Donut pistachio cranberry by Caah's Donut

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu, siapa orang Caah, Segamat atau sekarang tinggal kat Caah? sila munculkan diri anda! 😁 

kenapa? tak ada apa-apa. just nak tahu je... hi orang Caah😁

ni cerita masa Ramadan hari tu. anies tahu fasal donut viral ni pun sebab asyik lalu lalang je kat fyp. so, alang-alang dah sampai Sogo sebab nak cari baju raya, jadinya moh ler kita singgah gerai ni.

Caah's Donut ni tak perlu diperkenalkan terutama buat warga Shah Alam sebab ia memang dah famous kat sana. kat KL tak ada lagi cawangannya. bila Caah's buka gerai kat depan Odean Walk @ Jalan TAR, jom kita serbu!


lokasi: Odean Walk Jalan TAR. berdepan Pertama Kompleks & Medan Mara... lama juga nak dapat donut ni sebab customer ramai walaupun masa tu anies datang awal. ya, diorang proses donut dari mula sampai laa membungkus kat sini. oh ya! Caah's Donut ni sebenarnya famous sebab donut susu. anies pula tak suka susu tepung. jadinya beli laa yang ni👇

harga: RM17 untuk 6 pieces😬 walaupun selekeh tapi kesedapannya... fuhh camni👍👍👍donut ni dilapisi cheese mozarella sebelum dituang sos pistachio. kemudian ditaburi cranberry kering. sebenarnya ada je menu lain yang boleh dipilih. antaranya biscoff, ovomaltine dan lain-lain. teksturnya sangat lembut. kalau makan panas-panas lagi sedap. sos pistachio pun tak manis. ngam sangat laa dijudukan cranberry kering tu. overall, memang puas hati dan berharap sangat, Caah's Donat akan buka cawangan baharu terutama @ KL soon.



that's all
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

22 Words of Lo♥e

  1. Klu rajin ke Jalan TAR boleh la riki2 caahs donut ni 😃

    ReplyDelete
  2. nampak sedap donut anies pilih

    ReplyDelete
  3. What a ınteresting, thanks for your sharing

    ReplyDelete
  4. jadi ingat kemaren makan pie isi pistachio yang enak banget
    jadi kepengen makan lagi

    ReplyDelete
  5. Oooo... Chaah ni sejam je dari kampung uncle Tangkak.... Tak tau dia dah ada donut!

    ReplyDelete
  6. nampak sedap dan lembut betul lah ituuuu.. Rasanya pun nampaknya sedap ya, walaupun hijau.
    Saya agak trauma sedikit dengan yang hijau-hijau mbak. Sebab, sekarang ini apa-apanya selalu diubah jadi matcha.

    ReplyDelete
  7. Se ve muy rica. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. macam2 orang buat inovasi donut ni.

    ReplyDelete
  9. Delicia de donuts foi uma boa escolha, desejo uma feliz terça-feira bjs.

    ReplyDelete
  10. Alamak Anies ni...saje je kan...kena cari la ni...

    ReplyDelete
  11. Dapppp...hantar kat Melaka cikit

    ReplyDelete
  12. So interesting. Thank you.

    ReplyDelete
  13. Dekat tak dari hotel saya menginap nanti? 😄😄. Tertarik juga nak coba nih. Apalagi jika tak manis sangat.

    ReplyDelete
  14. Saya sebenarnya tak terlalu suka donat. Tapi terkadang ada juga donat yg sedap , tak over manisnya, dan pakai topping unik. Macam donat yg saya coba di Melaka dulu, itu sedap sangat, masih terbayang2 😄.

    ReplyDelete
  15. Saya bayangkan sos pistachio dan cranberry kering, aiiiih drooling LGS kak 🤤🤤🤤

    ReplyDelete
  16. Selekeh tapi sedap.... ahaks!

    ReplyDelete
  17. walau selekeh tapi sedap ... mmg a good review.. :D

    ReplyDelete
  18. Basically dia donut kosong, pastu dicurah dgn flavour je la kan. Haha memang nampak selekeh. Tapi kalau rasanya sedap, berbaloi!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆