Istanbul, Türkiye: naik Metro, jalan-jalan sekitar Sultanahmet, bil 'cekik darah', ke Eminönü dengan tram dan pickpocket!

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sengaja anies gabungkan semua cerita dalam satu entry. sebabnya ada tempat anies dah pernah lawati dulu (perkongsiannya ada kat SINI & SINI) manakala yang lain-lain tu sekadar 'penyedap cerita' kerana ia berlaku pada hari sama.

usai sarapan, kami pun check out sambil inform staf untuk tinggalkan luggage kat hotel seketika.

dari hotel, kami jalan kaki ke Esenler Otogarı untuk naik Metro. tapi sebelum tu top up kredit Istanbulkart dulu. masa ni laa baru belajar macam mana nak guna mesin top up ni. 

tak susah pun nak guna sebab ada pelbagai pilihan bahasa. anies tak sure kat mesin tu ada pembayaran guna kad kredit/debit atau sebaliknya. kami guna cash sebab masing-masing nak tukar duit kecil.


stesen Metro Otogar (underground)...

suasana di dalam gerabak Metro...


lepas top up Istanbulkart barulah kami check peta Istanbul Metro. since kami nak ke Grand Bazaar dulu, jadinya kami kena cari dan turun kat stesen Metro berdekatan tempat tumpuan pelancong ni.


buat pertukaran laluan @ stesen Yenikapı.


perjalanan ni ambil masa lebih setengah jam disebabkan tren berhenti @ banyak stesen selain kena buat pertukaran line Metro. 


stesen Veznecíler...


kami disambut hujan sebaik tiba kat stesen Veznecíler. disebabkan Farah, Nora & Ida tak bawa ☔, jadinya diorang pergi beli payung dulu kat kedai berdekatan sebelum kami sama-sama ke Grand Bazaar berpandukan Google Map. 

kami singgah sekejap untuk bergambar depan İstanbul Üniversitesi / Beyazıt Meydanı. diorang je yang sibuk bergambar. anies pula duduk tepi sebab tak tahan sejuk (masa tu badan tak biasa lagi dengan cuaca sejuk. dah pakai serba lengkap pun tetap rasa sejuk mencucuk-cucuk)
 
sementara diorang sibuk bergambar, anies ke Beyazit Camii. sempat tanya (pak cik) penjaja kecil kat situ arah ke toilet dan ke Grand Bazaar. then masa tu laa baru tahu yang Grand Bazaar tutup pada hari Ahad.

area Sultanahmet

jalan kaki ke Masjid Biru sambil ditemani hujan renyai-renyai..


dari situ kami pun ubah arah menuju ke Sultanahmet Meydanı. kira-kira 15 minit kemudian kami pun sampai depan Masjid Biru a.k.a. Sultanahmet Camii. cuaca sejuk makin mencengkam bila mana hujan + angin kuat melanda kawasan ni.


masa anies datang pada Nov 2022, bahagian dalam masjid tengah renovate. kali ni bahagian luar pula...

snap laa sekeping buek ghaso ghaso😂


anies ajak diorang masuk masjid, tapi masing-masing dah tak larat nak jalan. sudahnya diorang sekadar bergambar / rekod video kat situ dalam keadaan hujan + angin kuat.


short video @ depan Masjid Biru...

Ayasofya... banyak juga bahagian yang dibaik pulih...

Istana Topkapi (main entrance)...


masa kami sampai, both Ayasofia dan Istana Topkapi tengah dibaik pulih. tapi pihak berkuasa tak tutup terus kepada pengunjung. mereka cuma ubah laluan masuk je. 

hujan makin lebat. diorang pun dah lapar plus kesejukan. jadinya, tanpa berlengah lagi kami pun beredar dan cari restoran berdekatan.

bil 'cekik darah' 

disebabkan hujan dan lapar, kami tak pilih sangat restoran masa tu. janji ada tempat untuk hangatkan badan. jadi, bila ternampak restoran kebab, kami pun masuk.

agak terkejut pada mulanya anies tak dibenarkan masuk sebab tak buat sebarang pesanan. tapi sebaik melihat staf tu sengih-sengih (konon nak menyakat), anies diizinkan masuk bersama yang lain.

anies tak order makanan sebab masih kenyang. sebelum tu Farah dan Nora ada beli simit tapi diorang tak habis makan. jadinya, anies dipaksa habiskan simit yang keras itu😂


ni laa menunya. nasib baik tak ada yang pengsan kat situ💆


selesai makan, staf pun hantar bil. 7592 Lira!!! masing-masing terkedu sekejap. (acu korang convert to RM then bahagi 3). 

keluar je dari restoran, diorang membebel fasal harga makanan. sebenarnya diorang dah maklum fasal harga barang dan makanan kat Istanbul! tapi bila kena charge sampai macam tu, siapa tak tekezut beruk?!! anies diam je tak kata apa. karang kalau menyampuk, ada yang kena jelingan maut! tak mooo!!!

naik tram ke Eminönü + pickpocket

dari restoran kami cuma seberang jalan je untuk ke stesen tram. ni pun sekadar nak killing the time selain buek ghaso ghaso naik tram guna Istanbulkart.


kami naik tram yang moden sikit...


tiba kat stesen Eminönü, tak semena-mena ada someone cuit anies dari belakang. dia beritahu zip beg terbuka! member-member lain terkejut laa sebab baru beberapa minit lepas, Ida ada tolong ambilkan spec kat kocek bagpack.

"ha ah, masa Ida ambil spec tu (dalam kocek beg), zip beg tak terbuka pun!" 

ah, sudahhh... ni mesti kes lepas keluar dari tram. anies ingat lagi. sepanjang berada di dalam tram anies bersandar kat dinding. dan anies syak kejadian tu berlaku sebelum keluar dari gate stesen. someone buat kerja tu dengan pantas sebab orang agak ramai masa tu.

Alhamdulillah, tak ada yang hilang sebab anies simpan barang-barang penting kat beg kecil under jaket. sebelum ke Istanbul anies memang dah alert dan ternyata kejadian tu betul-betul berlaku.

walaupun tak ada barang hilang, tapi kami 'hilang mood' nak bersiar-siar kat area jeti Eminönü tu. ditambah pula angin laut yang sejuk dan hujan yang masih renyai-renyai. tak sampai 10 minit, kami kembali semula ke stesen tram.


@ jeti Eminönü...


kami turun kat stesen tram tak jauh dari stesen Veznecíler. dari situ kami kembali semula ke Esenler Otogarı dan terus ke hotel untuk collect luggage. 

lepas rehat / solat seketika kami minta bantuan staf hotel untuk cari & deal dengan pemandu teksi. Alhamdulillah, harga tambang 200 Lira untuk 2 orang + luggage per trip. teksi buat 2X trip: hotel ⇨ Esenler Otogarı (sebab saiz teksi kecil sangat).

maka dengan ini, berakhirlah cerita jalan-jalan part 1 @ Istanbul. ke mana destinasi kami seterusnya? 
stay tuned!

thanks for reading...
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆