Kacau dodol @ 3 Syawal
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Our unofficial family's Raya activity is back!
sebelum tu, kalau korang nak baca cerita-ceriti-ceritu kami kacau dodol pada bulan Syawal, sila klik kat SINI, SINI, & SINI ya!
kali ni kami buat atas permintaan anak-anak mak cik. diorang pakat keluar belanja then kami buat sama-sama minggu lepas.
aktiviti ni mula dalam pukul 11.30AM macam tu laa... kalau ikutkan tu, agak lewat juga. bila lambat mula, maka akan lambat jugalah nak selesai. sebab, nak buat dodol ni bukan setakat sejam dua. mungkin akan jadi lebih masa kalau berlaku hal-hal tak diingini seperti hujan.
dodol & kelapa memang tak boleh dipisahkan. jadinya, harus dibuang sabut dulu. kelapa-kelapa ni kutip kat belakang rumah anies je...
sabut & tempurung yang basah akibat terkena hujan harus dijemur. semua ni akan jadi bahan bakar untuk masak dodol. syukur pagi tu matahari sangat terik. cepat je sabut & tempurung kering.
penyediaan tungku. kami guna blok batu sebagai tungku. lepas adjust kedudukan tungku, barulah kawah dinaikkan.
kelapa yang siap dibelah, dibersihkan sebelum diparut. total kelapa yang digunakan untuk kacau dodol kali ni = 15 biji.
kelapa yang dah diparut, akan di blend + air. tujuannya untuk percepatkan proses perah santan. kami guna perahan santan pertama sahaja (pati) untuk buat dodol ni. hasil perahan, dapat 2 baldi penuh pati santan. BTW, jangan risau... santan tu tak ada bau bawang pun walaupun jug blender tu ada kesan kunyit...
selesai perah santan, unggun dihidupkan. kami guna kayu / ranting pokok getah + sabut + tempurung kelapa supaya dodol ni 'akan ada extra smoky smell'... barulah dodol rasa ummphh! anies, tu (tungku) blok batu yang buat alas rumah kayu tradisional tu, kan? ya, betul!
1 baldi santan akan dicurahkan ke dalam kawah manakala 1 baldi santan yang lain akan dicampurkan dengan tepung pulut. kami guna 2 bungkus (kampit) tepung pulut. bila dah sebati, santan + tepung pulut ditapis sebelum dicampurkan dengan santan dalam kawah. santan ni akan dimasak sampai pekat. proses ni ambil masa sekitar 30-40 min, bergantung kepada (keadaan) api. kali ni, 2 orang (serentak) akan kacau dodol. sebelum-sebelum ni seorang je (bergilir-gilir) yang buat sebab senduk cuma ada 1 je.
sementara tunggu santan jadi pekat, kami masak air gula melaka. kami guna 3KG gula melaka + 1KG gula pasir. once air gula dah masak, barulah dimasukkan ke dalam kawah. lepas tu proses kacau dodol dilakukan (non-stop) sampailah dodol masak sepenuhnya.
short video. sempat lagi tu buat video ''velocity kacau dodol'' katanya😂 kredit: TT Wil.
anies tak dapat join diorang untuk tunggu sampai dodol masak sebab dah gerak balik KL. gambar tengah kacau dodol pun tak snap sebab mem besar kau tak mandi lagi😂😂
okey... tu je laa cerita untuk hari ni...
BTW apa aktiviti family korang time raya ni? jom share👇
thanks for reading...
daaa
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆