Καλώς ήρθατε στην Ελλάδα!
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
Kostantinos Tsimikas! aku datang ni!!!😂
tapi sebelum tu...
pada sebelah pagi hari sama, kami dah ke sini ☝(Esenler Otogar) untuk buat pengesahan tiket. mana laa tahu kan... kot kot kena scam ke apa... bukan meminta tapi lebih kepada berhati-hati. kite sekarang ni kat negara orang. kalau jadi apa-apa, habis rosak plan yang lain. dah laa kami ni baru je sampai....
ada rasa pelik masa mula-mula kami sampai sini. masa kan tidak? dari luar nampak berpuluh signage dan destinasi. tapi mana basnya? rupa-rupanya, bas ada kat belakang bangunan...
kami pilih bas / operator bernama Lilian Express. Farah beli tiket via obilet.com. (sebulan sebelum kami bertolak) then tunjukkan printed ticket ke staf untuk buat pengesahan sekali lagi. well... staf Lilian Express ni boleh berbahasa Inggeris. jadinya urusan kami jadi lebih mudah. (p/s blogger Camdandusler: this staff comes from Adana!😁)
kami diminta datang 1/2 jam sebelum berlepas. so once dipanggil barulah kami keluar untuk loading luggage. setiap barang / luggage yang 'masuk ke perut bas' akan 'dipakaikan' tag.
nak bertolak dah... kami difahamkan bas ni akan berhenti di beberapa tempat untuk ambil dan turunkan penumpang sebelum tiba di destinasi terakhir...
yang best nya naik bas long distance ni, penumpang akan diberi refreshment iaitu teh / kopi, air minarel & snek. terasa macam naik flight laa pula😁

dannn kami pun tak lepaskan peluang untuk lelapkan mata. siang hari dah banyak berjalan. jadinya mudah je mata ni terkatup😁.
2 jam kemudian bas tiba kat sempadan (İpsala) dan semua penumpang kena turun untuk cop passport. tapi entah kenapa bas kami kena ambil masa yang lama untuk 'selesaikan' urusannya sampaikan semua luggage di dalam bas terpaksa dikeluarkan (tersadai kat tengah-tengah jalan).
tapi sebelum tu, (dalam pejabat kastam & imigresen) masa cop passport keluar dari Türkiye, (anies yang pertama) kena soal.
"where's visa?"
"we (Malaysian) don't need a visa (to enter Greece)," jawab anies.
2 kali dia ulang soalan sama dan jawapan anies kekal tak berubah.
masa tu badan dah start gigil. jantung dah berdebar. otak dah fikir macam-macam. agaknya tak puas hati dengan jawapan anies, pegawai tu panggil kawan dia. entah apa laa yang mereka cakap sambil pegang passport anies.
tak lama lepas tu kedengaran bunyi cop 'ditempek' atas passport. Alhamdulillah... lega! member-member lepas dapat cop terus tanya, kenapa anies 'kena tahan' tadi dan anies pun cerita hal sebenar. diorang tak kena soal pun. ceh! dalam ramai-ramai penumpang tu, kami berempat je yang 'muka Asia' & bertudung.
lama jugalah kami tunggu untuk naik bas semula. bila nampak je bas keluar dari kastam, masing-masing dah tak sabar nak naik manakala driver settle kan luggage kami yang tersadai tu. kat luar cuaca tu sejuk giler, okey!

@ pos kastam & imigresen İpsala, Türkiye👆👇
selang 5 minit kemudian, sekali lagi bas berhenti untuk cop passport masuk Greece pula. kali ni pegawai imigresen sendiri yang naik bas dan collect passport daripada semua penumpang.
sekali lagi anies (yang pertama) ditanya sebaik passport diserahkan.
"where do you come from?"
"Malaysia."
"do you make any reservations?"
"yes!"
"welcome to Greece!" balasnya dengan nada penuh keramahan sambil tersenyum (handsome pulak tu!😁)
member-member lain kena juga soal tapi tak laa 'sebanyak' yang anies kena. hampeh bethol!😂
kami tunggu sekitar 15 minit dalam bas sebelum co driver kembalikan passport kami.
@ pos kastam & imigresen Kipoi / Kipi, Greece!
Alhamdulillah... lega! semua dah settle dan kami boleh sambung tidur. insya Allah, dalam tempoh 5 jam lagi kami akan sampai di destinasi.
kami pergi mana tu @ Greece? Mykonos? Athens? Santorini?
stay tuned!
thanks for reading...
daaa










Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆