Hatyai, Thailand: Dimsum Chabura

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebelum tu, selamat menyambut Ramadan dan selamat melaksanakan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa selama sebulan.

Alhamdulillah... hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa. so macam puasa korang setakat ni? okey ke... KO? ke... tak puasa? jeng jeng jenggg😂

tapi apa-apa pun anies harap korang tak terliurlah ya bila baca entry ni. tak ada niat pun nak buat korang terliur. sebabnya, entry jalan-jalan (+ makan-makan) ni dah hampir ke penghujung. insya-Allah, minggu depan punya yang last. anies pun dah tak sabar nak 'tamatkan riwayat' cerita jalan-jalan 5 negara ni😂 nak tukar chapter lainlah pula!

well... sebelum masuk cerita lain... moh ler kita hadap yang ni dulu...

nama restoran ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagi esp mereka yang dah pernah sampai Hatyai. walaupun kat sini banyak restoran dimsum, tapi anies rasa... yang ni selalu jadi perhatian pelancong dari Malaysia. 


entrance... sekali tengok macam restoran masakan Timur Tengah😁



suasana dalam restoran👆👇 bukan rombongan kami je. rombongan lain pun ada juga... sebab tu full house! well, yang pasti rata-rata yang datang adalah orang Malaysia😁



service kat sini laju. i like!

pilih jangan tak pilih...

bohonglah kalau cakap tak rambang tengok semua ni...





kalau tak silap ni mi tom yam...

teh tarik panas...

mine. roti telur gulung. ada rasa manis so secara tak langsung, tekak ni jadi payah nak telan...

mantou goreng & salted egg. punya laa tak sabar nak ngap, sampai melecur lidah dibuatnya (inti panas).


overall, makanan kat sini bagi anies agak pricey. tapi orang dah bawa makan kat sini, terima je laa...

that's all for today...
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆