Hiroshima, Jepun: Pulau Miyajima - Hokoku Shrine (Senjokaku) dan Itsukushima Jinja Gojūnotō (Five-Storied Pagoda)

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

kalau ikut itinerary sebenar, kami sepatutnya naik Miyajima Ropeway sebaik sahaja turun dari feri. tapi disebabkan cuaca kurang baik, jadi ia ditutup kepada orang ramai. sedih betul! dah laa Hakodate Ropeway tutup. sampai sini pun... tutup juga😢😢

disebabkan tu, kami sepakat untuk jalan-jalan je laa kat area yang mana boleh dijejaki

habis posing kat Pagar Torii kami ke kawasan berdekatan entrance Itsukushima Shrine. dari situ kami naik tangga untuk ke atas. agak tinggi jugalah tangga ni.


sebelum naik tangga...

short video - naik tangga...

Hokoku Shrine

sebaik ternampak shrine ni, mata anies terus tertancap pada kayu yang digunakan. anies tak tahu jenis kayu yang digunakan tapi bila ada bangunan yang diperbuat daripada kayu macam ni, dalam kepala dah fikir macam-macam.

kayu apa yang digunakan? dari mana kayu diperoleh? siapa tukang kayunya? berapa banyak pokok yang ditebang untuk dirikan shrine ni? dan banyak lagi soalan yang berligar. pendek kata anies memang kagum dengan binaan yang diperbuat daripada kayu ni lebih-lebih lagi melihat ia masih kukuh sampai ke hari ni.

kalau nak tahu lebih lanjut fasal Hokoku Shrine ni, klik kat SINI ya!




ni laa kuilnya👆👇kami sangkakan masuk percuma. rupanya kena bayar... terus tak jadi nak masuk😁



tengok laa binaan kuil ni... nampak usang tapi sebenarnya masih kukuh...



bahagian tepi kuil...👆👇



short video - kawasan sekitar Hokoku Shrine.

Itsukushima Jinja Gojūnotō

pagoda ni cuma bersebelahan / belakang je dengan Hokoku Shrine. ia juga salah satu tarikan yang terdapat kat pulau ni.


ni laa pagodanya...

cuma boleh tengok dari luar je laa... ya pagoda ni juga diperbuat daripada kayu. benda pertama yang terlintas di otak bila tengok pagoda ni adalah, Menara Condong @ Teluk Intan😁

bahagian tepi pagoda. semakin menghampiri winter tapi ada pokok-pokok kat sini belum bertukar warna lagi...



suasana kat 'bawah bukit'👆👇 view dari pagoda...




kiranya, pagoda ni adalah binaan paling tinggi di Pulau Miyajima. ada sebuah lagi pagoda 2 tingkat kat pulau ni tapi kami tak ke situ. namanya Tahoto atau Two-Storied Pagoda. Google je kalau korang nak tengok foto pagoda tu.

tak ada apa-apa yang menarik kat pagoda ni. tapi scenery di sekelilingnya memang cantik. lama juga kami spend masa kat sini. dah selesai snap foto dan rekod video, barulah kami beredar.

klik kat SINI untuk baca lebih lanjut tentang pagoda 5 tingkat ni.


short video - suasana sekitar pagoda

short video - bila kami sudah kehabisan idea😂


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. happy weekend!
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

40 Words of Lo♥e

  1. Biasanya bangunan seperti ini kayunya pasti kayu pilihan gak sembarangan,soalnya kena panas dan hujan

    ReplyDelete
  2. Kenapa gak jadi masuk....mahalkah ?

    ReplyDelete
  3. Frust nya bila apa yg dah plan tapi tak menjadi, dah la datang jauh2 tapi tak boleh naik ropeway atas faktor cuaca yg tak mengizinkan. Sabor je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... keluar je jeti terpampang notis ropeway tutup... waduhhh...

      Delete
  4. Baca pasal pagoda ni... teringat dulu uncle suka pakai tshirt pagoda....

    ReplyDelete
  5. cantiknya view, anak kak ana cadang nak ke Jepun juga tahun depan, boleh kak ana bagi link blog anies ni untuk rujukan dia .. thank you for sharing, kak ana follow sini naa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2..
      mana2 info yg x faham boleh tanya sy nnt. sy bantu setakat yg mampu

      Delete
  6. Es un lugar tan bonito. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat berjalan2 di kota Jepang. Kena kumpul duit ni nak ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah... x lama lg smpi laa tu ke sana

      Delete
  8. kalau kawasan pulau tentu banyak lagi kayu dan kayulah sebagai bahan binaan yang ideal...tak tanya ke harga masuk kuil ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga kayu dr pokok2 kat pulau ni...
      harga sekitar ¥300 kalau x silap

      Delete
  9. Anies meh bawak ibu p bercuti. Hahahahaha! Geram jer baca entry2 bercuti dia tu best.....

    ReplyDelete
  10. Kat sana banyak betul kuilnya ya....suka la permandangan sekeliling ni dan akak tak pernah lagi ke Jepun. Tengok entry blog Anies dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg byk tp x sebanyak bangkok. jln sikit dah jumpa wat. x smpi 1km jumpa wat lg😁 insya allah x lama lg tu smpi laa🇯🇵

      Delete
  11. waaahhh pagoda! teru steringat tshirt pagoda! hehehe

    ReplyDelete
  12. indah suasana sekitarnya pagoda kayu lama menguja pandang

    ReplyDelete
  13. yang biasa saya lihat di anime2 bangunannya ternyata aslinya itu begini ya

    ReplyDelete
  14. Cantik view nya. Binaan kuil tu mesti guna kayu yang kuat sebab nampak kukuh walaupun usang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu. kalau x silap sy kuil ni binaan tanpa paku

      Delete
  15. Tuhlaah saya pun salut kalo liat bangunan2 kuil di jepang ini. Pakai kayu, tapi memang kuaaaat sangat. Dan sudah Beratus tahun kadang usianya kan. Ntah kayu apa yg dipakai. 👍❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena gempa pun macam tak ada kesan, kan?

      Delete
  16. cantik kuilnya.. mmg binaan dulu2 walaupun kayu n nmpk usang tp kukuh...

    Pagoda merah tu mcm sama je dengan di TTI Trg.. binaan monumen2.. rs mcm sama tp mungkin x serupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa binaan sebegini design mmg hampir sama. cuma material je yg berbeza

      Delete
  17. Seni bina & reka bentuk tu nampak cantik

    ReplyDelete
  18. Indah suasana, tak masuk pun tak pa sekeliling dia pun dah memukau macam time travel pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg kami ralit dok situ lama lama... dah laa kat situ x ramai org mmg syok.laa layan view

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆