مكة المكرمة، المملكة العربية السعودية: الزيارة إلى جبل النور وأماكن مناسك الحج

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

hari ketiga @ Mekah, aktiviti kami seterusnya adalah melawat tempat bersejarah serta kawasan manasik haji.

kawasan manasik haji ni merujuk kepada lokasi-lokasi penting yang terlibat secara langsung dengan ibadah haji. kat sinilah jutaan umat Islam melaksanakan (perkara) rukun dan wajib haji.

well... kalau sesiapa pergi umrah lebih-lebih lagi dengan travel agensi, pastinya akan dibawa ke sini. kenapa? dengan cara tu (terutama bagi yang pertama kali buat umrah) akan dapat gambaran dan merasai suasana ketika musim haji berlangsung. 

ya, situasi ketika musim haji memang jauhhh beza dengan musim biasa. jadinya melalui peluang sebegini jemaah akan jadi lebih bersedia sekiranya... manalah tahu kan... lepas balik umrah, rezeki menjadi duyufur rahman pula menyusul?

Bukit Cahaya (Jabal Nur)

lokasi pertama kami... tak lain tak bukan... tempat yang menjadi saksi Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama @ Gua Hira'; yang terletak di atas Jabal Nur dan jaraknya dari Mekah cuma sekitar 3-4KM je.

Gua Hira' ni kami just tengok dari jauh. ya, ada juga jemaah umrah yang ambil kesempatan untuk mendaki sampai ke Gua Hira'. aktiviti ni tak termasuk dalam pakej selalunya. kalau nak pergi, tak ada halangan. tapi kena arranged sendiri laa...

antara foto yang sempat anies snap untuk tatapan korang...


Jabal Nur dan Gua Hira' dari jauh...

bukan group kami je yang ada kat sini...

pernah terfikir tak keadaan kat sini pada 1400 tahun yang lalu?

baru masuk pukul 8.00 pagi tapi matahari dah terik...


tak tahu laa kenapa anies suka tengok batu-batuan bukit kat sini... 

short video

Padang Arafah & Bukit Kasih Sayang (Jabal Rahmah)

dari Jabal Nur ke Padang Arafah, ia mengambil masa kira-kira 30 - 45 minit untuk sampai. 

Nabi SAW ada menyebut: الحَجُّ عَرَفَةُ, yang bermaksud, haji itu adalah Arafah.

dalam Rukun Haji, wukuf (berhenti atau berdiam di suatu tempat) di Arafah merupakan nadi terpenting dan jika gagal berada kat sini, maka ibadah haji seseorang itu tak sah.

well... masa kami tiba, bahang matahari betul-betul tengah menyengat. ditambah pula angin yang bawa debu pasir bersama. dalam hati sempat berbisik. kalau musim haji, entah dapat bertahan ke tak aku dengan suasana macam ni. ni baru umrah. kalau haji sebenar... Allahu Akbar... tak tahu nak cakap macam mana...

jarak dari parkir bas ke area berdekatan Jabal Rahmah agak jauh. anies rasa kasihan pula tengok ahli group yang tak larat nak jalan jauh. tapi semangat mereka... fuhhh! macam ni👍👍👍

sama macam kat Jabal Nur, kami tak daki Jabal Rahmah. just tengok dari jauh je...


Arafah starts here...



👆👇rangka khemah untuk musim haji...



ramaiiii sangat orang masa ni...

Jabal Rahmah: tempat pertemuan Nabi Adam AS dan Hawa selepas 500 tahun terpisah sejurus kedua-duanya dikeluarkan dari syurga...

hospital yang terletak depan Jabal Rahmah.  kalau tak silap, kata mutawif hospital ni cuma beroperasi ketika musim haji je...



bayangkan... masa ni je dah rasa ramai dan sesak... bayangkan pula ketika musim haji? mereka yang dah buat haji tentu faham suasananya...



short video

mudah-mudahan anies dan kawan-kawan yang baca entry ni dijemput oleh-Nya dan dikurniakan rezeki berada @ sini pada Hari Arafah yang sebenar... aminnn...

Muzdalifah

dari Padang Arafah, kami melewati 2 lagi kawasan manasik haji terpenting. tapi kali ni kami tak turun bas. cuma tengok je dari jauh sambil dengar penerangan daripada mutawif. 

jarak dari Arafah ke Muzdalifah lebih kurang 8KM. bagi jemaah haji, selepas wukuf di Arafah mereka akan bermalam kat sini sambil mabit (mengumpul batu) sebelum menuju ke Mina pada hari berikutnya.

BTW foto-foto yang di snap ni mungkin ada yang tak tersusun mengikut tempatnya. so minta diperbetulkan kalau ada salah (caption) ya... 





👆👇laluan pejalan kaki terpanjang di dunia yang berukuran 25KM, menghubungkan jemaah dari Arafah ⇨ Muzdalifah ⇨ Mina ketika musim haji berlangsung...



Masjid Masyaír Haram. anies pasti mana-mana jemaah haji yang bermalam @ Muzdalifah, pasti pernah menunaikan solat kat sini...

short video

Mina

dan... lokasi terakhir manasik haji yang kami lewati adalah Mina. kat sini jemaah haji akan melontar di 3 Jamrah iaitu Jamratul Aqabah, Jamratul Ula dan Jamratul Wusto.

jemaah haji juga akan bermalam kat sini pada hari Tasyrik sebelum kembali semula ke Mekah.

 
Terowong Muassim... masih ingatkah kalian peristiwa Terowong Muassim pada tahun 1992?



khemah-khemah untuk jemaah haji👆👇






Alhamdulillah, selesai sudah lawatan singkat tapi banyak perkara kami peroleh. OTW balik dari Arafah, mutawif ada cakap lebih kurang macam ni dengan nada sayu: "tuan puan nak doa dimakbulkan tak? jadi... tuan puan ambillah kesempatan untuk berdoalah kat sini dengan bersungguh-sungguh dan insya Allah... doa tersebut pasti Allah makbulkan. percayalah! tapi, apa-apa pun tuan puan kena datang pada 9 Zulhijjah laa... kalau berdoa masa ni, saya pun tak pasti doa tu dimakbulkan atau tak..."

dari rasa nak menangis terus jadi ketawa... alahai... ustaz...😂

that's all for today...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆