Thessaloniki, Greece: seketika @ Thessaloniki Train Station Bus Stop dan jalan-jalan santai sekitar bandar
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
kami tiba tepat jam 6.00AM waktu Greece dan disapa angin kuat yang teramat sejuk. sampaikan nak ambil luggage dari 'perut' bas pun mengigil-gigil dibuatnya.
syukurlah bas parking sebelah bangunan je. so kami tak tunggu lama untuk masuk dan 'jauhkan' diri dari angin sejuk. keadaan sekeliling masih gelap tapi di dalam bangunan, staf stesen kereta api dan kedai kopi dah pun memulakan tugasan mereka.
FYI, kat sini ada 2 stesen (bas) utama. so kalau korang datang ke Thessa / Solanik (nama lain untuk Thessaloniki) dengan bas dan diturunkan kat sini... jangan panik. sebabnya jarak dari sini ke pusat bandar ke sekitar 5KM je.
kalau kat stesen bas yang satu lagi tu, jaraknya jauh sikit dari bandar. tapi kat situ cuma ada perkhidmatan bas dan teksi je. kalau nak naik kereta api domestik, ni laa stesennya.
sementara tunggu langit cerah, kami sempat tanya kat staf stesen kereta api kalau-kalau ada train pergi balik Thessaloniki - Larissa (sebenarnya nak kill the time sebelum check in homestay pukul 2.00PM).
well... tiket / trennya memang ada. tapi kalau kami tanya lebih awal, mungkin kami dah boleh ke Larissa seketika. tren ke Larissa pukul 8.00AM tapi kami tanya masa tu dah pukul 8.15AM😂 manakala tiket pulang pula sekitar jam 5.00PM. agak lewat juga tu sebab kalau sampai, dah malam.
well... nak tunggu langit betul-betul cerah memang ambil masa kat sini. jam 8.45AM baru matahari muncul dan terik. tapi udara sejuk tetap mencengkam.
lepas berbincang dengan member dan tanya staf stesen sekali lagi, akhirnya kami ambil keputusan untuk jalan-jalan santai sekitar bandar.
ni laa stesennya... foto kat dalam bangunan anies tak sempat nak snap sebab tangan dah kesejukan. bangku yang kami duduk kat dalam tu betul-beul menghadap pintu masuk. walaupun pintu tu tutup tapi disebabkan orang keluar masuk, jadinya secara tak langsung angin sejuk pun ikut 'masuk' sekali...
ya, kat sebelah stesen ni ada bas-bas seperti mana nama tempatnya yang tertulis pada tajuk entry ni. tapi anies tak tahu ke mana destinasi / hala tujunya... well... suasana nampak macam terik, kan? tapi tak rasa panas pun. sebaliknya rasa sejuk dan silau...
suasana pagi @ Thessaloniki
cantik pula bila tengok pokok togel macam tu😂😂 well bangunan-bangunan kat sini, kalau sekali tengok macam di era 90an. deretan kedai yang ada, tak laa mewah mana pun. shutter pun ada yang dah berkarat... tu tak kira lagi sampah yang bersepah sana sini akibat angin kuat pada sebelah malam... manakala model kereta pula, anies perhati banyak kereta buatan Eropah. kereta buatan Jepun + Korea Selatan ada tapi tak sebanyak Peugeot, Chevrolet, Fiat dan lain-lain.
antara bas awam yang 'menghiasi' jalan-jalan @ Thessaloniki. tak ada beza (design) pun dengan bas-bas yang kami jumpa kat Istanbul...
self service car wash... pagi-pagi dah 'main' air... tak sejuk ke?😁
yang ni betul-betul buat anies tertarik. stesen minyak kat celah-celah bangunan... untung arr siapa yang duduk situ, bila nak pergi kerja dan minyak habis... tak payah pergi jauh-jauh. turun bawah dah sampai stesen minyak😀 well, harga petrol kat sini berapa? kalau tak silap anies dalam sekitar €1.60 – €1.80++ per liter. haippp!! jangan convert to RM!
Holy Church of All Saints - nama gereja ni... cantik senibinanya...
gereja ni tak jauh dari stesen. BTW anies suka dengan gambar ni sebab warna biru langit tu buat hati berbunga-bunga😍
short video @ depan stesen
ke mana kami pergi lepas ni?
stay tuned...
daa









Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
18 Words of Lo♥e
Beautiful photos of Thessaloniki. Thank you for sharing.
ReplyDeleteGambar-gambar yang Anies kongsi tu semuanya berlangit biru tanpa awan! Bersih tak tercela.
ReplyDeleteGreece xberapa tau sangat sejarahnya kembara menarik
ReplyDeleteGokyuzu çok canlı ve güzel, selamlar Anie
ReplyDeleteSelamat pulak diorg buat stesen minyak tengah² kawasan resident tu ye? Overthinking pulak 😅
ReplyDeleteWah! Seronoknya dpt jalan2 ke Greece. Enjoy yourself...
ReplyDeleteBaguih jugak konsep self servis car wash tu kan? Kalau bawak masuk Malaysia ni boleh laku keras ni....
ReplyDeleteParece un buen viaje. Te mando un beso.
ReplyDeleteSelf service car wash best tu.. baru puas nak main tenyeh tenyeh hahahaa...
ReplyDeleteSo naik bas dari Istanbul ke Thessaloniki ... menarik juga ni... Mata dah rambang nak repeat ke sana..
Kalau winter memang gitu kan.. Nampak terik tapi sebenarnya sejuk jer..
ReplyDeleteCantik langit biru takde awan kepal kepal huhuu
Tengok minyak dorang €1.8 sekali baca mcm singgit lapan plohsen je. Bika convert tu ternganga jap haha
ReplyDeleteHarini barulah ada masa nak blogwalking, tiba2 baca entry kak anies kat greece pulokk? Last time baca jalan2 istanbul 😂
ReplyDeletevery good photos, thansk for your post
ReplyDeleteYunani ni penuh dengan bangunan lawas ya mbak. namun terlihat bersih dan terawat semua.
ReplyDeleteSalah fokus dengan langitnya mbak. Tampak biru sempurna sekali. Apakah disana takda awan sama sekali kah?
Thank you!
ReplyDeleteMagníficas as fotos, um lugar incrível, desejo um feliz domingo bjs.
ReplyDeleteBesar tak bandar Thessaloniki tu Anies?
ReplyDeleteBestnyarr dapat jalan-jalan ke Greece 😎
ReplyDeleteRasa 90s vibe rupanya kat Thessaloniki tu ya 🤓
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆