Kacau dodol @ 3 Syawal
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sebelum tu... jemput baca dan klik SINI, SINI, SINI & SINI tentang aktiviti tak rasmi kami ni pada Hari Raya yang lepas.
tahun ni cuma 3 family je yang terlibat. that's okay. sebenarnya nak kacau dodol ni bukannya kira ada ramai orang ke tak. kalau ramai tapi tak reti buat kerja or hadap hp atau buat content je😂😂 hmm memang sampai ke sudah tak berasaplah dapur tu...
tahun-tahun sebelumnya anies dah share macam mana dodol dibuat. kali ni anies nak share bahan utama (resepi) dodol yang keluarga kami guna dari dulu. kuantiti / sukatan bahan-bahan ni bergantung kepada berapa banyak dodol yang nak diberi lepas siap nanti.
so kami biasa buat berdasarkan jumlah kampit tepung pulut atau bilangan kelapa yang digunakan.
so, ni laa bahan-bahan yang kami guna untuk buat dodol tahun ni:
kelapa 15 biji. anies baru perasan tahun ni, kalau kita guna kelapa yang (sedikit) tua, ia akan buat dodol lebih berlemak dan wangi.
tepung pulut 4 kampit = 2KG. dari duluuuu sampai sekarang, kami cuma guna tepung pulut brand ni je.
gula Melaka 2KG. sebungkus = 1/2KG. kami tak ada specific brand untuk gula Melaka. cuma pastikan masa beli tu, tekstur gula masih keras dan bebas bau hapak. warna dan bau gula Melaka juga boleh mempengaruhi dodol. tahun ni mama dapat beli gula Melaka yang fresh. so no wonder ramai puji dodol tahun ni wangi dan cantik warnanya.
gula 4KG. boleh guna gula perang ke anies? i have no idea sebab kami tak pernah guna gula perang bila buat dodol.
gula merah 1/2KG. ni sebagai pemangkin je untuk cantikkan warna dan kemanisan dodol.
daun pandan. up to you nak guna berapa banyak. kami guna dalam 6 helai untuk dimasukkan ke dalam👇👇
proses masak air gula = campuran santan (perahan kedua) + gula Melaka + gula pasir + gula merah + daun pandan.
bila dodol cair dicicah dengan roti keping... sangat sangat sangat sangattttt sedap, okey!
Alhamdulillah... dodol dah siap. kami start 'naik kawah' pukul 3.12PM dan selesai 'mengacau' ketika azan Maghrib berkumandang. so, soalannya: berapa lama tempoh kami kacau dodol? 😁😁
nahhh... ni bukti mem besar kau singsing lengan dari mula sampai sudah. jangan mengada-ngada cakap ni video AI ek!😂😂
kami pack kan dodol dalam bekas macam ni dan dapat 40 bekas (saiz: 16R). Alhamdulillah... senang cakap, daripada kuantiti bahan yang kami guna (di atas), kami dapat 40 bekas dodol. 1 bekas = 1/2KG.
p/s ada nak order dodol untuk tahun depan? nanti PM anies ya😉











Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆