Pages

Monday, 22 July 2024

Bukocha Durian IOI by Cha Bang Ang

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bulan lepas anies ada share fasal bukocha peach (boleh baca kat SINI). hari ni... still nak share fasal bukocha tapi dengan buah yang lain pula.

sekarang kat Malaysia tengah musim durian. jadi anies rasa pihak Cha Bang Ang mengambil kesempatan ni untuk keluarkan dessert special edition mereka iaitu Bukocha durian IOI.

bagi peminat durian pasti dah maklum yang durian IOI ni antara durian tersedap dan harganya pun... boleh tahan juga tak mesra poket

tapi bila Cha Bang Ang keluarkan produk ni, ia secara tak langsung menjadi tarikan khususnya buat peminat durian. well jom kita review pencuci mulut ni!


masih lagi menggunakan saiz bekas yang sama... harga: RM19.90 dan boleh share 2-3 orang untuk sekali makan...

sebaik penutup bekas dibuka, hidung diserbu bau durian. perrrghhh... memang heaven! setiap bekas ada seulas besar durian IOI. rasa durian ni? memang mantap👍👍👍 manisnya tak keterlaluan. ada sedikit rasa pahit di hujung lidah tapi tak ketara sangat. isi lembut dan baunya pun sedap. jujur cakap, anies tak pernah rasa lagi durian IOI ni. bila dah makan, barulah faham kenapa durian ni tak murah😂

kali ni anies campurkan ais. untuk 'kuah' bukocha ni, ia ada rasa durian dan sedikit manis. bila anies masukkan ais, rasanya lagi👍dan macam biasa, isi bukocha ni terdiri daripada potongan jeli yang kenyal dan juga sagu biji. 


so, overall anies bagi ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk pencuci mulut yang berasal dari Filipina ni. kalau korang nak rasa, bolehlah contact agent berdekatan lokasi korang. info lanjut, klik kat SINI ya!

that's all for today.
thanks for reading.
daaa

p/s BW malam nanti🙏

26 comments:

  1. Nampak sangat menggugah selera.
    Adakah produk ini masuk ke Indonesia? Aku ingin mencobanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far belum lagi, mas. tapi boleh je buat sendiri. google resepi Buko. bahan2nya pun senang nak cari

      Delete
  2. tak pernah try. tapi kan ammi ni tak tau mana satu durian yang sedap sebab pada ammi semua durian tu sedap. yang pahit, yg gebu, yg lembik, yg keras semua sedap je kat tekak ammi.

    ReplyDelete
  3. sedapnya durian bukhoca teringin nk rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cari agen berdekatan kak kalau nak rs

      Delete
  4. Durian ni suka makan isi mentah, tempoyak, serawa, lempuk, masak patin atau lauk. Selebihnya macam dessert, drinks macam tak serasi tekak ni. Tapi anak2 ni makan semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 mana ada kannn dessert2 mcm ni... skrg je ada tu pun sbb kuasa viral sana sini

      Delete
  5. Kat Sarawak tak jumpa durian pun...mungkin belum lagi musimnya

    ReplyDelete
  6. Peminat durian kena cuba ni.

    ReplyDelete
  7. Adoi, menggoda betul bukocha durian ni 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu bla dpt tau trs menggeletis sy order kt agen🤣

      Delete
  8. What a ınteresting, thanks for your sharing Anie...

    ReplyDelete
  9. Tentu segar dan enak sekali ya, apalagi ada esnya, mantap.

    ReplyDelete
  10. Parece muy rico. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. Belum pernah makan bukocha ,apalagi bukocha durian, paling hanya makan buahnya langsung, itupun gak banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat sendiri mreneyoo. cari je resepi Buko. senang bangetttt nak buat

      Delete
  12. Kena tambah ais ye Anies untuk kurangkan rasa manis dia tu.. Menarik dia bagi isi durian besar macam tu.. Berbaloilah dengan harga dan saiz dia tu..

    ReplyDelete
  13. Iya deh nanti di coba cari tau buat bukocha sendiri,mana tau lebih sedap 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. comfirm lagiiiiiii sedap! boleh buka stall buko depan rumah😁

      Delete
  14. rabia nk beli habis sokmo dkt butik

    ReplyDelete
  15. Semoga kalo saya ke Malaysia lagi, msh ada yaa produk ini 😄😄. Naaak coba, tp yg rasa durian 🤣. Dah terbyaaaaang ini pasti sedaap dan segar

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆