Ke Bangunan Sultan Abdul Samad @ KL

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu, soalan ni ditujukan kepada warga Malaysia: siapa tak pernah masuk bangunan sejak lahir? sila angkat CPU?

haha... ramai ya yang tak pernah ke sini termasuklah yang tulis entry ni. sebelum-sebelum ni kite banyak lalu (depan Dataran Merdeka) dan tengok macam tu je laa... nak masuk pun bukan ada apa sangat. kalau dulu, ada laa mahkamah kat situ. tapi nak masuk mahkamah buat apa?😁

tapi selepas ia dibaik pulih (sejak setahun yang lalu) dan mula dibuka kepada orang ramai, tiba-tiba rasa membuak-buak pula nak pergi. plus, sepanjang bulan lepas B.S.A.S menawarkan free entrance untuk pengunjung. so memang rugilah kalau tak grab! (so far dalam bulan Mac ni belum ada info tentang bayaran masuk).

anies tak nak cerita lanjut fasal bangunan ikonik negara ni. just nak share beberapa foto yang sempat anies snap masa datang sini bulan lepas. foto terlalu banyak so anies pilih yang mana okey je laa ya...

nak baca info lanjut tentang bangunan ni, boleh klik kat SINI.


Bangunan Sultan Abdul Samad (B.S.A.S) punya laa ramai manusia masa ni...

tak sure sama ada bangunan sebelah B.S.AS ni akan dibaik pulih atau sebaliknya...

pintu masuk utama, tangga pusing dan koridor (depan & belakang B.S.A.S)


scenery dari belakang bangunan...

B.S.A.S diinspirasi daripada seni bina Moorish yang menonjolkan identiti budaya dan estetika zaman penjajahan British...

ada kedai cenderahati, ruang maklumat, ruang pameran dan galeri serta beberapa kafe untuk menjamu selera... 

gelari sejarah Kuala Lumpur dan B.S.A.S...


KL City Gallery turut mempamerkan beberapa miniture pencakar langit di sekitar KL...

short videos








kalau korang ke KL dan tak tahu nak ke mana, bolehlah singgah sini... kalau bukan kita yang hargai warisan bangsa, siapa lagi?

daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆