, tp yg rasa durian 🤣. Dah terbyaaaaang ini pasti sedaap dan segar
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆