­
Bila kena drive kereta bos - Anies♥You

Bila kena drive kereta bos

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Benda ni terjadi minggu lepas. sebaik je bos masuk dia pun cakap, "saya terlupa nak ambil nasi. anies, awak tolong ambilkan!"

ahhh sudahhh... jam tu juga rasa macam nak luruh jantung dibuatnya. masa kan tidak? dah laa anies ni lama tak drive. then kena drive kereta orang?!!

dalam kepala dah ligat nak cari alasan. tapi tak berjaya sebab officemate yang lain tengah sibuk dengan client.

tak tunggu sesaat, bos terus serah kunci. then dia suruh buka Google Map (untuk cari lokasi restoran). 

dada dah berdebar-debar. masa bos terangkan lokasi pun, otak anies entah ke mana. sejujurnya, anies agak nervous kalau nak drive kereta orang ni. tambah pula kereta mahal. bohonglah cakap kalau otak tak fikir fasal kena langgar or kereta tercalar. waduhhh... ngeri!

disebabkan kereta bos ni guna spec terkini, jadi anies terpaksa tanya dia dulu macam mana nak start enjin😂 serius! anies memang tak tahu sebab dah terbiasa dengan cara lama yakni guna kunci.

bila dah start enjin, masa tu laa melilau cari button signal, volume radio, air cond temperature etc. waduhh... jammed kepala sekejap! bila dah okey, barulah adjust kerusi dan cermin pandang belakang.

once dah keluar parking, tiba-tiba rasa seronok pulak!😂sebabnya kereta import ni ringan gila! so, anies pun drive laa macam biasa sambil baca doa agar dipermudahkan urusan.

lokasi tempat nak ambil nasi (restoran) ni kat Kampung Lindungan, Petaling Jaya. agak jauh jugalah dari tempat kerja. tapi...!!! yang buat anies jadi panik sesaat adalah... Google Map bagi lokasi salah! GM bawa anies ke Taman Medan! sudahnya berpusing-pusing anies kat area tu!

ah, sudah! campak hp ke tepi then berhenti tepi jalan untuk tanya orang. hampir 5 orang anies tanya dan alhamdulillah... semuanya membantu! paling terharu, orang yang last tu siap escort sampai jumpa restoran. fuhhh...

OTW balik, anies dah okey da... dek kerana kereta pun 'sedap' drive, jadinya memang tekan minyaklah sampai ke sudah😂 kena pulak masuk highway and guna SmartTag (bos yang suruh, okey!) perghh... konon macam dah biasa!😂

tiba je tempat kerja, kena bantai gelak sebab rupanya dah lebih sejam anies settle kan benda ni. yelah... dah laa kena drive kereta orang, pergi pula ke tempat yang tak familiar. tak kira sesat lagi tu! haru, beb!

BTW syukurlah dapat selesaikan 'misi nasi' ni. bos pun senyum je dan tak cakap banyak. sebab bagi dia, nasi-nasi yang anies ambil tu, dapat disedekahkan kepada client.


bukan kereta bos... juga bukan keretaku... gambar sekadar hiasan...


p/s jangan lepas ni kena jadi minah dispatch bos udah ler... 

thanks for reading...
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

18 Words of Lo♥e

  1. baru nak tengok kete bos kete apa...kikiki...
    tapi, bagus lah boss, yakin je orang lain drive kete dia..kira dia percaya dan tak kedekeut lah tu...terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa bla fikir blk. agaknya bos pecaya kat sy kot. pd hal ada je org lain dia bleh srh

      Delete
  2. wah bestnya drive keta bos gata bos tu

    ReplyDelete
  3. sama..MA pun seram kalau kena bawa keta org lain..rhisau

    ReplyDelete
  4. alamakkk ana pun kompommm nervessss kalo boss suruh drive keta dia yang canggih camtu! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...kalau kete bos sm mcm kete kita lain ceritanya

      Delete
  5. Bom dia e uma excelente quinta-feira, minha querida amiga.

    ReplyDelete
  6. Cuídate mucho. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah settle misi nasi 😊

    ReplyDelete
  8. Tu dia bawa kete import bos hahaha... Mentang2 H terus jadi suka yer.. ringan la apa la.. hahahaha.. alhamdulillah dpt juga smpai destinasi.. walau sesat bangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn kereta H. kereta europe. mmg best tp takut ttp ada...

      Delete
    2. Nasib bukan kereta drive sebelah kiri mcm kat negara lain hahaha

      Delete
  9. sy x biasa la bawa kereta org. kalau boleh mmg akan elakkan. syukurlah anies berjaya dlm misi dgn selamatnya...

    ReplyDelete
  10. Kereta boss kan
    Klu kereta sendiri lain
    Goodjob

    ReplyDelete
  11. Wah kalau bawa keretanya di jakarta yang super macet gimana ya 😄... Jadi juga kan merasai kereta bos yang canggih teknologi nya ...hehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆