Siem Reap, Cambodia: membeli-belah di Old Market + Angkor Hard Rock Cafe dan kembali ke Poipet

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas makan tengah hari dan solat jamak, kami pun beredar dan terus tuju ke Old Market. kat Siem Reap, nilah tempat paling sesuai untuk beli cenderahati. harga pun agak murah kalau dibandingkan dengan harga yang ditawarkan kat kedai-kedai dalam area Angkor Archeological Park.

ni kali kedua anies ke Old Market (kali pertama - baca kat SINI). jadinya, dalam kepala dah set, nak beli yang perlu je. maksud anies, beli souvenir untuk bagi kepada yang sepatutnya jelah...😂😂

kat sini sepenuhnya guna duit US Dollar. so sambil berbelanja, dalam kepala tak berhenti dok convert to RM. barang mahal weiii... sebab tu souvenir ni untuk orang tertentu je😂😂

lepas pusing-pusing kat situ, anies pun cakap kat tour guide yang anies nak pergi ke Angkor Hard Rock Cafe (HRC) dan minta dia search lokasi. masa 2017 kami naik 'roda tiga' milik Salim, jadi tak perasan sangat lokasi HRC ni.

bila tour guide cakap, lokasi HRC tak jauh pun dari situ, then kami pun terus gerak ke sana bersama dengan seorang lagi ahli rombongan yang kebetulan nak cari t-shirt HRC.

kat HRC tak lama pun. dapat je barang yang dihajati, bayar dan kembali semula ke Old Market. lepas tu, tour guide dah panggil menandakan masa untuk membeli-belah dah tamat.

dari Old Market, bas terus ke Poipet. kira-kira sejam setengah atas jalan raya, bas berhenti seketika di sebuah kedai jual arca untuk bagi peluang kepada kami lepaskan hajat masing-masing. lepas tu, bas tak berhenti lagi sampailah tiba di Poipet. 

bila tengok jam, masa tu dah pukul 8.00 malam. suasana kat Poipet masih sibuk dengan aktiviti berniaga oleh penduduk setempat. terun je dari bas, kami sama-sama berjalan ke Pejabat Kastam dan Imigrasen Cambodia untuk cop passport sebelum masuk Klongkuk Boundary Post @ Aranyaprathet, Thailand.




ahli rombongan sibuk shopping kat Old Market 👆👇ada yang tanya, matawang Cambodia yakni Kiet, tak boleh guna ke since anies pernah cakap, kat sini pakai USD? duit Kiet boleh guna. tapi, penggunaannya tak berapa nak meluas. paling sedih, kalau dapat duit Kiet ni, kebanyakkannya dah lusuh. anies pernah dapat duit Kiet yang dah lembik... korang faham kan macam mana keadaannya kalau duit kertas tu, dah lembik? bawa belanja kat peniaga tepi jalan pun dia tak hingin nak terima duit lembik tu!

oh, ya! kat sini boleh tawar-menawar. tapi sebelum tu cari dulu peniaga Muslim. lazimnya diorang boleh berkomunikasi dalam BM (mereka ialah Melayu Champa). dengan peniaga non-Muslim boleh je kalau nak tawar-menawar. cuma diorang tak fasih sangat cakap BI. kalau ada tour guide, mintalah bantuan tour guide untuk tawar-menawar.



Angkor HRC. banyak dah berubah... dulu kat depan tu ada kerusi meja dan berbumbung. boleh lepak-lepak kat situ sambil 'menikmati' hiruk-pikuk trafik @ Siem Reap...

@ Poipet

sampai dah... antara small wat yang terdapat kat tepi jalan @ Poipet...

kesibukan Poipet pada waktu malam...



short video: kesibukan bandar Poipet 👆👇



hmm blur laa pulak😓

menuju ke pejabat kastam dan imigresen Cambodia. anies ada share pengalaman masuk melalui sempadan darat kat SINI .

sepanjang jalan ke pejabat imigresen, ada pelbagai jenis jualan termasuklah makanan seperti donut & bomboloni👆kalau halal, dah lama anies beli😂 oh, ya! kat sini kalau nak berbelanja boleh guna matawang Bath...
suasana depan pejabat imigresen... masih sibuk!

tak tahulah apa motif sebenar snap bumbung pejabat imigresen ni😂

masa kami datang, kami keluar dari sebelah kiri (foto). bila balik, kami masuk di bahagian kanan bangunan...

hmm... sekali lagi kena naik tangga yang tinggi ni... sabar je laa... tapi kasihan kat ahli rombongan yang sakit lutut / kaki laa... BTW prosedur kastam & imigresen berjalan lancar. orang pun tak ramai. jadi sekejap je kami dah dapat cop...

dah sampai Klongkuk Boundary Post @ Aranyaprathet, Thailand... cerita fasal Klongkuk Boundary Post ni ada anies kongsikan kat SINI. jemput baca, ya!


dengan ni, tamatlah cerita kami kat Cambodia. ya... sekejap je kat sini. so thrilled to have the chance to revisit the historical city of Siem Reap! till we meet again! bye-bye Cambodia!

daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

40 Words of Lo♥e

  1. Uishh sana pakai duit dollar jer.. bijak betul... Tapi duit balance dpt dlm nilai apa?.. di Angkor tu mmg mahal tempat archeology kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kala dapat blk dlm usd. dan pernah juga dpt baki dlm Kiet lusuh ;-(

      Delete
  2. Oh melayu champa boleh kecek melaya di sana.. hebat.. melayu selatan thai banyak tak leh ckp melayu dah.. naik tangga utk urusan kastam tu bertabah la.. jenis pulak yg beli byk brg.. habis la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya diorang boleh cakap BM. cuma ada kala tak lancar laa macam kita...
      tu laa pasal...kesian kat yg tua2 tu...

      Delete
  3. WAHHH seronoknya anies dah sampai kemboja. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Boleh jadi rujukan buat masa akan datang bila SS ke sana ni.

    ReplyDelete
  4. waahh mata wang Bath pun boleh guna ye!

    ReplyDelete
  5. Es un lindo lugar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. Cik Anies bolehlah sekali-sekala menulis tentang orang Melayu Champa. Bagaimanakah tradisi dan keistimewaan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ada ilmu dalam hal ni. info yang saya dapat pun mostly dari perkongsian dari our tour guide...

      Delete
  7. Olá boa tarde. Passando para desejar um excelente sábado, com muita paz e saúde.

    ReplyDelete
  8. meriah suasana malam di Poipet

    ReplyDelete
  9. Kemboja...negara yang pernah bergolak dan sekarang pun terkenal dengan isu pemerdagangan orang

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. boleh cari kat kedai2 pastry dah byk daa org jual bomboloni...

      Delete
  11. Kalau tak cakap tu imigresen, mati2 uncle ingatkan temple

    ReplyDelete
    Replies
    1. bgnn kat sana kalau yg mcm temple tu = bangunan kerajaan...

      Delete
  12. hello Anies, how are you? I hope you are well and everything is fine. :)

    ReplyDelete
  13. Saya juga suka kesal kalau dapat uang yang sudah lusuh... Kadang pedagang enggk mau Terima uang lusuh. Padahal saya pun dapat uang lusuh dari para pedagang... 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... sudahnya duit tu tak digunakan walaupun nilainya besar...

      Delete
  14. Saya ingat dulu belanja souvenirs juga di old market. Sampah borong banyaaaak 🤣🤣🤣. Tp kemudia sadar di bagian belakang market hrs LBH murah drpd yg depan. Sebab mungkin tak ramai kali yaa. JD mereka kasih harga murah sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu
      kedai2 kat belakang tu lagi murah berbanding yang kat depan

      Delete
  15. Hari terakhir di pnom Penh yg kami nih baru bisa pakai kiet. Itupun Krn kluar hotel, lalu lihat ada tenda, masuk lah kedalam. Ternyata jual ikan bakar kak 😄😍😍😍. Apalagi kamu masuk ikut pesan lah. Dan sedaaaap weeei. Harga dalam kiet pula. Langsung pesan ikan 2 ekor yg besar. Sedap saus cicahnya juga. Pedas asam. Menyesal kenapa baru hari terakhir jumpa tenda makanan ini 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun sama. last day kat phnom pehn baru guna kiet. duit yang lusuh tu kami sedekahkan sahaja...

      Delete
  16. Waah ada HRC juga di Siam Rep yaaa. Tp wajar lah, di sana turis foreign nya pasti ramai. Saya tak kesana pula waktu itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang ada
      siap ada live band malam2
      sekarang lepas covid tak tahulah ada lagi ke tak live band tu

      Delete
  17. Dah berubah sangat rasanya imigrasi Siam rep ini dari terakhir kali saya kesana. Ntah kenapa JD pengen kesitu lagi. Tp baru2 ini ada warning dr Indonesia utk tak kesana dulu, sebab ada beberapa WNI ditemukan meninggal di Kamboja.. jadi pemerintah sini kasih amaran jgn dulu kesana.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆