­
Cream Puff by Kenangan Coffee - Anies♥You

Cream Puff by Kenangan Coffee

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Lepas dapat buku free hari tu (baca kat SINI), anies singgah sekejap 'kedai kopi' yang dah semakin banyak cawangannya kat Malaysia. selain minuman, makanan juga dah banyak dijual. 

entah kenapa tertarik pula bila nampak cream puff ni. jadinya anies tak fikir doploh kali untuk order. kalau tak silap, cream puff ni dah dijual sebelum Ramadan tempoh hari. tapi tak pastilah pula kalau lepas Syawal ni, pencuci mulut ni masih lagi dijual atau pun sebaliknya. tambah pula sekarang tengah 'musim pistachio'. sana sini kalau kita tengok dessert / kuih-muih, ada je selit pistachio, kan?
 
so, cream puff dari Kenangan Coffee ni macam mana rasanya? sedap ke idok?
 

jom unboxing!

anies pilih Pistachio Cream Puff dan Berry Berry Cream Puff. sebenarnya ada 4 varian cream puff. yang 2 lagi tu adalah Kenangan Aren Cream Puff & Chocomilk Cream Puff. yang ni next time laa try... sebab bagi anies, kalau yang 2 ni sedap, yang lagi 2 tu confirm sedap😂😂😂 ye ye je kau ni, anies...

terguna flash laa pula... tak apalah. lagipun flash tu bukan boleh makan, kan😂😂untuk Berry Berry Cream Puff ni, kulit luarnya agak manis. pun begitu bila gigit, ia tak rapuh berderai. untuk inti pula rasa berry nya sedap berlemak. kalau cakap fasal kuantiti, agak puas hatilah...

gelaplah pulak😂 untuk pistachio ni pula, tak tahulah kenapa intinya ada rasa masin. mula-mula anies sangkakan inti + kulit tu yang buat rasa masin. rupanya... intinya yang masin. tapi taklah masin keterlaluan. ada juga rasa manis dan 'bau' pistachio tu. kulit puff nya, tak berapa manis macam Berry Berry Cream Puff. walaupun masin, anies telan jugalah. dah beli kan... takkan nak buang pula...


cream puff ni elok dimakan sejuk. kalau tak, nanti akan ada rasa muak. oh, ya! untuk harga sebiji cream puff ni, RM6.90. tapi untuk pistachio, harganya RM7.90. kalau nak jimat, better beli set combo sebab didatangkan sekali dengan secawan minuman.

korang dah rasa cream puff ni? apa komen korang?

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

20 Words of Lo♥e

  1. Uishhh cream puff dia.. mengoda sungguh.. ha betul tu benda mcm ni makan sejuk2 dekat cafe tu sedap la kan..

    ReplyDelete
  2. mcm menarik gak tu, selalu beli coffee jetry gak ni nanti

    ReplyDelete
  3. Ada rasa asin, kemungkinan besar dia pakai seasalt.

    Saya tak perhatian pula puff ini ada dijual di kenangan Indonesia atau tak. Yg pasti di cafe kenangan di jakarta, paling banyak mereka jual roti. Tp jujur bukan roti favorit saya kak, sebab roti dia manis. Sementara saya suka roti gandum.

    ReplyDelete
  4. Kenangan ini memang termasuk kopi pertama yg muncul di Indonesia , eh kedua. Yg pertama Tuku. Tp saya kurang masuk dengan kopi dia, sebab kurang pekat. Tapiiii Americano dia saya sukaaa 👍👍👍.

    Kalo untuk kopi susu dj jakarta, masih Fore yg saya suka. Kedua Tomoro coffee. Nantilah kalo ke JKT, saya ajak kakak coffee hopping di sini ya 😄

    ReplyDelete
  5. Uncle belum rasa... tapi lepas tengok ni terus rasa nak rasa!

    Ehem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?

    ReplyDelete
  6. belum ada peluang mencuba lagi cream puff dari Kenangan ni. Suka jugak beli airnya. tapi macam dah lama je tak membeli coffee luar sejak membancuh sendiri. tapi baca review anies ni macam sedap je. heheheh insyaAllah nanti ada rezeki nak mencuba.

    ReplyDelete
  7. Saya peminat cream puff Kenangan Coffee ni. Selalu beli yang pakej buy 5 free 1 tu tak silap. Dapat rasa semua perisa. Berbaloi sebab isinya banyak betul. Saya suka matcha, choco, pistachio...ehh semua sukalah.

    ReplyDelete
  8. Saya peminat cream puff Kenangan Coffee ni. Selalu beli yang pakej buy 5 free 1 tu tak silap. Dapat rasa semua perisa. Berbaloi sebab isinya banyak betul. Saya suka matcha, choco, pistachio...ehh semua sukalah.

    ReplyDelete
  9. waahhhhh creampuff jenis ni mmg rugi kalau tolak! hehehe

    ReplyDelete
  10. Se ve pancitos muy ricos. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. sedap semua nampaknya...kak dah dapat emel lama tapi blog hilang sbb silap sign out pulak macam2 hal

    ReplyDelete
  12. review menarik dan boleh menyebabkan pembaca akan rasa terliur untuk mecuba

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah anies dah dpt pos blog lama tksh anies tolong kak

    ReplyDelete
  14. very good looks, thanks for sharing

    ReplyDelete
  15. Cocoknya sama kopi ya, biar meredam rasa asin2nya

    ReplyDelete
  16. Orang kata kopi kat sini sedap. Tapi tak pernah masuk lagi setakat ni.

    ReplyDelete
  17. Soal roti-rotian yang pakai cream gini saya suka walau enggak sering-sering, istilahnya sedap tapi blenger or muak ke? 😄

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆