Jom buru ikan bandaraya!

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang tak tahu.... ikan pleco atau nama glamernya ikan bandaraya ni bukan berasal dari perairan kita. 

dikhabarkan ia berasal dari Amerika Selatan (Sungai Amazon) dan dibawa masuk oleh penternak / penjual ikan untuk bersihkan kolam / akuarium. bila ikan ni tak diperlukan / dah besar, mereka lepaskannya ke sungai-sungai. akibatnya? sila scroll👇.


mengapa perlu hapuskan ikan pleco dari sungai tempatan?


jadi, kepada anda yang cintakan habitat ikan-ikan tempatan, jom sertai kempen ni untuk selamatkan sungai kita.

mesej di bawah anies copy paste dari sebuah group di FB. korang dipersilakan share kempen ni untuk kesedaran bersama.

GANJARAN 1KG = RM1 💸

📢 JOM BURU IKAN BANDARAYA (PLECO) & JANA PENDAPATAN! RM1.00 SEKILO! 🐟💰

Warga Selangor dan kaki pancing sekalian! Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia dan pelbagai agensi melancarkan OPS PLECO SELANGOR 2026. Ini masanya untuk kita selamatkan sungai kita sambil buat duit tepi!

KENAPA KITA KENA BURU IKAN PLECO? 🚫🐟

Ikan Bandaraya (Pleco) adalah spesies invasif berbahaya kerana:
 * Memakan telur / anak spesies ikan asli tempatan (tiada pemangsa semulajadi).
 * Merosakkan dasar sungai dan tasik (menyebabkan hakisan).
 * Mengganggu rantaian makanan ekosistem.
 * Terlalu tahan lasak dan sukar dikawal.
 * Merosakkan jaring dan menjejaskan rezeki nelayan darat.
   ⚠️ AMARAN: Jangan sesekali buang Ikan Bandaraya kembali ke dalam sungai atau longkang!

📅 TEMPOH PROGRAM: 7 Februari - 25 Oktober 2026

📋 SYARAT & PERATURAN PENYERTAAN:

 * 🇲🇾 Warganegara Malaysia sahaja.
 * 🔞 Berumur 18 tahun dan ke atas.
 * 🆔 Wajib bawa Kad Pengenalan (IC).
 * 📍 Tangkapan hanya di kawasan zon yang dibenarkan/ditetapkan.
 * ⏰ Waktu Pendaftaran: 8.00 pagi - 10.00 pagi sahaja.
 * 🎣 Kaedah tangkapan adalah BEBAS, KECUALI penggunaan peralatan yang dilarang di bawah Akta Perikanan (DILARANG menggunakan Racun / Tuba, Bom, atau Renjatan Elektrik).
 * ⚠️ Keselamatan diri adalah tanggungjawab masing-masing.

📍 JADUAL & LOKASI PEMBURUAN:
LOKASI 1: DENAI SUNGAI KEBANGSAAN SUNGAI LANGAT

(Sila rujuk QR Code di poster untuk lokasi tepat)
🗓️ Februari: 7, 8, 14, 15
🗓️ April: 25 & 26
🗓️ Mei: 2, 3, 9, 10, 16, 17
🗓️ Jun: 13, 14, 20, 21, 27, 28
🗓️ Julai: 4, 5, 11, 12

LOKASI 2: SUNGAI DAMANSARA
(Sila rujuk QR Code di poster untuk lokasi tepat)
🗓️ Julai: 18 & 19
🗓️ Ogos: 8, 9, 15, 16, 22, 23
🗓️ September: 12, 13, 19, 20, 26, 27
🗓️ Oktober: 3, 4, 10, 11, 17, 18, 24, 25

📞 SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

👨‍✈️ Kapten Amli: 012-911 2194
👨 Haziq (Tok Tuah): 011-1500 2708

Jom turun beramai-ramai! Selamatkan sungai kita, selamatkan ikan asli kita! 🎣💪

Dikuasakan oleh:
YB Dato' Ir. Izham Hashim (EXCO Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor), LLBS, SMG, KDEB Waste Management, JPS, UNISEL & Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA).

#OpsPlecoSelangor2026 #InsentifPemburuIkanPleco #SelamatkanSungaiKita #IkanBandaraya #InvasifSpecies #AgroSelangor #KitaSelangor


jadual insentif pemburu ikan pleco.


p/s tolong copy link URL entry ni dan paste ke socmed pilihan anda agar lebih ramai ambil cakna tentang perkara ini!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆