مكة المكرمة، المملكة العربية السعودية: مسجد الحديبية

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

tapi sebelum tu, terima kasih kawan-kawan kerana sudi singgah sini dan tinggalkan jejak
walaupun dalam tempoh 3 minggu ni anies tak dapat nak BW sepenuhnya. insya Allah weekend nanti ada kelapangan, anies cuba balas satu persatu. 

well... dari muzium, bas bawa kami ke masjid ni. seperti ramai yang sedia maklum, masjid yang turut dikenali sebagai al-Syumaisi ni merupakan salah satu miqat untuk memulakan niat ihram umrah atau haji.

miqat bermaksud batas masa atau tempat yang ditetapkan syarak untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.

selain tu, ia sangat terkenal dalam sejarah Islam kerana kaitannya dengan Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku sekitar tahun 642M atau pada tahun ke 6 Hijrah. nak tahu lebih lanjut tentang masjid ni, klik kat SINI ya!


masa kami sampai, tak ramai jemaah kat sini...



suasana depan / sebelah masjid👆👇



laluan ke tandas wanita kalau tak silap...

tempat ambil wuduk wanita...

ruang solat wanita...


entah kenapa hati rasa sayu dan sedikit terkilan bila melihat keadaan masjid ni lebih-lebih lagi yang melibatkan kebersihan. sebaik melangkah masuk, hidung disapa bau yang kurang menyenangkan. lagi mengejutkan, ternampak seekor kucing yang baru je lepaskan hajatnya atas karpet. aduhhh...

harap-harapnya pihak pengurusan masjid ambil langkah serius terutamanya bab kebersihan. kucing tu dah tentu tak ada akal fikiran. tapi kita sebagai manusia berakal, pasti boleh berbuat sesuatu untuk kemaslahatan bersama. wallahu a'lam...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

14 Words of Lo♥e

  1. Allahuakbar...sedihnya ...kalau kat rumah pun geram kucing melepas merata, nie pula di masjid

    ReplyDelete
  2. Bau karpet pun kekadang boleh jadi kurang menyenangkan kalau lembap terkena air ke apa.

    ReplyDelete
  3. Dari luar nampak cantik masjidnya

    ReplyDelete
  4. Betul Anies, kadang dalam hati terpikir kenapa lah tak dijaga kebersihannya kan. Tempat solat tu kan.

    ReplyDelete
  5. Tenok fotonya pun nampak macam tak berapa bersih

    ReplyDelete
  6. Linda mezquita. Te mando un beso y cuidate mucho.

    ReplyDelete
  7. Memang macam tu lah kan, kadang benda kecil pun boleh jadi cerita panjang, Tapi kalau dibawa santai je, rasa macam sembang kopi dengan kawan-kawan; tak perlu serius sangat, cukup sekadar lepas rasa dan gelak sikit-sikit, barulah hidup ni tak terlalu berat.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah tiasa bersolat di masjid tika kembara

    ReplyDelete
  9. Saya teringat dulu, ada pergi ke salah satu mesjid, tp saya lupa pula mesjid yg mana. Cuma memang mohon maaf, tercium bau Pesing. Ntahlah yaaa, apa ada jemaah dari mana2 yg biasa kencing sembarangan atau bagaimana. Tp memang mengganggu sangat

    ReplyDelete
  10. Sayangnya mesjid ini tak ada lah rombongan saya datangi. Memang masih sakit hati dengan travel umroh yg saya ambil dulu 🤣. Dah blacklist pun

    ReplyDelete
  11. Harap2 memang ada perbaikan dlm hal kebersihan yaaa. Itu tempat sholat masalahnya.

    ReplyDelete
  12. Masa ke sana...negara Islam tapi bab kebersihan ada juga yang hmmmm.....

    ReplyDelete
  13. The exterior of the building is very nice. The green 💚 colour in the tower is inviting.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆