Jamuan raya office 2026
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Ingatkan tahun ni tak ada jamuan raya (you know whyyy...). tup tup 2 minggu sebelum, kami dapat emel daripada admin untuk sahkan kehadiran. apa lagi? lajuuu je tangan ni klik 'Yes'😂
jamuan berlangsung Isnin lepas dan bermula pukul 1.00PM a.k.a lunch hour kami. walaupun masa tu ada hidangan yang tak sampai lagi. tapi bos suruh proceed je. nanti dah sampai boleh tambah (makan) lagi...
antara foto yang sempat anies snap...
dekorasi raya... team marketing yang buat ni...
antara menu yang disediakan: air teh tarik panas, air soda herbs, bihun sup Utara, nasi impit, lemang, sambal sotong, rendang daging, rendang ayam, kuah lodeh, jambu asam boi, kek pisang coklat, kek coklat, begedil, tauhu begedil, cucur udang dan beberapa jenis kuih raya. yang sampai lambat tu, sate. so tak ada laa dalam foto ni😁
anies makan ni dulu. nasi impit + sup + sambal sotong. lain macam je 'campurannya' 😁tapi sedap👍 yang dalam piring tu begedil + tauhu begedil + cucur udang. anies siramkan terus dengan sambal kicap😂then bila sate dah sampai, barulah ambil yang tu...
antara aktiviti yang dilangsungkan sepanjang jamuan ni adalah pemilihan Best Dress dan lucky draw. Alhamdulillah, ada rezeki anies dalam lucky draw duit raya tahun ni. lucky draw yang lain (total 15 cabutan kalau tak silap) dapat TnG e-wallet bernilai antara RM20 - RM50. yang menang Best Dress pun dapat TnG e-wallet RM50.
Alhamdulillah majlis berakhir jam 2.30PM. terima kasih kepada semua yang terlibat. tapi yang kelakarnya lepas habis majlis, ada yang dah rancang tahun depan nak buat menu apa. hahaha... korang ni... jangan menekan-nekan sangat boleh tak?😂





Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
12 Words of Lo♥e
Wonderful photos. The banquet looks amazing.
ReplyDeleteAlhamdulillah menang lucky draw dapat TnG e-wallet 🌸
ReplyDeleteMakanan semua nampak sedap. Dapnya cucur udang! 😋
Untunglah ada office open house raya, Kami tahun ni makan lemang berjemah sahaja. Kerja kat site mcm ni lah. Ada lah 4 orang jadi berjemaah lah melemang. ha ha ha
ReplyDeleteSemangat tu dah plan tahun depan nak menu apa. Jamuan raya di pejabat ni kira wajib la, tak best tu kalau tak buat.
ReplyDeletehahaha...awal dah pikir nak menu apa ye next year...posa dah ganti ke lom agaknya tu? hahaha
ReplyDeleteJamuan hari raya ni semacam halal bihalal ya kalau di Indonesia?
ReplyDeleteRamai dan meriah betul mbaaak, thumbs up to tim marketing. Banyak makanan, dan hadiahnya pun menarik semua.
Ah adakalah lowongan kerja di Malaysia sana? hihihi. Daku pun sedang mencari2 karir baru sampai kini.
awal tanya menu tahun depan.. hahaha
ReplyDeleteAlhamdulilah rezeki ada jamuan. Dapat pulak hadiah, memang lagi syok
ReplyDeletewah best menu majlis raya ofis anies
ReplyDeletei send my love from the heart
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah dapat duit raya !
ReplyDeletewahhh menarik ni siap ada best dress dan lucky draw.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆